Stay Connected: Our stores and support channels remain open to keep you connected. More info, here .

Our retail outlets are open with strict SOPs to ensure everyone’s safety. Click here for more info.

Hotlink Mencetuskan Populariti eSports Dengan Pelancaran Kredit Permainan

Dengan perkembangan pesat industri permainan dalam talian dan menjangkakan perubahan dalam trend global permainan video sebagai satu sukan tontonan, Maxis hari ini memperkenalkan satu kemudahan tambah nilai Kredit Permainan yang baru melalui Tiket Tambah Nilai Hotlink atau cetakan terminal. Bekerjasama dengan penerbit permainan dalam talian utama iaitu Asiasoft, CIB, Garena, IAHGames dan Cubinet, Maxis adalah syarikat telekomunikasi yang pertama yang memperkenalkan perkhidmatan yang boleh didapati untuk semua rakyat Malaysia, dengan manfaat tambahan untuk pelanggan Hotlink yang menggunakan kemudahan tersebut.

Untuk pelancaran ini, manfaat-manfaat berikut akan ditawarkan secara eksklusif kepada pelanggan Hotlink. Untuk setiap tambah nilai yang dibuat melalui Tiket Tambah Nilai Hotlink, pengguna akan mendapat:

3 hari IP + 3 hari Boost XP bagi permainan dalam talian League of Legends bernilai RM19.95. Sah untuk tiket tambah nilai sebanyak RM10 ke atas
Room Name Colour Changer bagi permainan dalam talian Blackshot bernilai RM4.00
06 Golden Key bagi permainan EA FIFA Online 3 bernilai RM3.50
Mana-mana permainan dari IAH Games akan ditawarkan dengan iCash (mata wang IAH Games) tambahan sebanyak 10% berdasarkan jumlah tambah nilai mata permainan yang bersamaan

Berikut adalah cara untuk menggunakan Kredit Permainan Hotlink:

Daftar untuk akaun permainan di salah satu daripada laman web rakan penerbit
Pilih 'Payment' atau 'Top-up'
Pilih 'Hotlink Top-up Ticket' sebagai pilihan pembayaran
Log masuk atau lengkapkan pendaftaran sekali sahaja
Masukkan 16-digit & transaksi selesai

"Di Hotlink, kami fahami pasaran permainan yang mantap ini dan keperluan pemain dalam talian. Dengan pelancaran Kredit Permainan, kami membolehkan rakyat Malaysia yang gemar permainan dalam talian untuk mendapatkan akses yang lebih mudah kepada fenomena sosial ini. Kebanyakan pelanggan kami adalah pemain video (gamers), oleh itu, ini adalah nilai yang besar bagi mereka, dan mereka kini boleh menggunakan Tiket Tambah Nilai Hotlink untuk kegunaan lain, selain daripada hanya tambah nilai masa keudara. Rangkaian pengedaran Hotlink kami yang melebihi 14,000 titik-sentuh di seluruh negara juga merupakan kelebihan yang signifikan," kata Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna Maxis.

Industri permainan dalam talian telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat baru-baru ini. Pada tahun 2016, saiz pasaran permainan global diramalkan akan mencapai USD86.1 bilion. Dalam tempoh dua tahun yang lalu, terdapat juga satu perubahan dalam trend dimana permainan video kini dipopularkan sebagai sukan tontonan, atau eSports, yang telah mengalami lonjakan dalam pertumbuhan. eSports menggabungkan pengalaman permainan berbilang pemain dengan sukan fizikal dunia fana. Pada akhir 2014, empat francais permainan kini telah mempunyai acara eSports dengan jumlah hadiah lebih daripada USD1 juta: League of Legends, DoTA2, Call of Duty dan SMITE la

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.hotlink.com.my/games

Archives
Tags

Popular
Posts

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

Leveraging each other’s strengths in technology and innovation, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) and Maxis have entered into a strategic partnership to jointly offer converged solutions focusing on safety, security and sustainability for businesses. Additionally, the partnership will focus on leveraging big data and advanced analytics to co-create hyper personalization for an enhanced retail experience.

TELL ME MORE
Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Accelerating its ambition to be Malaysia’s Leading Converged Solutions Company, Maxis Business has expanded its voice and unified communications (UC) solutions as part of its ongoing commitment to build talent capacity and capabilities in sophisticated solutions for its Enterprise segment. The expanded portfolio is driven by the increasing need for greater collaboration in business in the new normal.

TELL ME MORE
Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis, a leading converged solutions provider in Malaysia, announced today that it has achieved a new accreditation as an Amazon Web Services (AWS) Advanced Consulting Partner and joined the AWS Solution Provider Program. This strengthens and accelerates Maxis’ leadership in delivering cloud service capabilities to help more Malaysian customers embrace the many benefits of cloud adoption as part of their IT strategy. Since joining the AWS Partner Network (APN), Maxis has continued to build on its collaboration with AWS, the world’s leading and most comprehensive cloud platform.

TELL ME MORE