Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Tiket Bas Dan Bot Percuma Sempena Hari Gawai Untuk Pelanggan Maxis Dan Hotlink

Maxis akan menawarkan 400 tiket bas dan bot kepada pelanggan yang akan bertolak dari Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu
Pelanggan bukan Maxis boleh membeli pek SIM #Hotlink untuk layak mendapat tiket percuma

Bagi tahun kedua berturut-turut, pelanggan Maxis dan Hotlink di Sarawak akan dapat menikmati perjalanan percuma ke kampung halaman sempena Hari Gawai, dengan ihsan dari Maxis Berhad (Maxis). Sebagai sebahagian daripada kempen 'Free Ride Home', Maxis akan memberi sebanyak 300 tiket bas dan 100 tiket bot untuk pelanggan pascabayar dan prabayar yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan perayaan ini bersama keluarga dan rakan-rakan.

Mulai 17 Mei, pelanggan akan dapat menebus tiket bas percuma dan bertolak dari Kuching, Bintulu atau Miri, ke mana-mana destinasi di Sarawak.  Bagi tiket bot percuma, mereka akan dapat menebus tiket bagi perjalanan dari Sibu ke Kapit. Sebanyak 100 tiket akan diperuntukkan bagi setiap lokasi dan berdasarkan pelanggan yang terdahulu. Pelanggan hanya perlu mengunjungi kaunter Hotlink di mana-mana lokasi yang disenaraikan dalam tempoh penebusan untuk mendaftarkan minat mereka, dan mereka akan dibimbing dalam proses penembusan.

 

Berikut adalah butir-butir mengenai tempat penebusan dan tarikh bagi setiap lokasi:

Lokasi
Mod  Pengangkutan
Tiket Diperuntukkan
Lokasi Penembusan / Pelepasan
Tempoh Penembusan

Tempoh Perjalanan

Bintulu
Bas 100 Terminal Bas Medan Jaya, Bintulu
17 Mei – 20 Mei 2014
17 Mei– 2 Jun 2014
Kuching
Bas 100 Kuching Sentral
24 Mei – 27 Mei 2014
24 Mei– 2 Jun 2014
Miri
Bas 100 Terminal Bas Miri, Pujut Corner 28 Mei – 30 Mei 2014
29 Mei– 2 Jun 2014
Sibu
Bot 100 Sibu Express Wharf Terminal
28 Mei – 30 Mei 2014
28 Mei– 2 Jun2014

 

Pelanggan bukan Maxis dan bukan Hotlink juga layak untuk mendapatkan tiket percuma jika mereka membeli pek #Hotlink di mana-mana stesen bas atau terminal bot. Pada hanya RM8.80,

#Hotlink ditawarkan dengan dengan pra-muat kredit sebanyak RM5, dan menawarkan pelanggan internet asas yang percuma, membolehkan mereka menikmati pengalaman internet yang benar-benar tanpa bimbang, bila-bila masa dan di mana sahaja. Pelanggan juga boleh menikmati internet berkelajuan tinggi pada hanya RM1 sehari atau RM30 sebulan untuk data sebanyak 1GB.

“Kempen ‘Free Ride Home’ kami merupakan ganjaran kepada para pelanggan, selain daripada produk dan perkhidmatan. Ia adalah tanda penghargaan diatas sokongan mereka, dan kami berharap sumbangan kecil ini akan memberi impak yang bermakna dalam kehidupan mereka dengan menghubungkan mereka dengan keluarga masing-masing sempena Hari Gawai ini. Paling penting sekali, kami ingin mengucapkan selamat jalan kepada mereka yang akan pulang ke keluarga yang tersayang,” kata Alexius Bong, Ketua Wilayah Sarawak Maxis.

Maxis telah terus menyediakan nilai tambahan kepada pelanggan di Sarawak melalui penawaran produk setempat dan program ganjaran. Pada tahun lalu, Maxis memperkenalkan #Hotlink untuk pelanggan di Sabah dan Sarawak, iaitu pelan prabayar yang pertama dan seumpamanya di Malaysia yang menawarkan pelanggan internet asas percuma yang berterusan. Pelan ini merupakan satu kategori baru penggunaan internet mudah alih, yang menghapuskan halangan kemasukan yang tinggi kerana tiada caj setiap kali penggunaan (pay-per-use charges).

Untuk maklumat lanjut mengenai program ‘Free Ride Home’, sila layari www.maxis.com.my/harvest

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

As international borders progressively reopen and with the return of more international travel on the horizon, Maxis is the first telco in the country to provide its customers with 5G international roaming services in Singapore, Thailand and Indonesia.

TELL ME MORE
Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

The passion of Malaysians in bringing a positive change to the community clearly showed as Maxis announced the first two winners of the inaugural Maxis Awards.

TELL ME MORE
Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Reinforcing its leading position in the Enterprise solutions market, Maxis has announced its largest acquisition to date of MyKRIS Asia Sdn Bhd (MyKRIS Asia), a Malaysian-based company specialising in Managed Network and Security Services with end-to-end field delivery and support, for up to RM157.5 million.

TELL ME MORE