Stay Connected: Our stores and support channels remain open to keep you connected. More info, here .

Our retail outlets are open with strict SOPs to ensure everyone’s safety. Click here for more info.

Suku Ketiga Maxis- Keuntungan Selepas Cukai Meningkat 2.9% Kepada RM494 Juta, Penunjuk Utama Menaik

Maxis Berhad (Maxis) mencatatkan keputusan positif, disertai dengan trend menaik dalam penunjuk operasi utama bagi keputusan kewangan suku ketiga berakhir 30 September 2014.

Berikutan momentum positif daripada langkah transformasi dan inisiatif pasaran, Maxis merekodkan Keuntungan Selepas Cukai yang dinormalkan sebanyak RM494 juta, meningkat 2.9% daripada RM480 juta yang dicatatkan pada suku kedua 2014. Hasil Perkhidmatan kekal stabil pada RM2,049 juta manakala Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai dan Pelunasan (Earnings Before Interest, Tax, Depreciation and Amotisation - EBITDA) berjumlah RM1,070 juta, dengan Margin EBITDA pada Hasil Perkhidmatan terus kukuh pada 52.7%.

Suku ini, hasil Maxis terjejas sebanyak RM16 juta berikutan langkah kajian semula harga caj bayar bagi setiap penggunaan bagi pascabayar (Pay per use - PPU). Namun begitu, Maxis terus memperoleh pengguna Internet mudah alih yang lebih tinggi (MI) - pengguna MI melonjak kepada 7.6 juta dan pendapatan MI berkembang sebanyak 6.7% suku-ke-suku dengan peningkatan hasil MI kepada 30% dari hasil keseluruhan mudah alih. Ini didorong oleh sambutan menggalakkan dari tawaran ‘bebas dan tiada lagi kebimbangan’ dan penembusan telefon pintar yang lebih tinggi. Maxis mencatatkan penembusan telefon pintar dicampur pada 54% suku ini, naik sehingga 5% mata, dipacu oleh harga yang menarik bagi peranti tahap pertengahan dan rendah.

Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, berkata, "Langkah transformasi kami berjalan lancar. Prestasi suku ketiga ini adalah stabil, tetapi disertai dengan penunjuk operasi yang menunjukkan trend menaik. Banyak lagi peluang untuk kami mencipta kejutan positif yang boleh membuatkan pelanggan berasa istimewa dan detik ‘Like’. Maxis sememangnya mempunyai rangkaian yang sangat kompetitif meliputi majoriti penduduk di samping menerajui liputan penduduk LTE di negara ini. Kami ingin terus meningkatkan keupayaan dan memastikan kami dapat menyediakan pengalaman tanpa bandingan buat pelanggan kami – pengalaman Internet yang benar-benar bebas dan tanpa bimbang dengan rangkaian yang terbaik.”

Suku ini menyaksikan Maxis mencatat pemulihan dalam pra-bayar, dipacu oleh portfolio produk yang kukuh serta pengedaran yang tertumpu. Ini menyumbang kepada pertumbuhan langganan prabayar bagi dua suku berturut-turut. Maxis mengakhiri suku ketiga ini dengan 9.1 juta jumlah langganan. Sementara itu bagi pasca bayar pula, pelan MaxisONE terus memperoleh sambutan yang menggalakkan dengan kemasukan pelanggan baru dan juga yang berhijrah ke Maxis serta impak ARPU yang lebih baik."

Syarikat telah melabur sebanyak RM337 juta dalam perbelanjaan modal pada suku ini dan seperti yang dijangkakan, bakal melaburkan lebih daripada RM1 bilion tahun ini. Rangkaian baru yang dimodenkan akan mencapai lebih daripada 75% daripada penduduk sebelum akhir tahun ini. Liputan 2G dan 3G Maxis masing-masing melebihi 95% dan 85% dari jumlah penduduk. Maxis juga menerajui liputan LTE dalam negara dengan liputan 21%, merangkumi pusat pasaran utama dan ibu negeri.

Syarikat juga mengumumkan dividen interim ketiga lapan sen sesaham.

Archives
Tags

Popular
Posts

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

Leveraging each other’s strengths in technology and innovation, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) and Maxis have entered into a strategic partnership to jointly offer converged solutions focusing on safety, security and sustainability for businesses. Additionally, the partnership will focus on leveraging big data and advanced analytics to co-create hyper personalization for an enhanced retail experience.

TELL ME MORE
Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis, a leading converged solutions provider in Malaysia, announced today that it has achieved a new accreditation as an Amazon Web Services (AWS) Advanced Consulting Partner and joined the AWS Solution Provider Program. This strengthens and accelerates Maxis’ leadership in delivering cloud service capabilities to help more Malaysian customers embrace the many benefits of cloud adoption as part of their IT strategy. Since joining the AWS Partner Network (APN), Maxis has continued to build on its collaboration with AWS, the world’s leading and most comprehensive cloud platform.

TELL ME MORE
Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Accelerating its ambition to be Malaysia’s Leading Converged Solutions Company, Maxis Business has expanded its voice and unified communications (UC) solutions as part of its ongoing commitment to build talent capacity and capabilities in sophisticated solutions for its Enterprise segment. The expanded portfolio is driven by the increasing need for greater collaboration in business in the new normal.

TELL ME MORE