Stay Connected: Our stores and support channels remain open to keep you connected. More info, here .

Our retail outlets are open with strict SOPs to ensure everyone’s safety. Click here for more info.

Maxis Raikan Tahun Baru Cina Dengan Tawaran Istimewa Bagi Pelanggan

Memperkenalkan 'Grandfather Stories', satu siri video yang menampilkan perkongsian cerita mengenai tradisi lama, di saluran YouTube Maxis
Diskaun 30% untuk panggilan IDD ke Australia, Cina, Hong Kong, Macau, Vietnam, Myanmar, Singapura, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 10 Februari
Diskaun 50% untuk semua panggilan 'on-net' pada 10 dan 11 Februari
Pihak pengurusan Maxis mengedarkan 'nian-gao' (kek pulut) kepada pelanggan di Pusat Maxis KLCC

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 7 Februari 2013

Sempena perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang, peneraju perkhidmatan telekomunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), menawarkan pelanggannya tawaran dan diskaun istimewa untuk panggilan dan perantauan, serta memperkenalkan satu siri video Tahun Baru Cina bernama 'Grandfather Stories', yang menampilkan seorang 'datuk' berkongsi cerita mengenai tradisi lama. Kesemua lapan video boleh dilihat di saluran YouTube Maxis di http://youtube.com/maxis. Selain itu, pelanggan juga boleh mengimbas kod QR khas yang boleh didapati dalam iklan cetak Tahun Baru Cina Maxis untuk melihat video-video tersebut. Pelanggan juga mempunyai peluang untuk berkongsi cerita mereka sendiri di laman Facebook rasmi Maxis di www.facebook.com/Maxis atau melalui Twitter di #yehyehstories.

Tawaran istimewa Maxis dan tempoh kesahan untuk panggilan dan perantauan pada Tahun Baru Cina ini termasuk diskaun 30% untuk panggilan IDD ke Australia, Cina, Hong Kong, Macau, Vietnam, Myanmar, Singapura, Taiwan, United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 10 Februari 2013. Selain itu, pelanggan juga akan menikmati diskaun 50% untuk panggilan tempatan ke nombor-nombor Maxis dan Hotlink dari jam 10:00 pagi hingga 2:00 petang pada 10 dan 11 Februari 2013. Kedua-dua tawaran ini akan dipaparkan dalam bil bulanan pelanggan yang berikutnya.

Sementara itu, pelanggan juga boleh membuat panggilan ke Malaysia dari Cina, Hong Kong dan Taiwan pada hanya RM2.99 seminit dengan perkhidmatan 'Easy Callback' Maxis. Untuk mengaktifkan perkhidmatan ini, pelanggan hanya perlu mendail *100 # daripada telefon mudah alih mereka. Promosi ini sah dari 10 hingga 28 Februari 2013 sahaja.

Untuk menceriakan lagi perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, Maxis pada hari ini menghadiahkan para pelanggan di Pusat Maxis KLCC dengan 'nian-gao' khas atau kek pulut serta satu kotak penyepit (chopsticks) sebagai tanda penghargaan diatas sokongan mereka. Pihak pengurusan Maxis juga hadir dalam pakaian tradisional Tahun Baru Cina dan menyambut pelanggan di Pusat Maxis KLCC, di mana mereka mengedarkan hadiah khas tersebut. 'Yeh Yeh' atau Datuk, bintang dalam siri video 'Grandfather Stories', juga menyertai pihak pengurusan Maxis di acara istimewa ini.

Cheong Mei Foong, Ketua Jenama Maxis, berkata, "Tahun Baru Cina adalah masa untuk bergembira dan menyambutnya dengan orang tersayang, dan Maxis teruja untuk membawa keceriaan ini kepada pelanggan kami dengan memberi ganjaran kepada mereka dalam bentuk promosi dan tawaran istimewa. Selain itu, dengan pelancaran siri video 'Grandfather Stories' , kami berharap untuk menghubungkan pelanggan semula dengan asal usul dan tradisi mereka melalui penggunaan teknologi, terutamanya semasa musim perayaan ini."

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif Maxis untuk Tahun Baru Cina, sila lawati www.maxis.com.my

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Maxis further expands its sophisticated Enterprise solutions with acqui-hire of Audeonet

Accelerating its ambition to be Malaysia’s Leading Converged Solutions Company, Maxis Business has expanded its voice and unified communications (UC) solutions as part of its ongoing commitment to build talent capacity and capabilities in sophisticated solutions for its Enterprise segment. The expanded portfolio is driven by the increasing need for greater collaboration in business in the new normal.

TELL ME MORE
PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

PETRONAS Dagangan partners with Maxis on big data analytics and converged solutions

Leveraging each other’s strengths in technology and innovation, PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) and Maxis have entered into a strategic partnership to jointly offer converged solutions focusing on safety, security and sustainability for businesses. Additionally, the partnership will focus on leveraging big data and advanced analytics to co-create hyper personalization for an enhanced retail experience.

TELL ME MORE
Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis accelerates cloud leadership ambition, becomes first Malaysian telco to be accredited as AWS Advanced Consulting Partner

Maxis, a leading converged solutions provider in Malaysia, announced today that it has achieved a new accreditation as an Amazon Web Services (AWS) Advanced Consulting Partner and joined the AWS Solution Provider Program. This strengthens and accelerates Maxis’ leadership in delivering cloud service capabilities to help more Malaysian customers embrace the many benefits of cloud adoption as part of their IT strategy. Since joining the AWS Partner Network (APN), Maxis has continued to build on its collaboration with AWS, the world’s leading and most comprehensive cloud platform.

TELL ME MORE