Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Soalan Lazim

Kempen Raya 2022 (Sumbangan ke OKU Sentral)

  • Persatuan OKU Sentral (PPM-006-14-13012017) ialah badan bukan kerajaan yang diasaskan pada 13 Januari 2017 oleh YB Senator Datuk Ras Adiba Radzi sebagai Presiden Persatuan OKU Sentral.

    Persatuan ini giat menjalankan aktiviti demi membantu komuniti orang kurang upaya untuk menambah baik kualiti kehidupan mereka dengan menyediakan kemudahan seperti kesihatan dan perubatan, bengkel kemahiran untuk menambah peluang pekerjaan serta melindungi hak mereka.

  • Sumbangan anda akan disalurkan 100% kepada Persatuan OKU Sentral.

    Persatuan OKU Sentral mempunyai lebih 60,000 ahli di serata negara. Beberapa keperluan penting yang persatuan ini perlukan ialah kerusi roda, tandas istimewa, kaki palsu, tongkat, bantuan pendengaran dan banyak lagi. Persatuan ini juga banyak melakukan aktiviti serta bengkel untuk memastikan golongan orang kurang upaya ini bersedia untuk kembali bekerja.

  • Ya, apabila anda menderma kepada Persatuan OKU Sentral, anda layak untuk pengecualian cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengikut seksyen 44(6) di dalam Akta Cukai Pendapatan 1967, Malaysia. Tiada jumlah minima diperlukan untuk layak.

  • Sila e-melkan pengesahan transaksi bank serta maklumat anda kepada okusentral@gmail.com untuk mendapatkan resit pengecualian cukai.

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Ingin bercakap dengan kami?

Hubungi Khidmat Pelanggan Maxis