Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis memacu transformasi digital dengan alat Indeks Kesediaan Digital pertama

Digital Readiness Index Media Launch press photo
  • Alat penilaian kendiri interaktif dalam talian yang berpotensi untuk memberikan pemahaman untuk tindakan berkenaan digitalisasi perniagaan, industri dan Kerajaan

  • Sempena pelancaran, Maxis dan MEDAC akan berkolaborasi dalam inisiatif memanfaatkan DRI untuk memacu transformasi digital negara

  • Maxis komited untuk menyatukan teknologi terbaik bagi membolehkan rakyat, perniagaan dan negara untuk Terus Menerajui dalam dunia yang berubah

Maxis telah melancarkan Indeks Kesediaan Digital (DRI), sebuah alat penilaian kendiri interaktif yang pertama seumpamanya dalam talian bagi membantu perniagaan menilai tahap kesediaan digital mereka. Inisiatif ini sebahagian daripada usaha berterusan Maxis bagi mempercepat transformasi digital negara.

Pelancaran maya DRI dihadiri oleh YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), serta Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

“Sektor PKS terus memainkan peranan penting dalam menampung ekonomi Malaysia, terutamanya ketika masyarakat sedang menghadapi cabaran pandemik. Oleh itu, kami tetap komited untuk membantu mereka melalui insiatif digitalisasi kami. Untuk PKS dan para usahawan terus berkembang di pasaran domestic dan antarabangsa, kesediaan digital amat diperlukan. Melangkah digital bukanlah pilihan tetapi keperluan untuk terus hidup. Oleh itu, kami mengalu-alukan inisiatif DRI, yang sejajar dengan visi Kementerian untuk memupuk ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif di negara ini,” kata YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi.

“Dari kajian dan penglibatan berterusan kami dengan PKS selama bertahun-tahun, ia amat jelas bahawa segmen ini memerlukan sokongan yang kuat untuk menyesuaikan diri dengan landskap yang berubah dengan pesat dan untuk mempercepat digitalisasi. DRI berpotensi menghasilkan wawasan yang boleh dicapai mengenai keadaan transformasi digital perniagaan dan industri di negara ini,  terutamanya bagi pertimbangan Kerajaan untuk pelaksanaan penggunaan digital. Ini selari dengan komitmen kami untuk membolehkan perniagaan dan negara sentiasa maju dalam dunia yang berubah,” kata Paul McManus.

Sempena pelancaran tersebut, Maxis dan MEDAC akan bekerjasama dalam beberapa inisiatif melalui agensi Kementerian – Institut Keusahawanan Nasional (INSKEN), TEKUN Nasional dan Institut Koperasi Malaysia (IKKM). Ini termasuk menjadikan DRI sebahagian dari modul dan latihan yang disasarkan INSKEN, meneroka kolaborasi di Bengkel Keusahawanan Digital Maxis, dan penyelesaian digital untuk segmen Mikro dan PKS. Maxis juga akan berkongsi progress tahunan mengenai kesediaan digital negara dengan agensi melalui pemahaman yang dihasilkan dari DRI untuk membantu mereka mengukur kadar penggunaan digital di negara ini.

Fungsi Indeks Kesediaan Digital
Para peserta dapat mengikuti tinjauan DRI, yang menganalisis tiga tonggak utama dalam perniagaan: Kepuasan Pelanggan, Produktiviti Pekerja dan Kecekapan Operasi. Sebuah formula menentukan skor untuk setiap tonggak yang menjumlahkan jumlah skor untuk mengukur kesediaan digital – dari 'Sedia', 'Hampir Sedia', 'Tidak Sedia' dan 'Bahaya'. Bersama dengan pemahaman yang komprehensif dan diperibadikan dalam perniagaan mereka, laporan akhir memberikan analisis pesaing, penanda aras industri serta cadangan mengenai penyelesaian digital yang paling sesuai untuk keperluan mereka. Syarikat juga boleh memilih untuk menindaklanjuti dengan bimbingan dari perunding Maxis yang berdedikasi.

Maxis bekerjasama dengan Vodafone untuk DRI bagi memanfaatkan pengalaman mereka dengan melancarkan Indeks serupa di Eropah yang memberi kuasa kepada perniagaan kecil untuk memulakan perjalanan digitalisasi mereka.

Pemahaman Awal
Keputusan awal dari alat DRI di antara 2,000 PKS di seluruh industri runcit, pembuatan, pengangkutan, hotel, restoran dan kafe (HoReCa), minyak dan gas, Kerajaan dan GLC, dan perkhidmatan profesional, menunjukkan pemahaman yang menarik:

  • 58% PKS Malaysia dikategorikan sebagai 'Tidak Sedia' dalam mencapai potensi penuh dalam merangkul teknologi digital dengan lebih jauh untuk meraih faedah dalam kecekapan, produktiviti, pengalaman pelanggan dan kepuasan pekerja.
  • Penggunaan alat digital untuk penglibatan pelanggan masih pada tahap asas dengan 61% menggunakan e-mel dan 40% menggunakan media sosial sebagai saluran komunikasi utama kepada pelanggan.
  • Syarikat paling didigitalkan dalam aspek Kecekapan dan paling sedikit didigitalkan dalam aspek Kepuasan Pelanggan
  • Hanya 26% PKS di sektor pengangkutan, pembuatan, perdagangan, dan minyak dan gas memantau kenderaan syarikat mereka secara digital.

Membantu Organisasi Mempercepat Penerapan Digital
Sebelum ini, Maxis melancarkan kempen Retransformasi sebagai komitmen kepada syarikat rakan kongsi dalam perjalanan transformasi digital berskala besar mereka. Seruan syarikat untuk menilai semula pendekatan DX mereka diperkuat oleh IDC InfoBrief yang ditugaskan oleh Maxis, bertajuk Digital Transformation in Malaysia 2020. Sebagai Penyedia Penyelesaian Teknologi yang dikenal pasti oleh MDEC, Maxis juga telah membantu PKS memaksimumkan aspirasi digital mereka dengan perkhidmatan kesalinghubungan dan penyelesaian digital melalui Geran Digitalisasi PKS, termasuk pemasaran digital, Point-of Sale elektronik, penyelesaian kerja jarak jauh dan eDagang. PKS akan mendapat keuntungan dari satu titik sentuh Maxis untuk pengalaman onboarding digital lengkap yang tersedia di salah satu rangkaian runcit terluas di seluruh negara.

Untuk maklumat lebih lanjut dan tinjauan DRI, sila kunjungi https://business.maxis.com.my/digital-index/

Archives
Tags