Dapatkan perkhidmatan asas anda di Pusat Maxis, klik di sini untuk waktu operasi dan lokasi kedai Maxis.

Pusat Maxis dibuka, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

UM Bekerjasama Dengan Maxis Untuk Menyediakan Penyambungan WiFi Seluruh Kampus

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 7 Mac 2013

Universiti penyelidikan perdana Malaysia, Universiti Malaya (UM) dan Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia telekomunikasi bersepadu Malaysia, telah memulakan satu inisiatif bersama untuk menyediakan penyambungan WiFi kepada seluruh kampus. Inisiatif ini juga akan mengubah Kompleks Perdanasiswa menjadi sebuah sarang aktiviti pelajar melalui pelancaran Pusat Kegiatan Pelajar dan Maxis Lounge.

Melalui kerjasama dengan Maxis, Pusat Kegiatan Pelajar dan Maxis Lounge ialah satu daripada inisiatif UM dalam menyediakan satu persekitaran yang kondusif dan santai kepada pelajar untuk menghabiskan masa lapang mereka di antara kelas. Menyasarkan pelajar kampus, Pusat Kegiatan Pelajar akan menempatkan bilik mesyuarat dan perbincangan untuk ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) manakala Maxis Lounge akan dilengkapi dengan sofa yang selesa, stesen kerja dan WiFi percuma.

Fitri Abdullah, Ketua Perkhidmatan Perniagaan Maxis berkata, "Melalui kerjasama kami dengan UM, kami gembira untuk menyediakan satu pengalaman yang lebih bermakna untuk pelajar, ahli fakulti dan kakitangan pentadbiran universiti, membolehkan mereka untuk berinteraksi dalam dunia yang lebih bersambung dan menghubungkan mereka kepada sumber-sumber relevan dan rakan sebaya untuk membangunkan tugas ilmiah mereka."

Memuji usaha Pelajar Jabatan Hal Ehwal (HEP) dan Maxis, Naib Canselor UM, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon melahirkan harapan bahawa Pusat Kegiatan Pelajar dan Maxis Lounge akan mengukuhkan lagi interaksi pelajar dalam kampus serta membolehkan gaya hidup yang lebih bersambung melalui teknologi.

"Saya ingin memuji Maxis atas usaha mereka dalam menyediakan Maxis Lounge untuk para pelajar, terutamanya bagi pelajar luar kampus. Dengan Pusat Kegiatan Pelajar dan Maxis Lounge, pelajar boleh menghabiskan masa mereka produktif, melayari internet yang disediakan oleh Maxis, semasa melakukan penyelidikan untuk tugasan mereka," kata beliau.

UM mendaftar di bawah Program Rakan Bersepadu dalam Pendidikan Maxis (Maxis Integrated Partner in Education - MIPE) pada tahun lalu. Di bawah program ini, Maxis akan menyediakan alat teknologi dan penyelesaian, termasuk penyambungan WiFi di seluruh kampus, hotspot WiFi, pusat pengedaran dan jualan produk Maxis, serta peluang untuk pelajar mendaftar ke Program Keusahawanan Maxis yang melatih dan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjadi ejen jualan yang disahkan.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis Logo

Maxis remains committed to deliver the best, uninterrupted connectivity for customers throughout MCO periods

With the recent implementation of the Movement Control Order (MCO), Maxis has ensured its services remain accessible to all customers via its physical and online stores, and that its networks are uninterrupted for continued connectivity.

TELL ME MORE
Spark Joey Yap

Maxis Business Spark Engage spotlights digitalisation journey of homegrown success story

The immensely popular Maxis Business Spark Engage series is back once again, this time with renowned icon Dato’ Joey Yap, Founder and Chief Consultant of Joey Yap Consulting Group, joining the fully virtual event on 16 June 2021.

TELL ME MORE
Maxis Logo

Maxis strengthens one stop cloud solution capabilities with latest acqui-hire

With the recent implementation of the Movement Control Order (MCO), Maxis has ensured its services remain accessible to all customers via its physical and online stores, and that its networks are uninterrupted for continued connectivity.

TELL ME MORE