Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Saksikan Perlawanan Bolasepak Kegemaran Anda Dengan Lebih Dekat Lagi Melalui Chup Bola Hotlink!

‘Chup’ tempat duduk eksklusif melalui Hotlink RED App untuk menonton perlawanan secara langsung dan dengan lebih dekat di tempat kegemaran anda
Menangi hadiah-hadiah eksklusif melalui permainan dan aktiviti menarik
Hotlink RED App menawarkan pelanggan akses automatik ke ganjaran #LiveLifeLoud sepanjang tahu
n
Hotlink memeriahkan lagi musim bola sepak dunia untuk para pelanggannya dengan Chup Bola, di mana mereka akan mempunyai peluang untuk ‘chup’ tempat duduk eksklusif di tempat-tempat kegemaran mereka untuk menyokong pasukan bolasepak mereka, semuanya melalui Hotlink RED App. Chup Bola dibuka kepada semua pelanggan Hotlink, dan akan diadakan di pelbagai lokasi di wilayah Tengah, Utara dan Selatan di seluruh negara sehingga 15 Julai 2014. Senarai penuh jadual dan tempat-tempat perlawanan boleh didapati di www.hotlink.com.my.

Berikut adalah cara pelanggan boleh 'chup' tempat duduk mereka:

Muat turun Hotlink RED App dari Google Play pada peranti Android
Pastikan telefon bimbit anda diaktifkan untuk menerima pemberitahuan yang akan dihantar pada bila-bila masa untuk ‘chup’ hadiah
Pelanggan yang ‘chup’ tempat duduk di lokasi pilihan mereka melalui Hotlink RED App akan memenangi tempat duduk yang terbaik dan meja untuk 4 orang, dan menerima kit eksklusif 'Chup Bola'
Pemenang terpilih akan menerima kod bar sebagai pengesahan kemenangan mereka, yang perlu ditunjukkan di gerai pendaftaran di lokasi pilihan mereka
“Apabila kami melancarkan Hotlink RED App pada bulan Mei lalu, ia merupakan satu janji untuk memberikan pelanggan kami pengalaman #LiveLifeLoud yang terbaik melalui acara-acara menarik dan eksklusif. Chup Bola adalah salah satu daripada pengalaman-pengalaman unik sempena musim bola sepak dunia yang sedang diikuti dengan penuh semangat di seluruh dunia. Kami amat gembira untuk memberi mereka platform untuk menjadi sebahagian daripada musim yang menarik dan penuh dengan keseronokan ini, dan semuanya bermula dengan Hotlink RED App,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar, Perniagaan Pengguna, Maxis.

Sambil menikmati perlawanan mereka di Chup Bola, pelanggan juga akan menikmati makanan dan minuman percuma serta hadiah istimewa daripada Hotlink. Mereka juga akan dapat mengambil bahagian dalam pertandingan 'selfie', di mana mereka perlu mengambil ‘selfie’ kumpulan yang kreatif bersama dengan 3 rakan dan memuat naik gambar tersebut ke Twitter atau Instagram dengan hashtag #LiveLifeLoud. Pemenang yang mempunyai ‘selfie’ paling kreatif akan memenangi jersi eksklusif dan akan diberi meja mereka tersendiri di lokasi tersebut untuk menyaksikan perlawanan akhir. Peraduan ‘selfie’ ini akan berlangsung sehingga 10 Julai.

Chup Bola adalah salah satu daripada inisiatif-inisiatif di bawah platform #LiveLifeLoud yang menggunakan Hotlink RED App, dan menawarkan pelanggan akses automatik kepada ganjaran sepanjang tahun. Ini termasuk akses VIP ke selebriti kegemaran mereka, hadiah-hadiah eksklusif seperti barangan yang ditandatangani dan ganjaran harian, pengalaman epik ke festival muzik dan konsert serta peluang untuk mendekati personaliti-personaliti yang menginspirasikan.

Hotlink RED App juga merupakan aplikasi layan diri yang terbaik dalam kelasnya yang direka untuk memperkaya dan memudahkan kehidupan pelanggan Hotlink, dan membolehkan mereka untuk mengambil kawalan penuh akaun prabayar mereka seperti memantau baki dan penggunaan data mereka, menambah nilai dan membeli perkhidmatan internet mudah alih untuk pengalaman pelanggan yang tiada tandingan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Chup Bola, sila layari http://www.hotlink.com.my.

Archives
Tags