Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Maxis Mengupayakan Rakyat Malaysia Menderma Secara Digital Melalui Kempen 'Share The Light' Music Deepavali Ini

Pada Deepavali tahun ini, Maxis akan bekerjasama dengan LINE untuk mengupayakan rakyat Malaysia untuk menderma secara digital bersempena musim perayaan yang akan datang. Khayalak ramai hanya perlu menyaksikan video ‘Share The Light’ dan memuat turun pelekat Deepavali percuma dari LINE. Bagi setiap muat turun, Maxis akan menderma RM1 ke 10 rumah kebajikan kanak-kanak terpilih di seluruh negara. Kempen ini akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2014. Selepas kempen ini berakhir, satu lagi set pelekat LINE akan diberikan secara percuma sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan Maxis dan Hotlink yang mengambil bahagian.

Berikut adalah langkah-langkah mudah untuk mengambil bahagian dalam kempen ini:

Saksikan dan kongsikan video YouTube yang dibuat khas di www.maxis.com.my/deepavali atau http://youtu.be/UEX9FxjUSj0
Muat turun pelekat Deepavali LINE (pengguna baru perlu memuat turun dan mendaftar untuk akaun LINE sebelum mereka boleh memuat turun pelekat tersebut)
Kempen ini tidak terhad kepada pelanggan Maxis sahaja. Lebih 10 juta pengguna LINE akan diberitahu dan digalakkan untuk mengambil bahagian dalam program ‘Share The Light’ ini.

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Maxis telah menghasilkan satu video pendek dengan menemuramah kanak-kanak di beberapa rumah kebajikan untuk mengetahui kehendak mereka sempena Deepavali ini.

"Selalunya, orang ramai ingin menghulurkan bantuan kepada badan-badan kebajikan tetapi tidak mempunyai masa dan sumber-sumber yang sewajarnya. Untuk musim perayaan Deepavali yang akan datang, kami ingin menjadikan ia lebih mudah bagi para pelanggan kami untuk menderma secara digital. Inisiatif ini adalah satu tanda tulus ikhlas dari pihak kami untuk mewujudkan kesedaran dan pada masa yang sama menerangi kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di seluruh negara. Kami berharap untuk mendapatkan seramai yang boleh untuk berkongsikan pelekat ini supaya kami dapat memberi kesan positif kepada kehidupan orang-orang yang benar-benar memerlukannya,” kata CK Koay, Ketua Pengurusan Pelanggan Maxis.

Terdapat juga hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi apabila pengguna berkongsikan video tersebut melalui LINE. Sepuluh pemenang Maxis atau Hotlink akan mendapat sebuah Head Doll LINE Edisi Terhad 50cm bernilai RM500 setiap satu, manakala 90 pemenang akan mendapat dua Doll LINE 18cm bernilai RM120 setiap satu. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah ‘kongsian’ video pada timeline dan chat LINE mereka.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

As international borders progressively reopen and with the return of more international travel on the horizon, Maxis is the first telco in the country to provide its customers with 5G international roaming services in Singapore, Thailand and Indonesia.

TELL ME MORE
Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

The passion of Malaysians in bringing a positive change to the community clearly showed as Maxis announced the first two winners of the inaugural Maxis Awards.

TELL ME MORE
Maxis-sponsored Team Secret to take global stage after emerging as champion in SEA tournament

Maxis-sponsored Team Secret to take global stage after emerging as champion in SEA tournament

Maxis-sponsored Team Secret PUBG Mobile Team has recently emerged as champion in the PUBG Mobile Pro League Regional Championship, Southeast Asia.

TELL ME MORE