Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Sempena Hari Kebangsaan ini, kami memperkenalkan Maxis Awards demi memperkasakan wira dan wirawati Malaysia

Pabila anak bangsa bersatu maka lahirlah negara maju. Pada semua anak bangsa Malaysia yang berjiwa perwira - mereka yang mengubah arus dan mereka yang berdiri di barisan penyokong, kami ucapkan terima kasih kerana menginspirasikan perubahan buat negara.

Demi terus menyokong perwira hari ini dan di masa depan, kami memperkenalkan Maxis Awards demi menghargai dan memperkasakan mereka yang telah membantu negara kita terus menerajui.

Majulah tanah air, teruslah menerajui

Terus berinspirasi bersama rakyat Malaysia yang menerapkan semangat Terus Menerajui.

Bagaimana Su Ann terus menerajui sebagai seorang guru tadika dan ibu semasa pandemik?

Bagi seorang guru tadika seperti Su Ann, pembelajaran kelas untuk kanak-kanak adalah sangat penting semasa PKP untuk merangsang minda mereka dan sentiasa berilmu pengetahuan. Ketahui bagaimana beliau melakukannya.

Bagaimana PKP dan e-dagang mengeratkan hubungan antara seorang ibu dan anak?

Seperti keluarga lain, Randy dan ibunya tidak dapat berjumpa antara satu sama lain semasa PKP. Randy berasa bimbang jika ibunya tidak memperoleh pendapatan sepanjang tempoh tersebut dan ketika itulah pencuci mulut labu ibunya yang lazat terlintas di fikiran Randy. Ketahui kisah mereka dan bagaimana mereka terus menerajui bersama dengan bantuan teknologi.

Saintis Malaysia membantu rakyat terus menerajui dan sedia maklum mengenai pandemik menerusi dunia teknologi.

Kesahihan berita dan informasi terkini mengenai pandemik amat penting dalam memastikan dunia untuk terus menerajui waktu sukar di masa hadapan. Saintis data Malaysia, Dr. Lau Cher Han, memanfaatkan masanya mencipta platform untuk itu. Ketahui apa yang beliau dan rakan sepasukan lakukan dan bagaimana dunia mendapat manfaat daripada usaha mereka.

Kemudahan penjagaan kesihatan memerlukan bantuan. Seorang anak muda Malaysia mencipta sebuah aplikasi untuk membantu.

Kemudahan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan kini amat penting lebih-lebih lagi apabila kakitangan tidak mencukupi. Setelah mengalami kesukaran dalam mencari petugas locum semasa pandemik, Tiffany Khoo mencipta sebuah aplikasi bagi memudahkan kemudahan penjagaan kesihatan yang memerlukan bantuan dengan petugas penjagaan kesihatan yang sedia membantu.

Menyediakan teknologi AR di stesen LRT.

Pernahkah anda berada di stesen LRT mencari gambar peta untuk menavigasi perjalanan anda? Kini anda boleh melihatnya di kad LRT anda — melalui teknologi AR! Ketahui bagaimana Emil Shafy, 24 tahun, mendapat inspirasi dan membantu rakyat Malaysia untuk terus menerajui dalam dunia teknologi.

Dari demonstrasi dron ke landasan baharu untuk petani padi tempatan bekerja dengan lebih efisien.

Penemuan pertama Naza dengan teknologi dron adalah ketika beliau melihat demonstrasi dron secara langsung di Sungai Besar. Kini beliau membantu petani padi tempatan untuk bekerja lebih efisien sambil menjana pendapatan untuk pasukannya. Ketahui bagaimana beliau mencapai kejayaan dengan teknologi.

Bagaimana saintis Malaysia dan teknologi membantu petani tempatan meningkatkan kualiti tanaman mereka?

Ketika mengkaji tomato, Dr. Chew Bee Lyn mendapati bahawa pertumbuhan sektor pertanian di Malaysia mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan. Ketahui usaha yang dilakukan oleh saintis pemenang anugerah ini dalam membantu petani tempatan.