Maxis Bekerjasama Dengan Agensi Digital Untuk Membawa Pertandingan Penulisan Ebook Yang Pertama Di Malaysia
Maxis bekerjasama dengan Xentral Methods Sdn Bhd, sebuah platform digital tempatan, untuk menganjurkan pertandingan penulisan 'ebook' yang pertama di Malaysia
5 iPad dan Rundingan Editorial dan Penerbitan Profesional akan dihadiahkan kepada pemenang pertandingan
Maxis menyediakan platform bagi rakyat Malaysia untuk menunjukkan kreativiti mereka
SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 21 Februari 2013
Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, bekerjasama dengan platform digital tempatan, Xentral Methods Sdn Bhd (e-Sentral) untuk menganjurkan pertandingan penulisan 'ebook' yang pertama di negara. Pertandingan ini bertujuan mencari para penulis generasi akan datang Malaysia dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas. Penulis boleh mengemukakan 'ebook' fiksyen pendek mereka sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia dari 1 Februari hingga 15 Mac 2013 (satu pengarang bagi setiap penyerahan) ke laman rasmi Facebook Pertandingan Ebook di www.facebook.com/EbookCompetition.
Semua penyertaan akan disediakan melalui perkhidmatan Maxis ebook dan e-Sentral untuk pratonton dan muat turun mulai dari 22 Mac. Lima pengarang ebook yang mempunyai jumlah muat turun yang paling tinggi kemudian akan dipilih sebagai pemenang, dan akan menerima sebuah iPad. Di samping itu, penulis untuk buku yang mempunyai muat turun tertinggi akan menerima Rundingan Editorial dan Penerbitan Profesional mengenai bagaimana untuk menerbitkan dan mengkomersilkan kerja mereka melalui platform digital.
T Kugan, Ketua Produk, Peranti, Inovasi, dan Perantauan Maxis, berkata, "Kami gembira untuk menyediakan satu platform yang sangat baik dan peluang untuk para penulis tempatan menyerlahkan kerja mereka dan juga membantu mereka mencapai golongan pembaca yang lebih luas, terutamanya dengan populariti kandungan digital melalui e-buku yang semakin meningkat. Secara global, e-buku merupakan bidang yang paling pesat berkembang dalam jualan buku, sejajar dengan pertumbuhan dalam pemilikan tablet dan pembaca ebook di seluruh dunia. Maxis adalah peneraju dalam membawa inovasi ke pasaran dengan terus membina ekosistem data (data-friendly ecosystem), dan pertandingan ini sudah tentu membolehkan pelanggan kami untuk terus memperkayakan pengalaman digital mereka."
Tahun lalu, Maxis melancarkan perkhidmatan buku digital bersepadu yang pertama di Malaysia, atau 'ebook', yang boleh digunakan di pelbagai peranti. Dengan perkhidmatan tersebut, pelanggan Maxis mempunyai akses kepada lebih 300,000 ebook tempatan dan antarabangsa dari lebih 40 kategori. Maxis ebooks mempunyai antara muka (interface) yang mesra pengguna dan berfungsi melalui kedai buku digital berasaskan-awan, di mana pelanggan boleh memuat turun buku secara percuma ke iPad atau tablet Android pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja mereka ingini. Sebagai sebahagian daripada perkhidmatan ini, Maxis juga ingin memupuk pertumbuhan buku dan kandungan tempatan dengan bekerjasama dengan penerbit, penulis dan institusi pendidikan tempatan untuk mengembangkan jumlah kandungan tempatan dalam perpustakaan digital. Setakat ini, Maxis telah bekerjasama dengan Cempaka Schools untuk mengedarkan kandungan pembelajaran yang terdiri daripada penerbitan dan bahan-bahan rujukan oleh guru-gurunya melalui Maxis ebooks, dan membolehkan pelajar untuk mengakses kandungan digital tersebut.
Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila layari www.facebook.com/EbookCompetition. Di samping itu, maklumat mengenai Maxis ebooks boleh didapati di www.ebuuk.com.my dan aplikasi boleh dimuat turun secara percuma dari Google Play dan Apple App Store.