Dapatkan perkhidmatan asas anda di Pusat Maxis, klik di sini untuk waktu operasi dan lokasi kedai Maxis.

Pusat Maxis dibuka, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Maxis Melancarkan #Hotlink, Pelan Prabayar Pertama Di Malaysia Yang Akan Sentiasa Menghubungkan Anda

Pertama di Malaysia untuk menawarkan internet asas percuma untuk terus berhubung, bila-bila masa dan di mana sahaja, tanpa caj setiap kali penggunaan
Internet berkelajuan tinggi pada hanya RM1 sehari menerusi rangkaian data terbaik di negara
Satu kadar rata sebanyak 12 sen bagi setiap 30 saat untuk panggilan suara dan 7 sen untuk SMS ke SEMUA rangkaian
Bonus tambah nilai dan lebih ganjaran

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 25 September 2013

Mudah, sentiasa terhubung, tanpa risau. Ini adalah antara faedah-faedah yang ditawarkan oleh #Hotlink, pelan prabayar inovatif yang terbaru dari Maxis Berhad (Maxis). Ia adalah pelan prabayar yang pertama dan seumpamanya di Malaysia yang menawarkan pelanggan internet asas percuma yang berterusan, dan membolehkan mereka menikmati pengalaman internet yang benar-benar tanpa risau, bila-bila masa dan di mana sahaja. Pelanggan hanya perlu membeli dan mengaktifkan pelan #Hotlink yang ditawarkan bersama pra-muat kredit, dan mereka akan disambung dengan serta-merta. Bagi mereka yang mahu mengalami potensi sepenuh rangkaian data terbaik di negara, kos internet berkelajuan tinggi adalah hanya RM1 sehari atau RM30 sebulan untuk data sebanyak1GB.

Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, berkata, “Dalam persekitaran internet mudah alih hari ini, sambungan berterusan bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Dengan #Hotlink, pada asasnya kami menawarkan satu pengalaman dimana pelanggan ‘sentiasa terhubung’. Ia adalah satu pelan yang mudah dan fleksibel yang relevan kepada keperluan masyarakat prabayar kami.

“Pelan ini merupakan satu kategori baru penggunaan internet mudah alih, yang menghapuskan halangan kemasukan yang tinggi kerana tiada caj setiap kali penggunaan (pay-per-use charges). Oleh itu, kami amat teruja dengan prospek #Hotlink kerana ia merupakan produk yang sesuai bagi meluaskan akses kepada internet.”
Dengan #Hotlink, pelanggan juga boleh membuat panggilan atau SMS pada satu kadar rata rendah ke SEMUA rangkaian, dan mendapat ganjaran dengan masa bercakap percuma serta bonus tambah nilai termasuk kredit percuma.

 

Faedah-faedah #Hotlink

Pada hanya RM8.80, #Hotlink ditawarkan dengan dengan pra-muat kredit sebanyak RM5, dan menawarkan pelanggan faedah-faedah berikut:

Internet asas percuma pada 64Kbps, selagi pelan prabayar pelanggan kekal aktif. Beberapa contoh aplikasi yang pelanggan boleh nikmati dengan internet asas termasuk Whatsapp, Line, WeChat, Facebook, Twitter serta laman web yang tidak data intensif.
Kadar rata rendah sebanyak 12 sen setiap 30 saat untuk panggilan suara dan 7 sen untuk SMS ke SEMUA rangkaian.
Internet berkelajuan tinggi untuk hanya RM1 sehari (1GB sebulan untuk RM30) pada rangkaian data terbaik di negara.
Sehingga 8% kredit percuma sekali setiap 2 bulan berdasarkan tambah nilai terkumpul pelanggan.
Kadar IDD terendah dengan IDD132 ke 10 negara teratas

Untuk mendapatkan pelan baru #Hotlink, pelanggan hanya perlu melawat Peniaga Hotlink terdekat atau Pusat Maxis. Pelanggan sedia ada Hotlink yang ingin menaik taraf ke pelan baru #Hotlink perlu mendail *108*25# dari telefon mudah alih mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #Hotlink, sila lawati http://www.hotlink.com.my

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis Logo

Maxis remains committed to deliver the best, uninterrupted connectivity for customers throughout MCO periods

With the recent implementation of the Movement Control Order (MCO), Maxis has ensured its services remain accessible to all customers via its physical and online stores, and that its networks are uninterrupted for continued connectivity.

TELL ME MORE
Spark Joey Yap

Maxis Business Spark Engage spotlights digitalisation journey of homegrown success story

The immensely popular Maxis Business Spark Engage series is back once again, this time with renowned icon Dato’ Joey Yap, Founder and Chief Consultant of Joey Yap Consulting Group, joining the fully virtual event on 16 June 2021.

TELL ME MORE
Maxis Logo

Maxis strengthens one stop cloud solution capabilities with latest acqui-hire

With the recent implementation of the Movement Control Order (MCO), Maxis has ensured its services remain accessible to all customers via its physical and online stores, and that its networks are uninterrupted for continued connectivity.

TELL ME MORE