Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Soalan Lazim

Penamatan Rangkaian 3G

  • Penamatan rangkaian 3G adalah penghentian secara beransur-ansur semua rangkaian 3G di Malaysia. Inisiatif ini adalah sebahagian daripada JENDELA, pelan infrastruktur digital untuk membekalkan liputan yang berkualiti dan konsisten ke seluruh rakyat negara.

    JENDELA akan mengutamakan pengukuhan rangkaian tetap dan mudah alih sedia ada serta membina asas yang teguh untuk adaptasi rangkaian 5G. Pada fasa pertama, Maxis akan bekerjasama dengan industri telekomunikasi untuk membekalkan liputan 4G yang meluas dan berkualiti dengan menaik taraf serta membina tapak-tapak baharu rangkaian 4G seterusnya menukar lebih banyak lokasi kepada produk fiber. Ini akan melibatkan penamatan rangkaian 3G di seluruh negara oleh semua syarikat telekomunikasi pada akhir 2021.

  • Seperti yang diumumkan oleh SKMM, penamatan rangkaian 3G akan dilalukan oleh semua penyedia perkhidmatan telekomunikasi menjelang akhir tahun 2021, di bawah inisiatif JENDELA. Pelanggan yang terjejas akan diberitahu sebelum peningkatan rangkaian. Maxis akan terus meningkatkan / meluaskan liputan 4G secara progresif kepada pelanggan di seluruh negara.

  • Penamatan rangkaian 3G akan dilakukan secara berperingkat. Pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan sebelum pelaksanaan inisiatif ini.

  • Maxis tiada perancangan untuk menutup rangkaian 2G kerana ia diperlukan untuk perkhidmatan semua pelanggan terutamanya kepada pelanggan VoIP. 

  • Anda boleh memeriksa rangkaian yang disokong oleh peranti anda atau memeriksa spesifikasinya dalam tetapan peranti anda. 

  • Kami menggalakkan semua pelanggan untuk menukar kepada peranti yang menyokong 4G agar mendapat liputan rangkaian dan kelajuan data yang lebih baik ketika dan selepas penamatan rangkaian 3G. Layari laman web kami untuk mendapatkan maklumat yang terbaharu tentang  tawaran-tawaran peranti 4G yang mampu milik. 

  • Kami akan memberikan makluman dalam lawan web Maxis kami. Kami juga akan memaklumkan para pelanggan yang terjejas melalui khidmat SMS. Pelanggan juga boleh melayari laman web JENDELA untuk butiran lebih lanjut.

  • Pelanggan yang tersambung kepada rangkaian 4G LTE Maxis tidak akan terjejas manakala mereka yang masih menggunakan peranti bukan 4G mungkin akan mengalami kesesakan dalam rangkaian kerana masih tersambung kepada rangkaian bukan 4G. Ini juga akan bergantung kepada jumlah pengguna serta kapasiti rangkaian tersebut. 

  • Harga bil anda tidak akan terjejas.  

  • Penamatan rangkaian 3G adalah inisiatif yang diambil oleh semua syarikat telekomunikasi di seluruh negara dan merupakan sebahagian daripada rancangan JENDELA untuk memastikan liputan 4G yang lebih luas serta berkualiti untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada semua rakyat. Oleh yang demikian, anda tidak boleh menggunakan rangkaian 3G setelah ia  ditamatkan sepenuhnya pada akhir tahun 2021. Walaubagaimanapun, kami akan menawarkan peranti 4G yang menarik agar anda mempunyai pengalaman yang baik bersama 4G.

  • Penamatan rangkaian 3G akan dilakukan secara berperingkat. Kami akan memastikan rangkaian 4G kami lebih stabil di setiap lokasi dahulu sebelum menamatkan 3G. Untuk kawasan yang mempunyai liputan 4G yang rendah atau tiada liputan, penaiktarafan rangkaian 4G akan dilakukan sebelum menamatkan 3G. Anda boleh menggunakan 2G sekiranya tidak boleh menerima liputan 4G dengan syarat peranti anda serasi dengan rangkain 2G. 

  • Pelanggan yang masih menggunakan peranti bukan 4G mungkin akan mengalami kesesakan kerana masih tersambung kepada rangkaian bukan 4G dengan kebergantungan kepada jumlah pengguna serta kapasiti rangkaian tersebut. 

  • Liputan 4G Maxis boleh didapati di seluruh negara. Dengan penamatan 3G, kami akan meningkatkan kapasiti rangkaian 4G kami dengan menaik taraf liputan dan pengalaman untuk kedua-dua jalur lebar dan perkhidmatan digital buat semua pelanggan. 

  • Kami mempunyai tawaran peranti yang menarik supaya para pelanggan boleh mendapatkan kedua dua peranti 4G dan 5G pada harga yang mampu milik. Sila layari laman web kami untuk maklumat terbaharu tentang tawaran-tawaran tersebut.  

  • Maaf, anda tidak boleh membuat sebarang pengecualian bil. Kami akan memaklumkan pelanggan lebih awal supaya dapat bersiap sedia untuk penamatan rangkaian 3G. 

  • Anda perlu menukar kadar pelan kepada pelan Maxis Postpaid untuk mendapatkan peranti 4G.

  • Anda boleh memeriksa keserasian rangkaian anda atau memeriksa spesifikasi dalam tetapan peranti anda. Anda juga boleh menghubungi perkhidmatan pelanggan kami.

  • Pelanggan yang masih menggunakan peranti bukan 4G mungkin akan mengalami kesesakan kerana masih tersambung kepada rangkaian bukan 4G. Namun, ia bergantung kepada jumlah pengguna serta kapasiti rangkaian tersebut. 

