Dapatkan perkhidmatan asas anda di Pusat Maxis, klik di sini untuk waktu operasi dan lokasi kedai Maxis.

Pusat Maxis dibuka, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Maxis Terus Memperkasakan Industri Pks Dengan Penyelesaian Bersepadu Menyeluruh Dan Paling Mampu Dimiliki

Memperkenalkan penyelesaian paling mampu dimiliki yang menggabungkan sambungan tetap dan mudah alih dengan penyelesaian pemasaran untuk PKS
Satu-satunya syarikat telekomunikasi untuk menawarkan penyelesaian bersepadu tetap, mudah alih, internet dan berasaskan awan di pasaran
Maxis kekal sebagai peneraju industri dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh untuk PKS

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 2 Oktober 2013

Maxis Berhad (Maxis), satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran Maxis Business Kit, penyelesaian bersepadu terbaru bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menggabungkan sambungan tetap dan mudah alih. Penyelesaian yang menyeluruh dan paling mampu dimiliki ini juga memperkenalkan penyelesaian pemasaran berasaskan awan, peranti percuma serta perkhidmatan mudah alih tambah nilai. Pelancaran ini diadakan bersempena dengan SME Business Conference 2013, yang telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Ir. (Dr) Mohamed Al Amin Abdul Majid, Pengerusi, SME Corporation Malaysia, diiringi oleh YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis Berhad, dan Shanti Jusnita Johari, Ketua Penyelesaian Perusahaan, Maxis Berhad.

“Maxis Business Kit mewakili perjalanan berterusan kami dalam menyediakan penyelesaian inovatif dan relevan untuk pasaran PKS yang kukuh . Matlamat kami adalah untuk mewujudkan penyelesaian yang lengkap dan mampu dimiliki yang memenuhi pelbagai keperluan perniagaan PKS, supaya mereka boleh terus berkembang di dalam persekitaran perniagaan yang semakin dipacu teknologi,” kata Shanti.

Dari harga serendah RM288 sebulan, Maxis Business Kit adalah penyelesaian bersepadu yang paling mampu dimiliki di pasaran yang menawarkan gabungan nilai mudah alih, internet dan panggillan suara untuk perniagaan. Penyelesaian pemasaran tambah nilai juga diperkenalkan bagi perkhidmatan ini, termasuk laman web percuma yang disesuaikan dan domain emel, serta penyenaraian direktori dalam perkhidmatan direktori digital baru FINDIT Maxis 333 dan siaran SMS. Untuk maklumat lanjut dan pakej-pakej bagi Maxis Business Kit, sila layari www.maxis.com.my/businesskit

Maxis merupakan peneraju industri dalam menyediakan penyelesaian menyeluruh bagi PKS yang meliputi segala-galanya daripada rumah, pejabat, peribadi, talian tetap atau akses mudah alih, internet, kandungan interaktif, perkhidmatan dan aplikasi, aplikasi mesin-ke-mesin dan perkhidmatan berasaskan awan.
SME Business Conference 2013

Bertemakan ”Moving Businesses Forward”, SME Business Conference 2013 merupakan kerjasama antara Maxis dan akhbar perniagaan PKS terkemuka di Malaysia, Malaysia SME™ (MSME). Persidangan ini bermula di Pulau Pinang pada 13 Jun, dan juga telah diadakan di Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching dan akhirnya di Kuala Lumpur. Objektif utama persidangan ini adalah untuk membolehkan para peserta mengenal pasti peluang pertumbuhan perniagaan dengan menyediakan pemahaman mengenai perniagaan komersial, maklumat mengenai teknologi canggih, sokongan dan skim kerajaan serta amalan terbaik.

“Siri SME Business Conference merupakan sebahagian daripada sokongan dan komitmen berterusan Maxis untuk mengembangkan lagi PKS tempatan. Ia memperkasa PKS dengan alat-alat dan pengetahuan yang relevan untuk mengembangkan perniagaan mereka serta menggunakan teknologi untuk membantu mereka menjalankan perniagaan mereka dengan lebih cekap,” kata Shanti.

SME Business Conference 2013 telah dihadiri oleh kira-kira 1,000 peserta dari komuniti perniagaan, termasuk usahawan-usahawan muda dan veteran.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis Logo

Maxis remains committed to deliver the best, uninterrupted connectivity for customers throughout MCO periods

With the recent implementation of the Movement Control Order (MCO), Maxis has ensured its services remain accessible to all customers via its physical and online stores, and that its networks are uninterrupted for continued connectivity.

TELL ME MORE
Spark Joey Yap

Maxis Business Spark Engage spotlights digitalisation journey of homegrown success story

The immensely popular Maxis Business Spark Engage series is back once again, this time with renowned icon Dato’ Joey Yap, Founder and Chief Consultant of Joey Yap Consulting Group, joining the fully virtual event on 16 June 2021.

TELL ME MORE
Maxis Logo

Maxis strengthens one stop cloud solution capabilities with latest acqui-hire

With the recent implementation of the Movement Control Order (MCO), Maxis has ensured its services remain accessible to all customers via its physical and online stores, and that its networks are uninterrupted for continued connectivity.

TELL ME MORE