Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

TM manfaatkan infrastruktur Maxis untuk memacu peningkatan kesalinghubungan mudah alih di seluruh negara

TM leverages Maxis’ infra to drive enhanced mobile connectivity nationwide
  • Maxis akan menyediakan Perkhidmatan MOCN 4G serta Perayauan Domestik 4G dan 2G kepada TM
  • Menyokong saranan Kerajaan kepada perkongsian rangkaian antara pemain-pemain industri
  • Memacu kesalinghubungan yang lebih baik, selari dengan hasrat digital Kerajaan

Bagi memperkukuh ekosistem digital negara menerusi kolaborasi industri, TM akan mengakses Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali (Multi Operator Core Network - MOCN) 4G, serta Perkhidmatan Perayauan Domestik (domestic roaming - DR)  4G dan 2G Maxis, untuk mempertingkatkan kesalinghubungan mudah alihnya di seluruh negara.

MOCN merupakan mekanisme perkongsian rangkaian akses radio (radio access network - RAN) yang membolehkan rangkaian-rangkaian teras berbeza berkongsi RAN yang sama. Menerusi usaha ini, TM akan meluaskan liputan 4Gnya di seluruh negara dengan memanfaatkan infrastruktur RAN Maxis dan mempertingkatkan liputan kawasan berpenduduk Unifi Mobile kepada lebih 95%.

Maxis akan menyediakan sekitar 6,800 tapak untuk perkhidmatan 4G MOCN dan perayauan domestik serta 10,000 tapak untuk DR 2G, bagi memberi manfaat kepada semua pelanggan di kawasan bandar dan luar bandar seluruh negara.

Pada majlis hari ini yang diadakan di TM HQ di Cyberjaya, Maxis diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Goh Seow Eng sementara TM diwakili oleh Datuk Imri Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, TM.

Menerusi usahasama strategik ini, TM dan Maxis menunjukkan komitmen bersama ke arah memacu inovasi, meningkatkan pengalaman pelanggan dan menyumbang ke kemajuan lanskap digital Malaysia.

quote

"Ini merupakan pencapaian penting buat Maxis yang menggambarkan keupayaan dan rekod prestasi kami dalam menyediakan rangkaian mudah alih berkualiti tinggi. Kami bersedia untuk memaju ke hadapan bersama TM dalam inisiatif ini. Kolaborasi industri adalah langkah terbaik kerana ia akan memberi manfaat kepada pengguna dengan liputan lebih meluas menerusi kecekapan kos yang lebih baik dan penggunaan sumber kami yang lebih efisien," - Goh Seow Eng

quote

"Kita menyaksikan satu langkah penting dalam usaha kolaboratif industri ke arah perkongsian infrastruktur. Usahasama kami ini akan mempertingkatkan penawaran mudah alih 4G TM bagi memberikan pengalaman pelanggan terbaik kepada para pelanggan kediaman, PKS dan perusahaan. Ini akan melengkapi penawaran 5G kami, dan membuka ruang kepada inovasi dan kolaborasi yang lebih menyeluruh untuk membawakan penyelesaian dan perkhidmatan kepada seluruh rakyat Malaysia," - Datuk Imri

Archives
Tags