Para Pemenang Peraduan 'Hotlink Bolananza' Gembira Selepas Menerima RM50,000 Setiap Seorang
Sepuluh pelanggan Hotlink baru-baru ini membawa pulang RM50,000 selepas dinamakan pemenang Hadiah Utama peraduan Hotlink Bolananza, yang diadakan sempena musim bola sepak dunia baru-baru ini. Para pemenang telah menerima hadiah mereka pada satu majlis penyampaian hadiah khas yang diadakan di Menara Maxis pada 24 September.
Peraduan tersebut, yang berlangsung dari 13 Jun hingga 14 Julai, terbuka kepada semua pelanggan Hotlink dan menawarkan wang tunai dan pelbagai hadiah bernilai lebih RM1,000,000. Untuk menang, pelanggan hanya perlu memilih pasukan bola sepak kegemaran mereka dan diberi ganjaran dalam bentuk panggilan, SMS dan data bernilai sehingga RM60, tidak kira jika pasukan mereka menang, seri atau kalah. Sepuluh pelanggan teratas yang berjaya mengumpul 10 kemenangan, menjawab 5 soalan trivia bola sepak dengan betul dan memberi jawapan yang betul dalam masa yang terpantas dinamakan sebagai pemenang Hadiah Utama dan menerima RM50,000 setiap seorang.
Berikut adalah para pemenang peraduan Hotlink Bolananza:
1. Lee Hor San, dari Selangor
2. Tag Say Kiat, dari Kuala Lumpur
3. Loo Ting Siong, dari Kuala Lumpur
4. Hani Dzatil Syakirah Binti Mohamad Shaari, dari Perak
5. Lim Geok Houn, dari Kuala Lumpur
6. Moey Tuck Seng, dari Kuala Lumpur
7. Kum Choy Hong, dari Kuala Lumpur
8. Liew Khon Leong, dari Kuala Lumpur
9. Shahrizan Bin Diman, dari Johor
10. Salsiah Binti Buyong, dari Perak
Loo Ting Siong, salah seorang pemenang dari KL berkata, "Saya tidak menjangka untuk memenangi peraduan ini tetapi ia begitu mudah! Saya mengharapkan lebih banyak pertandingan dan promosi daripada Hotlink."
Seorang lagi pemenang, Salsiah Binti Buyong dari Perak, teruja apabila mengetahui bahawa dia telah menang. “Saya tidak pernah memenangi apa-apa pertandingan atau cabutan bertuah sepanjang hidup saya. Ini memang rezeki saya!”