Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Pelancaran The WKND Sessions Live Dan The WKND Recording Fund Bersama Hotlink

KUALA LUMPUR, 8 JUN 2015 - Penampilan baru siri muzik Internet The Wknd Sessions akan dilancarkan di The Bee, Publika pada 12 Jun 2015 sebagai sebahagian daripada Cooler Lumpur Festival. Sekarang direkodkan di hadapan penonton secara langsung, siri ini akan dikenali sebagai The Wknd Sessions Live (TWSLive) dan menampilkan persembahan dari 10 artis-artis Malaysia yang patut diberi perhatian, yang akan diadakan di seluruh Malaysia.

Satu kerjasama antara The Wknd dan Hotlink, TWSLive memberi tumpuan dalam mempamerkan bakat-bakat muzik terbaik di Malaysia. Setiap acara TWSLive akan menampilkan dua artis, dimana setiap artis akan memberi persembahan selama 45 minit dalam suasana yang intim, yang akan direkodkan dalam definisi tinggi dan menampilkan kesan sonik yang selalunya dikaitkan dengan The Wknd. Video dari setiap persembahan seterusnya akan disediakan pada http://www.the-wknd.com untuk tontonan.

Acara TWSLive yang pertama di The Bee akan dilancarkan dengan muzik baru dan menarik dari Bil Musa dan Jaggfuzzbeats. Penyenaraian penuh tempat dan artis untuk acara-acara TWSLive yang berikutnya akan diumumkan pada masa akan datang.

Bersempena dengan TWSLive, The Wknd dan Hotlink juga akan melancarkan The Wknd Recording Fund (TWRF), yang distruktur untuk berfungsi sebagai platform bagi para pemuzik baru Malaysia untuk merakam, menghasilkan, melancarkan dan memasarkan bahan yang dirakam. Pemenang akan membawa pulang satu single yang direkodkan secara professional dan peluang untuk membuat persembahan di hadapan penonton secara langsung di acara akhir TWSLive, bersama-sama dengan headliners bagi persembahan akhir.

Pada majlis pelancaran di The Bee, Publika, Hotlink juga akan menyediakan kemudahan kepada pemuzik-pemuzik muda dengan bahan asal untuk merekodkan persembahan mereka ke TWRF. Maklumat lanjut akan disediakan di laman web The Wknd di http://the-wknd.com/twrf.

TWRF akan memulakan penyerahan bermula pada 12 Jun 2015 hingga 31 Ogos 2015. Satu pemenang akan dipilih melalui gabungan undian dalam talian, satu panel yang terdiri daripada penerbit dalaman The Wknd dan juga juri terpilih yang terdiri daripada personaliti-personaliti terkenal dalam arena muzik Malaysia. Pengundian dalam talian akan bermula dari 1 hingga 30 September 2015.

Hotlink akan menyumbang hadiah wang tunai khas sebanyak RM10,000 kepada pemenang, RM3,000 kepada pemenang tempat kedua dan RM2,000 kepada pemenang tempat ketiga sebagai dana untuk meneruskan usaha mereka dalam membangunkan bakat mereka.

“Selepas melakukan ini sejak tujuh tahun yang lalu, kami telah membuat keputusan untuk mewujudkan satu pengalaman yang lebih mendalam untuk penonton kami,” kata Fikri Fadzil, pengasas TheWknd. “Kami ingin cuba menangkap tenaga yang membekalkan kedua-dua artis dan peminat mereka. Dengan The Wknd Sessions Live, matlamat utama kami adalah untuk menunjukkan bahawa tiada lagi pelabelan muzik ‘mainstream’ atau 'indie' - semuanya muzik yang baik. Ini adalah seiring dengan The Wknd Recording Fund, yang merupakan tanda komitmen kami untuk membantu membangunkan industri muzik. "

Dengan lebih daripada 100 artis Malaysia dan Asia Tenggara yang dipaparkan, dan lebih 300 video muzik yang dihasilkan sejak siaran pertama pada tahun 2008, The Wknd bertujuan untuk meneruskan misinya untuk memperkenalkan muzik yang terbaik daripada Malaysia dan Asia Tenggara kepada masyarakat umum.

twsl3
twsl4
Archives
Tags