Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Maxis Berhad Mengumumkan Perubahan Kepimpinan

Berikutan pengumuman yang dibuat pada 21 Disember 2012 berkenaan perlantikan Encik Johan Dennelind sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baru yang berkuatkuasa 1 Julai 2013, Maxis Berhad (Maxis) ingin memaklumkan bahawa, oleh kerana hal-hal peribadi keluarga yang telah menyebabkan beliau perlu berdekatan dengan keluarga di Sweden, Johan telah memaklumkan bahawa beliau tidak dapat memenuhi jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Lembaga Pengarah, setelah mempertimbangkan dengan teliti situasi Johan, bersetuju bahawa ia adalah demi kepentingan terbaik Syarikat untuk melepaskan Johan daripada kontraknya.

Berikutan ini, Lembaga Pengarah dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Nasution Mohamed, Ketua Pegawai Kewangan, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Bersama berkuatkuasa 1 Jun 2013 dan bersama dengan Ketua Pegawai Operasi Bersama semasa, Suren J. Amarasekera akan memberi kepimpinan keseluruhan kepada Syarikat dan bertanggungjawab diatas prestasi Syarikat. Kedua-dua Ketua Pegawai Operasi Bersama akan melapor kepada Pengerusi. Nasution akan terus memantau fungsi Kewangan.

Mark Dioguardi, yang kontraknya sebagai Ketua Pegawai Operasi Bersama akan tamat pada 30 Jun 2013, akan melepaskan jawatan tersebut pada 31 Mei 2013.
Lembaga Pengarah akan meneruskan carian untuk Ketua Pegawai Eksekutif yang baru. Ia adalah bertujuan bahawa calon ini dapat mengukuhkan lagi pengurusan Syarikat dan membimbing serta menjadi mentor kepada pengganti yang sesuai.

“Kedua-dua Suren dan Nasution akan membawa Syarikat ke hadapan, mempertingkatkan lagi struktur kami untuk bertindak balas dengan lebih baik kepada permintaan pelanggan yang sedang berubah dan menerajui rancangan kami untuk memanfaatkan bakat dalaman kami. Lembaga Pengarah yakin bahawa mereka berdua akan amat berkesan dalam memenuhi peranan ini,” kata YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda, Pengerusi, Maxis Berhad.

Archives
Tags

Popular
Posts

Staying Connected Always with the New Hotlink Prepaid Internet 365

Staying Connected Always with the New Hotlink Prepaid Internet 365

Malaysians can now own a mobile plan with the flexibility to choose as much data as they need, not only just on a weekly or monthly basis, but for the entire year. With the new Hotlink Prepaid Internet 365, users can now enjoy high-speed internet all year round, from as low as RM6, making the plan both flexible and accessible to all mobile users.

TELL ME MORE
Maxis delivers strong Q2 in line with convergence ambitions, stays focused on supporting the nation

Maxis delivers strong Q2 in line with convergence ambitions, stays focused on supporting the nation

Maxis Berhad (Maxis) delivered another quarter of resilient performance on the back of its converged solutions strategy, while focusing on providing the best connectivity and support for communities in this challenging environment.

TELL ME MORE
Hotlink app X Merdeka EN

Hotlink App brings Malaysians more value this Merdeka

This Merdeka, Hotlink is offering its users the opportunity to redeem attractive vouchers, prizes and win the latest smartphones by simply reloading their credit or purchasing e-vouchers on the Hotlink app. The campaign is an initiative to reward Hotlink customers who frequently “Bikin Selalu, Hotlink App Dulu”.

TELL ME MORE