Pengalaman Telefon Pintar Generasi Seterusnya | Maxis

Bukan sekadar telefon biasa.

Telefon, Data dan Waranti Terhebat
bermula RM78/bln

Waranti Penjagaan
Penuh Tanpa
Caj Tambahan.


Perlindungan Skrin 12 bulan

Penggantian peranti 1 untuk 1

Waranti 24 bulan

Hotline 24/ 7

Hotline 24/ 7

Tanpa Bayaran Pendahuluan*

Data sehingga 10GB

Panggilan 50 minit**


*Pengecualian deposit bergantung kepada kelayakan pelanggan.
**Panggilan ke semua rangkaian
Baca FAQ untuk maklumat lanjut.



Pilih di antara
2 telefon 4G berkuasa

NeXT X1

Untuk pengalaman yang hebat

Harga semua dalam satu: RM98/bln

Miliki sekarang
Ketahui Lanjut

NeXT M1

Untuk semua keperluan anda

Harga semua dalam satu: RM78/bln

Miliki sekarang
Ketahui Lanjut

Beza di antara peranti NeXT & telefon lain


Soalan Yang Sering Ditanya

Klik untuk lihat
Apakah yang dimaksudkan dengan tawaran ‘NeXT Dikuasakan oleh Maxis’?

Tawaran ini merangkumi:

1) Peranti NeXT M1/ X1
2) Pelan Permulaan Pascabayar 78/ Pelan Permulaan Pascabayar 98 dan;
3) Waranti peranti NeXT

Apakah kelainan terbaru yang ditawarkan dengan “NeXT Dikuasakan oleh Maxis’ ini?

Tawaran ini kini didatangkan dengan lebih data. Pilihan sama ada untuk Pelan Permulaan Pascabayar 98 bersama 10GB data setiap bulan atau Pelan Permulaan Pascabayar 78 bersama 5GB data setiap bulan.

Adakah saya layak untuk menikmati pelan baru yang dipertingkatkan ini?

Semua pelanggan Pelan Permulaan Pascabayar akan dinaik taraf secara otomatik untuk menikmati kuota data yang dipertingkatkan bermula daripada 7 Disember 2017. Tiada apa-apa tindakan diperlukan daripada anda.

Bagaimanakah “Tawaran” ini dapat dinikmati?

Hanya daftar talian baharu dengan peranti NeXT untuk menikmati tawaran. Anda tidak boleh memilih tiga elemen secara individu, seperti melanggan pelan sahaja tanpa peranti NeXT M1.

Bagaimanakah jika saya seorang pelanggan sedia ada MaxisONE (dengan/ tanpa kontrak)?

Hanya langgan talian baharu dengan peranti NeXT untuk menikmati Tawaran.

Bolehkah Tawaran dinikmati jika saya seorang pelanggan berkontrak sedia ada MaxisONE?

Nikmati tawaran dengan mendaftarkan talian baharu dengan peranti NeXT.

Adakah saya akan terikat dengan kontrak jika melanggan Tawaran?

Ya. Anda akan terikat dengan kontrak 24 bulan Pelan Permulaan Pascabayar.

Apakah maksud ‘tawaran 0 deposit’?

Promosi ini ditawarkan untuk pelanggan dengan rekod pembayaran cemerlang atau pelanggan baharu dengan bil RM50 dan ke atas, dalam 3 bulan terakhir. Pelanggan sedia ada atau baharu perlu mendaftarkan diri untuk talian baharu Maxis bagi menikmati tawaran.

Di manakah saya boleh mendapatkan tawaran ini?

Hanya kunjungi Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis, atau langgan melalui Maxis Online Store.

Bolehkah saya memilih peranti lain selain dalam Tawaran?

Tawaran cuma sah dengan peranti terpilih. Anda boleh melihat pilihan telefon yang ditawarkan pada RM1 dengan Pelan MaxisONE di sini.

Bagaimanakah saya boleh menaik taraf pelan ke MaxisONE?

Naik taraf pelan anda bila-bila sahaja; caj mungkin akan dikenakan.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan lebih data?

Anda boleh membeli pas internet mudah alih harian pelan ini cth. 500MB/ hari RM5, 1GB/ hari RM8 atau 3GB/ 3 hari RM12 melalui aplikasi MyMaxis atau UMB.

Bolehkah saya menggunakan internet di luar negara?

Data ini hanya untuk kegunaan domestik sahaja. Anda masih boleh berinternet dengan membeli pas DataRoam pada kadar rata RM38/ hari.

Bolehkah saya melanggan talian MaxisONE Share dengan pelan ini?

Anda perlu melanggan pelan utama MaxisONE untuk menikmati faedah seperti perkongsian data MaxisONE Share line, MaxisONE World dll.

Apakah maksud NeXT dikuasakan oleh Waranti Maxis?

Ini merupakan waranti Maxis untuk pembelian setiap peranti NeXT. Waranti ini ditawarkan oleh pengilang yang mengeluarkan peranti.

Apakah faedah waranti tersebut?

Setiap pelanggan yang membeli peranti NeXT yang dikuasakan oleh Maxis akan menikmati tiga jenis perlindungan.


1) Waranti 24 bulan (kecacatan pengeluaran)
2) Waranti 12 bulan untuk aksesori seperti pengecas 3 pin, kabel USB dan fon telinga.
3) Waranti skrin retak sehingga 12 bulan.

Bagaimanakah cara menebus waranti peranti NeXT?

Kunjungi Pusat Maxis atau Rakan Niaga Maxis terpilih untuk memfailkan penebusan waranti. Untuk sebarang soalan berkaitan waranti, sila layari www.maxis.com.my/nextwarranty untuk terma penuh waranti atau hubungi 1 800 822 888

Bagaimanakah cara mengetahui jenis kerosakan yang dilindungi waranti?

Sila rujuk senarai kerosakan di bawah (senarai tidak lengkap)

Kategori Waranti Dalam Waranti Luar Waranti
Waranti peranti 24 bulan
(Kecacatan pengeluaran)
Bateri kembung Kerosakan akibat cecair
Kerosakan fungsi– butang, speaker, port pengecas Skrin rosak (waranti kerosakan skrin tamat)
Berkaitan perisian Kehilangan komponen
LCD luntur Hilang/ Dicuri
6 atau 12 bulan perlindungan skrin Calar atau skrin LCD retak Kerosakan akibat cecair
Bagaimana penggantian 1 untuk 1 berfungsi?

Jika kerosakan peranti termasuk dalam waranti, kami akan menggantikan unit anda dengan khidmat kurier. Penggantian 1 untuk 1 hanya sah dalam tempoh 24 bulan waranti peranti. Untuk aksesori, anda boleh menggantikan aksesori sehingga enam kali dalam tempoh 12 bulan waranti aksesori.

Waranti 1 untunk 1 ekskulsif untuk kecacatan produk sahaja. Untuk kerosakan skrin, hantar telefon anda untuk diperbaiki dan dapatkan semula dalam tempoh 7 hari.


Bagaimanakah jika peranti rosak dan saya telah menggunakan penggantian 1 untuk 1?

Hanya hantar peranti anda untuk dibaiki jika kerosakan tertakluk dalam waranti. Anda dikehendaki datang sendiri ke kedai dan pungutan akan mengambil masa 10 hari bekerja.

Terma dan Syarat

Klik untuk lihat
^