Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Saksikan The WKND Sessions Live Bersama Hotlink di Lokasi-Lokasi Terpilih Di Seluruh Negara!

Berikutan pelancarannya di Cooler Lumpur Festival pada 12 Jun di Publika, The Wknd Sessions Live (TWSL) kini akan mengunjungi beberapa lokasi di seluruh negara, dan akan menampilkan persembahan dari artis-artis ‘indie’ Malaysia. Pertunjukan TWSL seterusnya akan diadakan di Ipoh di Insider Space pada 15 Ogos, dengan persembahan dari SOFT, Molly Dolly dan Muck.

TWSL juga akan mengunjungi Johor Bahru dan Kuching, dan akan pulang semula ke KL untuk pertunjukan terakhir pada 9 Oktober. Untuk maklumat lanjut mengenai tarikh dan barisan artis untuk setiap pertunjukan TWSL, sila lawati www.hotlink.com.my.

The Wknd dan Hotlink juga telah melancarkan The Wknd Recording Fund (TWRF), yang distruktur untuk berfungsi sebagai platform bagi para pemuzik baru Malaysia untuk merakam, menghasil, melancar dan memasar bahan yang dirakam. Pemenang akan membawa pulang satu single yang direkodkan secara professional dan peluang untuk membuat persembahan di hadapan penonton secara langsung di acara akhir TWSL, bersama-sama dengan headliners bagi persembahan akhir. Di setiap lokasi TWSL, Hotlink juga akan menyediakan kemudahan kepada pemuzik-pemuzik muda dengan bahan asal untuk merekodkan persembahan mereka ke TWRF.

Hotlink akan menyumbang hadiah wang tunai khas sebanyak RM10,000 kepada pemenang, RM3,000 kepada pemenang tempat kedua dan RM2,000 kepada pemenang tempat ketiga sebagai dana untuk meneruskan usaha mereka dalam membangunkan bakat mereka.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan The Wknd untuk TWSL dan TWRF bagi membantu membangkitkan semula arena muzik ‘indie’ tempatan dan mencungkil bakat-bakat tempatan yang baru. Hotlink mempunyai ikatan yang kuat dengan muzik, dan kami adalah peneraju dalam mencari dan memupuk bakat baru, pertama dengan Akademi Fantasia dan kini melalui kerjasama dengan The Wknd. Kami tidak sabar untuk mendengar muzik original oleh para pemuzik yang baru dan menyaksikan persembahan mereka di atas pentas semasa persembahan akhir TWSL. Kami juga akan membuat pelbagai pengumuman berkenaan dengan muzik tempatan tidak lama lagi,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis.Para pelanggan juga berpeluang memenangi dua tiket barisan hadapan di pertunjukan TWSL pilihan mereka, dengan mengikut langkah-langkah berikut:

Muat turun Hotlink RED App di www.hotlink.com.my/red
Log masuk ke RED App, pilih “Feedback” dan pilih kategori “Live.Life.Loud”
Taip TWSL <Lokasi pilihan (KL/IPOH/JB/KUCHING)>
12 pelanggan pertama yang menghantar penyertaan mereka akan mendapat dua tiket. Peraduan ini akan berakhir pada 9 Oktober.

Satu kerjasama antara The Wknd dan Hotlink, TWSL memberi tumpuan dalam mempamerkan bakat-bakat muzik terbaik di Malaysia. Setiap acara TWSL akan menampilkan dua artis, dimana setiap artis akan memberi persembahan selama 45 minit dalam suasana yang intim, yang akan direkodkan dalam definisi tinggi dan menampilkan kesan sonik yang selalunya dikaitkan dengan The Wknd. Video dari setiap persembahan seterusnya akan disediakan pada http://www.the-wknd.com untuk tontonan.

Untuk maklumat terkini mengenai TWSL dan TWRF bersama Hotlink, sila lawati www.hotlink.com.my atau melalui Hotlink RED App.

Archives
Tags