Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Anak-Anak Pelanggan Maxis One Club Menerima Sesi Latihan Eksklusif Bersama Dato’ Lee Chong Wei

Para peserta menerima latihan peribadi daripada Dato’ Lee dan berpeluang untuk bermain satu-lawan-satu dengan pemain nombor 1 dunia
Para peserta dihadiahkan cenderahati istimewa yang ditandatangani oleh Dato’ Lee
Maxis terus memberikan ganjaran kepada para pelanggan MOC melalui pelbagai pengalaman istimewa sebagai tanda penghargaan diatas sokongan mereka selama ini

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 23 September 2013

Para pelanggan Maxis One Club (MOC) diberi peluang emas baru-baru ini apabila anak-anak mereka menikmati pengalaman istimewa apabila menerima sesi latihan daripada YBhg Dato’ Lee Chong Wei, pemain badminton terkemuka di dunia yang juga merupakan duta sukan Maxis Berhad (Maxis). Maxis, satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, baru-baru ini telah menganjurkan sesi latihan badminton eksklusif dan peribadi selama satu hari bersama pemain terkemuka tersebut bagi 45 orang kanak-kanak di Sports Arena @ Sentosa pada 17 Ogos. Dato’ Lee telah berkongsi tip-tip yang membantu mereka untuk mempertingkatkan lagi kemahiran, dan kanak-kanak tersebut juga mempunyai peluang yang istimewa untuk bermain satu-lawan-satu dengan beliau.

Untuk dipilih sebagai salah satu peserta bagi sesi latihan tersebut, para pelanggan MOC perlu menjawab lima soalan berkaitan dengan badminton melalui satu pertandingan dalam talian. 45 orang pelanggan yang berjaya menjawab soalan-soalan tersebut dengan tepat kemudian dipilih untuk mendaftarkan seorang kanak-kanak yang berusia tujuh hingga 17 tahun untuk sesi latihan tersebut.

Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pelanggan Maxis, berkata, “Di Maxis, kami menghargai para pelanggan yang telah bersama kami untuk sekian lama, dan program istimewa bersama Dato’ Lee ini merupakan salah satu cara kami berkongsi penghargaan kepada mereka atas sokongan yang berterusan selama ini. Melalui sesi latihan ini, kami berbangga kerana telah dapat memberi anak-anak para pelanggan MOC satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan, dan berharap mereka telah beseronok sepanjang acara tersebut.”
Encik Yong Yuh Shyong, salah seorang pelanggan MOC yang telah mendaftarkan anaknya yang berusia 16 tahun, Yong Boon Hann, untuk mengambil bahagian dalam sesi latihan itu berkata, “Ia merupakan sebuah pengalaman yang benar-benar berbaloi untuk saya memandu dari Kuantan untuk menghantar anak saya ke sesi latihan badminton ini. Anak saya merupakan peminat setia Dato’ Lee Chong Wei dan ianya amat bermakna apabila dia dapat bermain secara satu-lawan-satu dengan beliau!”

Seorang lagi pelanggan MOC, Puan Ong Liew Mei, begitu teruja apabila anaknya, Lau Kee Liang, 13, berpeluang untuk dilatih oleh pemain terkenal tersebut. “Saya amat berterima kasih kepada Maxis kerana menganjurkan acara ini. Saya amat teruja apabila dapat melihat Dato’ Lee Chong Wei secara dekat, bergambar dengan beliau, mendapat tandatangannya, dan yang paling penting apabila anak saya berpeluang untuk bermain dengan Dato’! Ini merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi keluarga kami!”
Selain daripada sesi latihan bersama Dato’ Lee, setiap peserta membawa pulang jersi serta gambar kumpulan yang telah ditandatangani secara eksklusif oleh Dato’ Lee sebagai cenderahati. Kanak-kanak tersebut juga telah mengambil bahagian dalam satu sesi soal jawab, dimana mereka yang berjaya menjawab soalan berkaitan dengan Dato’ Lee dan karier badmintonnya akan memenangi sebuah raket badminton Yonex yang telah ditandatangani oleh bintang badminton itu sendiri.

Maxis One Club adalah satu program keahlian eksklusif yang menawarkan perkhidmatan pelanggan keutamaan, ganjaran khas dan program afiniti. Pelanggan yang telah bersama dengan Maxis (pascabayar) selama lebih daripada setahun dengan komitmen bulanan minimum sebanyak RM150 ke atas secara automatik akan dinaiktaraf kepada status ahli Maxis One Club.

Untuk maklumat lanjut dan untuk menyemak kelayakan keahlian, sila hubungi 1 800 82 1123 atau layari www.maxis.com.my/moc

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Maxis announces major acquisition, expands Managed Network Services capabilities

Reinforcing its leading position in the Enterprise solutions market, Maxis has announced its largest acquisition to date of MyKRIS Asia Sdn Bhd (MyKRIS Asia), a Malaysian-based company specialising in Managed Network and Security Services with end-to-end field delivery and support, for up to RM157.5 million.

TELL ME MORE
Maxis eKelas’ first ever nationwide STEM competition challenges Malaysian students to explore space

Maxis eKelas’ first ever nationwide STEM competition challenges Malaysian students to explore space

Maxis’ first ever nationwide STEM (Science, Technology, Engineering and Mathematics) competition, Misi Jelajah Digital, has attracted over 2,700 young challengers since its launch earlier this month.

TELL ME MORE
Maxis offers all-new iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max, iPhone 13, and iPhone 13 mini with new Maxis Zerolution 36

Maxis offers all-new iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max, iPhone 13, and iPhone 13 mini with new Maxis Zerolution 36

Maxis is offering the innovative and elegant iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max, iPhone 13, and iPhone 13 mini.

TELL ME MORE