Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Maxis Menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Untuk Rumah-Rumah Kebajikan

Kira-kira 200 penghuni dari sembilan rumah kebajikan yang terdiri daripada orang kurang upaya, warga emas dan anak-anak yatim menjadi tetamu khas di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri oleh Maxis Berhad (Maxis) yang diadakan di Kuantan pada 25 Ogos. Dihoskan oleh Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Bin Raja Tun Uda, ahli-ahli pengurusan kanan dan kakitangan Maxis, acara ini telah dihadiri oleh para penghuni dari Pusat Jagaan Persatuan Pemulihan Orang Cacat, Pusat Jagaan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia, Pusat Jagaan Orang Tua Grannies, Pusat Jagaan Kuantan Nursing Care Home, Pusat Jagaan Susan Villa Aged Care, Pertubuhan Kebajikan Darul Nisa'3i, Pusat Tahfiz Miftahul Qura’, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Nur Iman, dan Penempatan Anak Yatim Nadwah Permata Camar.

Pada majlis tersebut, Maxis menyampaikan sejumlah RM50,000 kepada rumah-rumah tersebut. Sementara itu, para penghuni menghiburkan tetamu dengan pelbagai persembahan kreatif, dan juga menikmati pelbagai makanan lazat.

“Hari ini, kami bersyukur kerana dapat sekali lagi menghulurkan sumbangan terutamanya bersempena dengan Hari Raya ini. Penglibatan sukarelawan Maxis dan meluangkan masa bersama para tetamu istimewa kami pada hari ini adalah salah satu inisiatif daripada komitmen berterusan kami untuk mewujudkan impak yang positif ke atas masyarakat yang tidak begitu bernasib baik,” kata Raja Tan Sri Arshad, yang juga mengedarkan ‘duit raya’ kepada setiap tetamu.

Sebagai sebahagian daripada sokongan kepada keperluan masyarakat, Maxis telah memulakan pelbagai inisiatif, termasuk menyokong aspirasi negara dalam bidang teknologi, pendidikan dan pembangunan belia melalui program perdana Maxis Cyberkids sejak 12 tahun yang lalu, yang menyediakan latihan ICT kepada lebih 8,600 pelajar dan guru dari 1,500 sekolah di seluruh negara. Pada tahun 2012, Maxis telah memperluaskan program Cyberkids ke Sekolah Pendidikan Khas.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

As international borders progressively reopen and with the return of more international travel on the horizon, Maxis is the first telco in the country to provide its customers with 5G international roaming services in Singapore, Thailand and Indonesia.

TELL ME MORE
Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

The passion of Malaysians in bringing a positive change to the community clearly showed as Maxis announced the first two winners of the inaugural Maxis Awards.

TELL ME MORE
Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Reinforcing its leading position in the Enterprise solutions market, Maxis has announced its largest acquisition to date of MyKRIS Asia Sdn Bhd (MyKRIS Asia), a Malaysian-based company specialising in Managed Network and Security Services with end-to-end field delivery and support, for up to RM157.5 million.

TELL ME MORE