Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Pelanggan Maxis Menikmati Rebat Tunai Sebanyak RM60 Juta Apabila Berbelanja Secara Atas Talian Dengan Maxis ShopBack

 

Lebih 2 juta pelanggan pascabayar Maxis kini boleh mendapatkan tunai sebanyak RM30 apabila mereka mendaftar untuk akaun Maxis ShopBack dan membuat transaksi pertama mereka dari lebih 500 kedai atas talian di ShopBack sehingga 17 September 2017. Pelanggan boleh mendapatkan rebat tunai dari pembelian bagi hampir apa-apa sahaja, seperti tiket penerbangan, penginapan hotel, barangan runcit, pakaian, serta penghantaran makanan dan tunggangan. Di samping itu, pelanggan Maxis boleh mendapatkan sehingga 50% rebat tunai tambahan dan menikmati tawaran eksklusif dari kedai-kedai terpilih.

Oleh itu, berapa banyak rebat tunai yang boleh pelanggan dapatkan dari Maxis ShopBack? Di bawah adalah penjelasan bagaimana seorang eksekutif muda yang suka berbelanja dan melancong boleh mendapatkan rebat tunai sehingga RM162.60 dan seorang lelaki yang sudah berkahwin dan berkeluarga boleh mendapatkan rebat tunai sehingga RM317.50:
 


“Statistik menunjukkan bahawa rakyat Malaysia gemar berbelanja secara atas talian. Jumlah transaksi atas talian terus meningkat dimana Malaysia mempunyai penembusan tertinggi bagi pembeli atas talian [1] [2]. Kami telah berkerjasama dengan ShopBack untuk menambah nilai kepada para pelanggan kami melalui pelbagai tawaran eksklusif, dan menghargai sokongan semua rakan kongsi kami yang turut bersemangat untuk memberikan pelanggan pengalaman membeli-belah yang benar-benar berbeza,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pelanggan Maxis.

Berikut adalah bagaimana pelangaan boleh menikmati rebat tunai dari akaun Maxis ShopBack mereka:

Daftar untuk akaun Maxis ShopBack di www.shopback.my/Maxis (Pelanggan sedia ada ShopBack perlu mendaftar untuk akaun Maxis ShopBack baharu untuk menikmati manfaat tambahan ini)
Pilih kedai dan diarahkan ke laman web atau aplikasi untuk melengkapkan perbelanjaan atas talian anda
Dapatkan rebat tunai dalam akaun Maxis ShopBack anda
Pelanggan boleh memilih untuk mengeluarkan rebat tunai mereka atau menggunakannya untuk membayar bil Maxis mereka
Sehingga 17 September 2017, pelanggan Maxis ShopBack juga akan menikmati manfaat tambahan ini:

2x tunggangan Grab percuma (bernilai RM5 setiap tunggangan) – Pelanggan boleh mendapatkan kod promo dari banner kempen Maxis di dalam aplikasi ShopBack
6% rebat tunai upsized di kedai atas talian Uniqlo
• Hadiah eksklusif percuma dengan apa sahaja pembelian dari Sephora
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana pelanggan boleh dibayar untuk membeli-belah secara atas talian dengan Maxis ShopBack, saksikan video ini

Archives
Tags

Popular
Posts

Hotlink app X Merdeka EN

Hotlink App brings Malaysians more value this Merdeka

This Merdeka, Hotlink is offering its users the opportunity to redeem attractive vouchers, prizes and win the latest smartphones by simply reloading their credit or purchasing e-vouchers on the Hotlink app. The campaign is an initiative to reward Hotlink customers who frequently “Bikin Selalu, Hotlink App Dulu”.

TELL ME MORE
Maxis collaborates with MRCS to support mobile vaccination programme

Maxis collaborates with MRCS to support mobile vaccination programme

In line with the government’s aspirations to accelerate vaccination in the country under the National COVID-19 Immunisation Programme (PICK), Maxis has collaborated with Malaysian Red Crescent Society (MRCS) to support their mobile vaccination programme.

TELL ME MORE
Maxis is enabling local heroes to help more Malaysians to Always Be Ahead

Maxis is enabling local heroes to help more Malaysians to Always Be Ahead

As the nation celebrates Hari Kebangsaan and the upcoming Hari Malaysia, Maxis has launched its inaugural Maxis Awards to recognise and support outstanding Malaysian initiatives whose contributions drive positive impact for their fellow citizens.

TELL ME MORE