Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Maxis Melancarkan Operasi Penghantaran Telefon Terbesar Di Malaysia Mulai Tengah Malam

Hari ini, Maxis memulakan operasi penghantaran telefon terbesar selama satu hari di Malaysia. Maxis menjanjikan setiap pelanggan yang membuat pra-tempahan iPhone 6s dan iPhone 6s Plus bahawa mereka akan menerima telefon mereka dalam masa 24 jam selepas pelancaran - tidak kira di mana mereka berada di Malaysia.

Ini adalah sebahagian daripada janji Ekspres 24 Jam Maxis pada tahun ini. Secara keseluruhan, lebih 1,000 telefon akan dipenuhi diantara jam 12:01 pagi hingga 11:59 malam, 16 Oktober. Para pelanggan yang memilih penghantaran Ekspres juga membuat keputusan untuk mencabar janji di “mana sahaja di Malaysia” Maxis- penghantaran tahun ini telah diminta dari satu bot di perairan Langkawi, di kawasan pedalaman di Sabah dan di Cameron Highlands, dan tempat-tempat lain.

Dalam perjalanan untuk menyampaikan iPhone kepada seorang pelanggan di Pudu adalah Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Joe Chia, pereka fesyen yang paling berpengaruh di Asia pada tahun 2014, merupakan peminat besar iPhone dan tidak sabar untuk mendapatkan model terbaru. Oleh itu, beliau memilih perkhidmatan penghantaran percuma, dan terkejut apabila Dushyan sendiri berdiri di pintu bengkel pakaian beliau yang terletak di kawasan Pudu. Lihat apa yang berlaku di sini.

"Saya tidak pernah menjangka mereka akan menghantar telefon saya tengah malam ini. Ini benar-benar pengalaman iPhone yang terbaik. Terima kasih Maxis!

“Tidak ada perasaan yang lebih memuaskan apabila iPhone anda dapat terus dihantar ke rumah, dan dengan pantas. Bagi kami, ia bukan hanya tentang kepantasan penghantaran tetapi pengalaman pelanggan setiap kali kami berinteraksi dengan mereka, dan itu termasuk mempunyai pengalaman 4G yang terbaik dengan telefon ikonik ini,” kata Dushyan.

Para pelanggan juga diberi pilihan untuk mengutip telefon mereka sendiri melalui perkhidmatan Koleksi Ekspres di mana-mana 40 Pusat Maxis di seluruh negara, dengan janji pemenuhan dalam masa 24 jam.

Mohd Nazrul Abdul Muttalib amat teruja apabila beliau menjadi pelanggan Maxis yang pertama untuk mendapatkan iPhone 6s beliau dari Pusat Maxis KLCC dalam masa 3 minit sahaja.

“Saya agak letih tetapi berasa amat teruja kerana saya akhirnya mendapat iPhone 6s Plus saya, dan saya mendapatnya dalam warna rose gold yang baru!” kata Nazrul.

Tahun ini, pelanggan yang terlepas peluang untuk membuat tempahan awal boleh menyemak stok yang sedia ada melalui RealView, penyemak stok telefon dalam kedai (in-store), di laman web Maxis, yang merupakan satu perkhidmatan pertama seumpamanya yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi. Di sini, pelanggan boleh mencari model telefon/warna pilihan mereka, dimana maklumat stok dikemaskini setiap jam. Ini akan membantu pelanggan mencari Pusat Maxis yang terdekat dimana model telefon/warna pilihan boleh didapati dan tidak membazir masa mencari telefon mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bagaimana untuk menggunakan RealView, lihat videonya di sini!

 

Untuk menyemak status penghantaran Penghantaran Ekspres 24 Jam Maxis, klik di sini www.maxis.com.my/maxisexpress. Untuk maklumat lanjut mengenai iPhone dengan Maxis, sila layari www.maxis.com.my/iphone6s.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

As international borders progressively reopen and with the return of more international travel on the horizon, Maxis is the first telco in the country to provide its customers with 5G international roaming services in Singapore, Thailand and Indonesia.

TELL ME MORE
Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

The passion of Malaysians in bringing a positive change to the community clearly showed as Maxis announced the first two winners of the inaugural Maxis Awards.

TELL ME MORE
Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Reinforcing its leading position in the Enterprise solutions market, Maxis has announced its largest acquisition to date of MyKRIS Asia Sdn Bhd (MyKRIS Asia), a Malaysian-based company specialising in Managed Network and Security Services with end-to-end field delivery and support, for up to RM157.5 million.

TELL ME MORE