#KitaSapotKita: 'Make It Through', lagu
kolaborasi bersama Faizal Tahir dan Zee Avi

Ayuh bersatu teguh menempuhi masa mencabar ini.
Tonton muzik video sekarang dan tunjukkan sokongan padu kepada mereka yang memerlukannya!

Maxis mempersembahkan ‘Make It Through’,

Satu lagu kolaborasi dengan Faizal Tahir, Zee Avi dan 10 lagi artis tempatan untuk mencetus inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya kekal positif.
Tonton muzik video sekarang & tunjukkan sokongan padu anda.

Tonton video muzik 'Make It Through' rakyat Malaysia:

Terima kasih atas sokongan anda dalam inisiatif #KitaSapotKita. Ayuh kekalkan semangat positif dan kongsikan versi video berlirik ‘Make It Through’ yang menampilkan rakyat Malaysia, untuk Malaysia.

Ajak rakan dan keluarga anda untuk tunjukkan
sokongan mereka. Kongsi halaman ini.


Tunjukkan sokongan anda sekarang &
kekal sedia maklum tentang inisiatif kami.

603,585

orang telah tunjukkan sokongan mereka.


Tontonan dan perkongsian video anda boleh membawa perubahan.

Berikan sumbangan dengan menonton, kongsi, dengar dan membeli lagu dan Caller Ringtones 'Make It Through'. Semakin kerap anda dengar lagu ini, semakin banyak wang dijana. Semua derma akan disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara Malaysia.

CALLER
RINGTONE

Untuk pengguna Maxis dan Hotlink sahaja
Dail*131*657086#
RM3/bln untuk langganan pertama


Saksikan inisiatif #KitaSapotKita yang lain

Tetap Terhibur dengan aksi terbaik Malaysia

Klik sini untuk lihat senarai penuh video

Kekalkan perniagaan dengan panduan daripada peniaga-peniaga SME



  • 1GB data percuma untuk semua pengguna Maxis, Hotlink Pascabayar, Hotlink Prabayar dan Maxis Business

Boleh digunakan dari jam
8 pagi hingga 6 petang.
Mulai 1 April 2020.

  • 20GB percuma dengan setiap pembelian tawaran HotlinkMU
  • Kredit Pulangan Tunai sehingga 30% dengan tambah nilai digital
  • Penebusan Internet percuma di aplikasi Hotlink RED
  • Info terkini di laman web kerajaan dan berita dengan data percuma
  • Penggunaan data percuma untuk portal e-Kelas
  • Pendaftaran percuma
  • Aktiviti, video dan bahan pembelajaran untuk Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris
  • Sesuai untuk Darjah 6
    hingga Tingkatan 5

Hubungi Talian Bantuan 123 kami atau 1-800-82-1123

Muat turun aplikasi kami untuk menebus data 1GB PERCUMA anda:

Soalan Sering Ditanya

Apa itu #KitaSapotKita?
#KitaSapotKita adalah inisiatif Maxis untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyokong satu sama lain dalam masa mencabar ini.
#KitaSapotKita memberi fokus kepada dua aspek:

  1. Mengajak rakyat Malaysia menyokong satu sama lain untuk kekal tabah, dan
  2. Perniagaan yang sedang mengalami kesukaran.

Inisiatif ini dibuat dengan kolaborasi bersama gabungan artis sehati sejiwa, pemimpin berpengaruh, rakan industri dan pemilik perniagaan.

Bagaimana saya boleh tunjukkan sokongan?

Anda boleh menyokong dengan pelbagai cara!

  1. Setiap tontonan adalah penting! Tonton video muzik 'Make It Through' secara percuma di maxis.com.my/kitasapotkita atau https://youtu.be/8eiChncXeEs dan kongsikannya dengan rakan dan keluarga anda, dan suruh mereka tonton juga. Semakin banyak paparan, semakin banyak hasil Adsense akan diterima untuk didermakan kepada Yayasan Kebajikan Negara Malaysia.

  2. Langganan anda sangat bermakna! Langgani Caller Ringtone 'Make It Through' untuk talian mudah alih Maxis atau Hotlink anda. 100% yuran langganan anda akan didermakan pada Yayasan Kebajikan Negara Malaysia.

  3. Tunjukkan sokongan anda! Anda juga boleh menyokong dengan menunjukkan sokongan padu anda di maxis.com.my/kitasapotkita. Isikan maklumat anda (nama penuh dan alamat emel anda) untuk kekal sedia maklum dalam perjalanan kami.

Apa yang anda akan lakukan dengan alamat emel saya?
Privasi anda adalah amat penting bagi kami. Maklumat peribadi anda hanya akan digunakan untuk tujuan berkaitan kempen ini sahaja. Dengan menghantar maklumat anda, anda bersetuju untuk terikat dengan Kenyataan Privasi Maxis Group yang boleh ditemui di www.maxis.com.my/pdpa atau www.hotlink.com.my/pdpa.

