Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Nikmati Kebebasan: Maxis Melancarkan Pelan Pascabayar Yang Sentiasa Menghubungkan Pelanggan, Tanpa Bimbang

Berhubung dan berkomunikasi DENGAN BEBAS
Satu-satunya pelan internet yang menawarkan panggilan dan SMS tanpa had
Pengalaman internet 'Sentiasa Terhubung'
Perantauan tanpa berasa bimbang dengan satu kadar rata sebanyak RM38 sehari bagi 106 negara
Peranti percuma dengan pelan

Sebenarnya, jumlah panggilan yang dibuat atau bilangan SMS yang dihantar adalah suata perkara lama, memandangkan penggunaan internet yang semakin popular. Sekarang adalah masanya untuk kita bebas berhubung dan berkomunikasi, seperti mana yang kita ingini. Hari ini menandakan satu pencapaian penting bagi Maxis dimana ia melancarkan pelan pascabayar yang baru dan yang dinanti-nantikan, iaitu MaxisONE™ plan. Ia adalah satu-satunya pelan internet yang menawarkan panggilan dan SMS tanpa had, pengalaman internet ‘Sentiasa Terhubung’ dan perantauan tanpa berasa bimbang.

 

Secara ringkas, berikut adalah tawaran MaxisONE™ plan:

Panggilan suara (talian mudah alih & tetap) dan SMS adalah tanpa had ke semua rangkaian: Anda tidak perlu lagi bimbang mengenai bayaran bagi panggilan atau SMS.
Internet adalah Sentiasa Terhubung: Walaupun anda telah menghabiskan kuota berkelajuan tinggi yang diperuntukkan, anda boleh terus berlayar dengan internet asas percuma. Data tambahan atau ‘data boosters’ boleh didapati dari serendah RM10 untuk 200MB.
Merantau dunia (106 negara) pada satu kadar rata sebanyak RM38 sehari: Dengan satu kadar rata, anda tidak lagi dikenakan caj bayar bila guna (pay-per-use charges) apabila merantau.
Telefon pintar baru ditawarkan dengan MaxisONE™ plan: Dari pelbagai peranti baru yang ditawarkan, tiga model boleh didapati secara PERCUMA dengan pelan tesebut, untuk anda mula menikmati tawaran ini dengan segera.

"Internet mudah alih semakin menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, dan kami ingin supaya para pelanggan tidak perlu berasa bimbang bagi membayar caj panggilan suara dan SMS, dan berasa bebas apabila mereka berkomunikasi. Kami percaya bahawa ini adalan pelan internet yang terbaik kerana ia memudahkan kehidupan pelanggan dan senang diguna. Kesudahannya, kami berharap untuk memberi kebebasan kepada pelanggan daripada had-had yang tradisional dan menyediakan pengalaman internet mudah alih baru tanpa berasa bimbang. Dengan panggilan dan SMS tanpa had dan pengalaman data tanpa henti melalui rangkaian terpantas dan terluas kami, Maxis mengesahkan kepimpinan kami dalam industri sekali lagi," kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

 

MaxisONE™ plan telah dipermudahkan ke dua pilihan pelan, iaitu MaxisONE™ plan lite dan MaxisONE™ plan:

Pelan Kadar
MaxisONE™ plan lite
MaxisONE™ plan
Yuran Komitmen Bulanan
RM 78
RM 128
Berkas Panggilan, SMS dan Data Bulanan
Peruntukkan Minit
Limitless (ON-net) Limitless (ALL-net)
Peruntukkan SM
Limitless (ON-net) Limitless (ALL-net)
Peruntukkan Internet Mudah Alih
1GB 2GB
        'Data Boosters'
200MB RM10 RM10
500MB RM20 RM20
1GB RM30 RM30


Para pelanggan kami yang sudah melanggani pelan pasca bayar sedia ada boleh menukar atau menaik taraf kepada MaxisONE™ plan selagi mereka tidak terikat dengan kontrak.

Untuk mendaftar sekarang, sila lawati mana-mana Pusat Maxis atau kedai Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara, atau lawati Maxis Online Store kami. Untuk maklumat lanjut mengenai MaxisONE™ plan, sila layari www.maxis.com.my.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

Maxis first to launch 5G international roaming service in three ASEAN countries

As international borders progressively reopen and with the return of more international travel on the horizon, Maxis is the first telco in the country to provide its customers with 5G international roaming services in Singapore, Thailand and Indonesia.

TELL ME MORE
Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

Maxis Awards announces first batch of winners with green-themed projects

The passion of Malaysians in bringing a positive change to the community clearly showed as Maxis announced the first two winners of the inaugural Maxis Awards.

TELL ME MORE
Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Reinforcing its leading position in the Enterprise solutions market, Maxis has announced its largest acquisition to date of MyKRIS Asia Sdn Bhd (MyKRIS Asia), a Malaysian-based company specialising in Managed Network and Security Services with end-to-end field delivery and support, for up to RM157.5 million.

TELL ME MORE