  • Maxis akan memberikan panduan ketika waktu ini untuk memastikan peralihan berjalan secara lancar. Anda boleh menghubungi kami di Maxis supaya kami boleh membantu anda mencari penyelesaian yang terbaik. Anda juga boleh melihat tawaran-tawaran terbaharu di laman web kami.

  • Peranti yang hanya mempunyai rangkaian 3G tidak boleh bersambung kepada rangkaian 4G. Sila hubungi pihak kami untuk menyelesaikan sebarang masalah tentang peranti anda supaya pengalaman anda bersama 4G tidak terjejas. Anda juga boleh melihat tawaran-tawaran terbaharu di laman web kami. 

  • Anda tidak memerlukan pelan baharu sekiranya bertukar kepada peranti 4G melainkan anda ingin mendaftar untuk peranti 4G baharu yang memerlukan penukaran pelan. Setelah anda menukar peranti, anda  boleh teruskan menggunakan perkhidmatan kami dari pelan yang anda mempunyai sekarang. (Tertakluk kepada syarat pelan yang sedia ada)

  • Sila periksa peranti anda sekiranya ia hanya 3G atau 2G dan 3G. Anda boleh menukar kepada 2G untuk menerima panggilan. Anda juga perlu memeriksa sekiranya syarikat anda telah menerima pemakluman tentang penamatan rangkaian 3G atau pergi ke kedai Maxis berdekatan untuk mengetahui lebih lanjut.  

  • Maxis akan menjamin untuk memberikan anda pemakluman awal yang jelas tentang penamatan rangkaian 3G kami serta akan bekerjasama rapat dengan para pelanggan untuk mengawal peralihan tersebut. Kami juga akan memberikan pemeriksaan liputan pada peranti pelanggan serta permohonan penggantian kad SIM untuk mendorong peralihan yang lancar kepada peranti mereka dan lain-lain perkhidmatan nasihat mengikut situasi pelanggan.  

  • Kami akan menawarkan perkhidmatan seperti lawatan ke makmal untuk validasi perkhidmatan, kelayakan peranti, perkhidmatan peralihan peranti yang tertakluk kepada persetujuan komersial yang dibuat serta perkhidmatan lain yang sesuai untuk membantu anda dengan peralihan ini. 

  • Para pelanggan adalah bertanggungjawab untuk merancang penaiktarafan perkakas dalam kadar waktu yang tertentu sebelum penamatan rangkaian 3G. Namun, Maxis akan membantu pelanggan untuk melalui proses tersebut dalam perkara yang tersenarai di atas. 

  • Walaupun rangkaian 3G akan kekal beroperasi sehingga tempoh penamatan, penggunaan teknologi lama seperti 2G dan 3G adalah tanggungjawab para pelangggan sendiri. Maxis tidak akan melayakkan atau uji peranti 3G dan menyarankan penggunaan teknologi 4G. 

  • Perkhidmatan IoT yang hanya menyokong rangkaian 3G adalah yang paling akan terjejas dengan peralihan ini. Pelanggan yang mempunyai peranti 4G dan tersambung kepada rangkaian 4G LTE tidak akan terjejas namun yang pelanggan yang mempunyai rangkaian bukan 4G mungkin akan mengalami kesesakan bergantung kepada jumlah pengguna serta kapasiti rangkaian sedia ada. 

  • Anda tidak perlu untuk mengganti kad SIM anda. Kesemua IoT kami atau kad SIM M2M kami menyokong teknologi rangkaian 4G/3G/2G 

  • Tiada,gabungan  rangkaian Maxis 2G dan 4G akan terus memberikan liputan yang mencukupi kepada semua pelanggan. 

  • Pelanggan perlu menaiktaraf peranti mereka dalam kadar waktu yang berpatutan sebelum penamatan rangkaian 3G. Berikuatan adalah panduan untuk dipertimbangkan oleh pelanggan;

    Peranti pelanggan Tindakan seterusnya 
    Saya mempunyai SIM Maxis pada peranti berangkaian 3G  Peranti anda akan terjejas selepas peralihan. Sila naik taraf kepada peranti yang berangkaian 4G.
    Saya mempunyai SIM Maxis pada peranti berangkaian 2G  Maxis menyarankan agar anda menaik taraf kepada peranti bersesuaian dengan 4G untuk kelajuan data yang lebih baik. Walaubagaimanapun, rangkaian 2G masih berfungsi pada ketika ini.
    Saya mempunyai SIM Maxis pada peranti berangkaian 4G  Peranti anda patut berfungsi seperti biasa
    Saya mempunyai SIM Maxis pada peranti 3G/2G Maxis menyarankan agar anda menaik taraf kepada peranti bersesuaian dengan 4G untuk kelajuan data yang lebih baik. Walaubagaimanapun, rangkaian 2G masih berfungsi pada ketika ini.
    Saya mempunyai SIM Maxis pada peranti 4G/3G/2G  Peranti anda patut berfungsi seperti biasa
    Saya mempunyai SIM Maxis pada peranti 4G/3G  Peranti anda patut berfungsi seperti biasa
    Saya mempunyai SIM 3G daripada telko lain  Sila hubungi pengurus akaun Maxis anda untuk bantuan sebelum penamatan rangkaian.

Looking for the right Postpaid Plan?

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Nak bercakap dengan kami?

Dapatkan jawapan anda daripada soalan lazim kami atau hubungi Khidmat Pelanggan Maxis menerusi saluran ini