Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

MAXIS: ‘OK SAJE TAK OK’

Falsafah baru ‘OK SAJE TAK OK' akan memacu penyampaian perkhidmatan lebih cemerlang demi kepuasan pelanggan
Menggiatkan semula identiti jenama Maxis untuk mencerminkan Maxis yang lebih bertenaga yang mengamalkan Cara Berkerja Baru
Standard yang tinggi ditetapkan untuk meningkatkan rangkaian, produk, polisi dan proses

Maxis menunjukkan kesungguhannya untuk mengubah dirinya menjadi sebuah syarikat yang mengutamakan pelanggan dengan pelancaran satu falsafah baru iaitu “Ok Saje Tak Ok” (It’s Not Ok To Be Ok). Mantera ini akan menjadi sikap baru yang akan memacu standard penyampaian dan cara bekerja, secara dalaman dan luaran. Selain pelancaran falsafah baru ini, Maxis juga telah memperkenalkan identiti visual yang lebih segar serta identity-identiti baru untuk jenama Maxis dan Hotlink. Ini adalah diantara inisiatif-inisiatif yang sedang dilaksanakan selari dengani perjalanan transformasinya.

“‘OK SAJE TAK OK' bukan satu slogan bagi kami, malah ia adalah satu sikap. Ia adalah satu pemikiran yang akan mempengaruhi segala apa yang kami lakukan, yang akan memberi kesan kepada pelanggan, termasuk keputusan besar dan juga butiran yang paling kecil. Jika Maxis meneliti diri sendiri, kami mengakui bahawa kami bagus, kerana secara umum kami sememangnya bagus, tetapi kami juga perlu mengakui bahawa Maxis bukannya hebat. Dan kami ingin menjadi hebat,” kata Morten Lundal, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis.

Logo Maxis, yang tidak berubah sejak ia diperkenalkan 19 tahun yang lalu, telah diperbaharui. Warna biru dan hijau yang ikonik telah digiatkan semula dengan warna yang sama yang lebih bertenaga dan dinamik. Komunikasi luaran akan mempunyai format yang baru berdasarkan expresi moden yang minimal.

Secara dalaman, Maxis telah pun mula membuat perubahan dengan menggiatkan budaya Syarikat melalui cara bekerja yang baru, iaitu Maxis Way.

“Maxis Way adalah amat penting untuk kejayaan dan strategi pertumbuhan kami. Ia adalah satu perubahan budaya yang telah perkenalkan untuk membangunkan tenaga kerja yang berkeupayaan dan lebih terlibat, dengan nilai-nilai yang kukuh dan yang positif, bekerjasama dan bersemangat tentang jenama, pelanggan dan cara kami bekerja. Ini masih hanya permulaan perjalanan kami. Kami akan terus menangani perkara-perkara yang perlu diperbaiki, dan ini melibatkan kajian semula hujung-ke-hujung bagi semua proses, polisi, produk, titik sentuh pelanggan, komunikasi dan pandangan, supaya kami boleh memberikan apa yang kami dan pelanggan kami tentukan sebagai pengalaman yang benar-benar hebat,” kata Morten.

Archives
Tags