Bagaimana saya boleh muat turun Caller Ringtone ‘Make It Through’?
Untuk talian Maxis atau Hotlink, dail 131*657086# untuk melanggan Caller Ringtone 'Make It Through'. Yuran langganan bulanan sebanyak RM3 akan dikenakan. Untuk menghentikan langganan, sila rujuk https://www.musicunlimited.com.my/MaxisMU/?r=faq/index.

Di mana saya boleh mencari maklumat lanjut mengenai Yayasan Kebajikan Negara Malaysia?
Anda boleh layari https://yknm.org/?lang=bm untuk info lanjut.

Klik di sini untuk membaca terma dan syarat penuh.

Apakah butiran-butiran mengenai Pas Percuma Maxis?
Maxis memahami betapa pentingnya ketersambungan rangkaian mereka, dan bersedia membantu pelanggan untuk kekal berhubung, kami akan menawarkan 1GB data setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

Bilakah saya boleh melanggan pas ini?
Pas ini tersedia untuk penebusan mulai 1 April 2020.

Bolehkah saya menggunakan pas harian ini sepanjang hari?
Pas 1GB data ini sah digunakan dari jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang sahaja, sebarang penggunaan di luar waktu yang ditetapkan di atas akan ditolak dari data pool dan pas aktif anda.

Apakah kesahihan pas ini?
Pas ini sah untuk 1 hari dan tamat pada jam 11:59:59 malam. Penggunaan data untuk pas ini adalah pada jam 8:00 pagi hingga 6:00 petang. Anda boleh menebusnya setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (MCO).

Adakah pas ini tersedia untuk semua pelanggan Maxis?
Ya, pas ini tersedia untuk semua pelanggan Maxis Pascabayar (pelan Perniagaan dan Pelanggan) dan juga pelanggan Hotlink Pascabayar (termasuk Hotlink Pascabayar & Fibre) dan Prabayar. Pelanggan MaxisONE Prime tidak termasuk kerana mereka boleh menikmati internet tanpa had.

Klik di sini untuk membaca terma dan syarat penuh.

Apakah HotlinkMU?
HotlinkMU adalah tawaran peribadi yang dibuat untuk keperluan anda, dicipta setiap hari hanya untuk anda.

Siapakah yang boleh mendapatkan tawaran HotlinkMU?
Tawaran ini tersedia untuk semua pelanggan Hotlink, tidak termasuk Hotlink Tourist SIM dan Hotlink Postpaid Flex.

Dimanakah saya boleh mendapatkan tawaran HotlinkMU?
Anda boleh mendapatkan tawaran ini dengan hanya log masuk ke aplikasi Hotlink RED, dan beli di bahagian 'HotlinkMU'.

Apakah jenis tawaran yang akan saya dapat?
Tawaran baharu peribadi akan diperbaharui setiap hari berdasarkan keperluan penggunaan anda. Jenis tawaran termasuk Internet, Panggilan, Pakej IDD, Tambah Nilai dan juga pas PERCUMA untuk hari bertuah anda! Pastikan anda menyemak semula tawaran HotlinkMU setiap hari agar tidak terlepas tawaran hebat anda!

Saya ditawarkan ke 2 tawaran tambah nilai hari ini. Bolehkah saya menerima kesemua tawaran?
 Anda hanya boleh menerima 1 tawaran setiap hari. Walau bagaimanapun, anda boleh log masuk ke aplikasi RED dan menerima tawaran baharu untuk hari berikutnya pada tawaran hebat anda!

Klik di sini untuk membaca terma dan syarat penuh.

Berapa lama kempen tawaran percubaan 2 bulan ini disediakan?
Tawaran percubaan ini disediakan sebagai tindak balas kepada peningkatan keperluan pekerja untuk bekerja di rumah kerana situasi COVID-19.

Adakah terdapat kontrak yang terikat dengan tawaran percubaan percuma ini?
Tidak, tiada kontrak yang dikenakan.

Apakah prasyarat untuk mendaftar aplikasi Voice Connect?

  • Mempunyai servis ONEBusiness Voice Connect pada ONEBusiness Fibre (5 talian, 9 talian atau lebih). Talian Tunggal Tanpa Had Voice Connect yang dibeli bersama Business Fibre adalah tidak layak.
  • Talian Voice Connect yang mereka bayar sebanyak RM25 /talian/bulan (bukan pakej lama BVE).
  • Untuk menggunakan aplikasi, pelanggan mesti berada di talian mudah alih pascabayar Maxis.


Bolehkah saya melanggan jika saya adalah pelanggan sedia ada Voice Connect?
Ya anda boleh. Sila hubungi 1919 dan maklum kepada wakil kami atas minat anda untuk melanggan aplikasi Voice Connect. Anda perlu mengemukakan surat pendaftaran/permintaan.

Bagaimana untuk melanggan Voice Connect jika saya adalah pelanggan baharu tanpa perkhidmatan Business Fibre atau Voice Connect?
Anda boleh menghubungi 1700-81-8881 atau meninggalkan butiran kenalan di laman web dan wakil dari Maxis akan menghubungi anda.

Klik di sini untuk membaca terma dan syarat penuh.

Apakah laman web yang boleh saya layari secara percuma?