Dapatkan perkhidmatan asas anda di Pusat Maxis, klik di sini untuk waktu operasi dan lokasi kedai Maxis.

Pusat Maxis dibuka, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Maxis Memulakan Operasi Penghantaran 24-Jam iPhone 7 Terbesar, Memenuhi 2,000 Telefon Di Seluruh Negara

Tepat jam 12 pagi pada 14 Oktober, Maxis telah memulakan 24-Hour Maxis Everywhere Express, operasi penghantaran iPhone 7 yang terbesar selama 24 jam di Malaysia. Secara keseluruhan, Maxis telah memenuhi hampir 2,000 telefon di seluruh negara dalam tempoh 24 jam, termasuk kutipan sendiri dan penghantaran.

400 telefon telah dihantar tepat pada jam 12 pagi pada 14 Oktober kepada para pelanggan di seluruh negara. Ini termasuk para pelanggan yang berada di pusat-pusat bandar seperti Georgetown, Pulau Pinang, serta lokasi sejauh Semporna, Sabah dan bandar-bandar kecil seperti Jerantut, Pahang.

Antara 800 pekerja Maxis yang mengambil bahagian dalam penghantaran tengah malam tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Morten Lundal, yang telah mengejutkan Jezzriq (Jezz) Bin Eddie Kismilardy, pemain keyboard untuk kumpulan Hydra, dengan iPhone 7 baharu ketika beliau sedang membuat persembahan bersama kumpulannya .

“Saya amat gembira untuk mendapatkan iPhone 7 terbaharu ini. Saya juga amat gembira kerana telah menerima telefon daripada Ketua Pegawai Eksekutif Maxis sendiri. Terima kasih Maxis untuk penghantaran istimewai ini!” kata Jezz.

Antara pelanggan yang menerima iPhone mereka pada tengah malam 14 Oktober adalah Noel Fong dari Semporna, Sabah. Noel, seorang pelanggan Maxis selama 10 tahun, merupakan peminat besar produk-produk Apple dan ingin menjadi antara yang pertama untuk memiliki iPhone 7.

“Ia amat menarik untuk mendapatkan telefon saya dihantar secara peribadi pada tengah malam. Ia sesuatu yang berbeza yang tidak pernah saya alami sebelum ini!” kata Noel.

Pelanggan yang memilih untuk mengutip telefon mereka juga teruja untuk mendapatkan iPhone 7 secepat mungkin. Mathanan A/L Mohan dari Rawang teruja apabila beliau diumumkan sebagai pelanggan Maxis yang pertama untuk mendapatkan iPhone 7 Plus dari Pusat Maxis KLCC. Buat tahun kedua berturut-turut, Mathanan sekali lagi berjaya menjadi pelanggan pertama dalam barisan di Pusat Maxis KLCC untuk mendapatkan iPhone baharu beliau.

“Saya telah menaik taraf iPhone saya setiap tahun. Saya juga memiliki semua gajet Apple dan saya tidak sabar untuk mencuba ciri-ciri baru iPhone 7, terutamanya ciri dwi kamera,” kata Mathanan.

Bagi pelanggan yang ingin mengambil telefon mereka sendiri, Maxis telah memperluaskan pusat koleksi ke lebih 100 lokasi di seluruh negara - termasuk semua Pusat Maxis dan Rakan Eksklusif Maxis.

Bagi pelanggan yang terlepas peluang untuk membuat tempahan awal, Maxis menjemput mereka untuk memeriksa Maxis RealView™, penyemak stok yang menyediakan maklumat stok yang dikemaskini setiap jam mengenai kedai-kedai yang mempunyai stok model telefon atau warna pilihan mereka. Dengan cara ini, pelanggan tidak perlu membazir masa mencari telefon mereka. Dapatkan maklumat lanjut di www.maxis.com.my/realview

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai iPhone 7 dengan Maxis, sila layari www.maxis.com.my/iphone7

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis Logo

Maxis remains committed to deliver the best, uninterrupted connectivity for customers throughout MCO periods

With the recent implementation of the Movement Control Order (MCO), Maxis has ensured its services remain accessible to all customers via its physical and online stores, and that its networks are uninterrupted for continued connectivity.

TELL ME MORE
Spark Joey Yap

Maxis Business Spark Engage spotlights digitalisation journey of homegrown success story

The immensely popular Maxis Business Spark Engage series is back once again, this time with renowned icon Dato’ Joey Yap, Founder and Chief Consultant of Joey Yap Consulting Group, joining the fully virtual event on 16 June 2021.

TELL ME MORE
Maxis Logo

Maxis strengthens one stop cloud solution capabilities with latest acqui-hire

With the recent implementation of the Movement Control Order (MCO), Maxis has ensured its services remain accessible to all customers via its physical and online stores, and that its networks are uninterrupted for continued connectivity.

TELL ME MORE