Stay Connected: Our stores and support channels remain open to keep you connected. More info, here .

Our retail outlets are open with strict SOPs to ensure everyone’s safety. Click here for more info.

Maxis Permudahkan Dengan Findit, Perkhidmatan Direktori Digital Terbesar Di Malaysia

Pengguna mempunyai akses kepada lebih 175,000 penyenaraian perniagaan dalam lebih 2,500 kategori, di mana sahaja
Perniagaan boleh berhubung dan menjangkau pasaran yang luas dengan mempromosikan produk, perkhidmatan dan tawaran mereka
Tersedia untuk muat turun melalui aplikasi mudah alih, laman web, portal WAP bagi kedua-dua pengguna Android dan iOS
Pelanggan Maxis dapat menggunakan perkhidmatan ini secara percuma

Dalam dunia yang semakin bertumpuan mudah alih, akses kepada maklumat segera kini lebih kritikal. Teknologi mudah alih terus memudahkan kehidupan dengan menghubungkan kita dengan maklumat yang diingini, di mana sahaja kita berada, pada bila-bila masa. Akses kepada maklumat tersebut boleh didapati menerusi FINDIT, perkhidmatan direktori digital yang terbesar di negara. FINDIT merupakan satu kerjasama antara FINDIT Malaysia dan Maxis Berhad, penyedia perkhidmatan komunikasi terkemuka di Malaysia. FINDIT boleh dimuat turun dan diguna secara percuma bagi semua pelanggan Maxis.

Di satu acara demonstrasi produk yang diadakan di Kuala Lumpur hari ini untuk pihak media, T. Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis, berkata, “Mencari maklumat pada peranti mudah alih adalah aktiviti internet kedua paling popular selain e-mel, dimana 46% daripada pengguna menggunakan peranti mudah alih mereka sebagai alat carian utama. Oleh itu, FINDIT adalah perkhidmatan yang relevan dengan gaya hidup moden kita, terutamanya apabila kita sentiasa dalam perjalanan. Pentingnya, perkhidmatan ini meletakkan kuasa di tangan pelanggan kami dan membolehkan mereka untuk sentiasa berhubung.”

Bagi para pengguna, FINDIT menyediakan akses kepada maklumat bagi 175,000 penyenaraian perniagaan dalam lebih 2,500 kategori, termasuk peta lokasi dan arah memandu, secara langsung dari telefon mudah alih mereka. Pengguna juga boleh menikmati tawaran dan promosi istimewa dari pelbagai peniaga yang disenaraikan dalam direktori tersebut, yang boleh ditebus dengan segera.

Bagi syarikat-syarikat perniagaan, FINDIT berfungsi sebagai alat yang penting untuk membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan kepada pasaran yang lebih luas, dan memanfaatkan platform mudah alih yang popular untuk berhubung dengan para pelanggan mereka sendiri. Dengan menggunakan ciri berasaskan-lokasi FINDIT, para pengguna boleh mencari produk dan perkhidmatan yang paling dekat dengan lokasi mereka.

Dalam menekankan kepentingan FINDIT sebagai platform mudah alih untuk segmen perusahaan, Abraham Foss, Ketua Perniagaan Perusahaan Maxis berkata, “FINDIT menunjukkan bagaimana kita boleh memudahkan kehidupan dan mencipta cara-cara baru untuk bekerja bagi segmen perniagaan. Dalam persekitaran perniagaan yang semakin dipacu oleh penggunaan mudah alih, FINDIT membolehkan mereka untuk menjangkau pasaran yang lebih luas dan menubuhkan kehadiran yang lebih besar dengan hanya menyenaraikan perniagaan mereka di direktori dengan maklumat asas secara percuma, dengan pilihan untuk meningkatkan profil mereka dengan kandungan yang lebih kaya seperti gambar, koordinat GPS dan banyak lagi. Ini adalah satu platform yang sangat baik bagi mereka untuk mempromosikan perkhidmatan dan memanfaatkan ciri-ciri FINDIT yang unik serta asas pelanggan Maxis yang besar.”

FINDIT Malaysia dikuasakan dan diuruskan dengan kerjasama GETIT Transnational (P) Ltd - sebuah anak syarikat penyedia perkhidmatan carian tempatan terkemuka di India. “Kami gembira untuk bekerjasama dengan Maxis dan membawa pengalaman global kami kepada pasaran Malaysia dengan carian mudah alih dan penyelesaian iklaneka yang canggih. FINDIT bertujuan untuk memperkasakan pengguna dan perniagaan Malaysia dan menjadi platform pilihan bagi mereka untuk berhubung dengan mudah,” kata Sidharth Gupta, Pengarah Eksekutif, GETIT Transnational (P) Ltd.

FINDIT juga telah bekerjasama dengan Maybank, yang akan bersama-sama mempromosikan perkhidmatan FINDIT kepada pedagang mereka, dan juga Malaysian Retail Chains Association (MRCA), yang akan menjalankan promosi bersama dengan FINDIT dan ahli-ahlinya.

FINDIT boleh didapati secara percuma melalui pelbagai platform: Dengan memuat turun aplikasi FINDIT di kedua-dua sistem Android dan iOS, masing-masing daripada Google Play dan App Store; melalui laman mudah alih di m.findit.com.my atau laman web di www.findit.com.my. FINDIT juga boleh didapati secara eksklusif untuk pelanggan Maxis menerusi UMB dengan mendail *200# dari telefon mudah alih mereka.

 

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Accelerating its ambition to be Malaysia’s Leading Converged Solutions Company, Maxis Business has expanded its voice and unified communications (UC) solutions as part of its ongoing commitment to build talent capacity and capabilities in sophisticated solutions for its Enterprise segment. The expanded portfolio is driven by the increasing need for greater collaboration in business in the new normal.

TELL ME MORE
PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

Leveraging each other’s strengths in technology and innovation, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) and Maxis have entered into a strategic partnership to jointly offer converged solutions focusing on safety, security and sustainability for businesses. Additionally, the partnership will focus on leveraging big data and advanced analytics to co-create hyper personalization for an enhanced retail experience.

TELL ME MORE
Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis, a leading converged solutions provider in Malaysia, announced today that it has achieved a new accreditation as an Amazon Web Services (AWS) Advanced Consulting Partner and joined the AWS Solution Provider Program. This strengthens and accelerates Maxis’ leadership in delivering cloud service capabilities to help more Malaysian customers embrace the many benefits of cloud adoption as part of their IT strategy. Since joining the AWS Partner Network (APN), Maxis has continued to build on its collaboration with AWS, the world’s leading and most comprehensive cloud platform.

TELL ME MORE