Enable Maxis VoLTE to experience lifelike call quality! For detailed steps and info, click

Experience lifelike call quality with VoLTE! Click

here.

Our updated General Terms & Conditions of Services is effective from 20 December 2020. Refer to

Our updated GTC, effective from 20 December 2020, Refer

here.

Maxis Antara 10 Jenama Utama Paling Berkesan, Menurut Ranking Global Effie Effectiveness Top 100


Maxis telah dinamakan jenama ke-7 paling berkesan di peringkat global menurut Global Effie Effectiveness Index oleh Effie Worldwide yang diumumkan baru-baru ini. Antara 10 jenama utama di dunia, Maxis adalah satu-satunya jenama yang mempunyai operasi di satu negara, dan berkedudukan bersama syarikat-syarikat multinasional seperti Coca-Cola, McDonald’s, Burger King, IKEA dan Mastercard.

Indeks Effie mengiktiraf agensi dan jenama yang mewujudkan kempen pemasaran yang paling berkesan dari seluruh dunia, dan dipilih daripada 3,601 peserta akhir dan kempen pemasaran yang telah memenangi Effie antara 1 Januari 2016 dan 31 Disember 2016.
 


Maxis telah dinamakan Jenama Terbaik Effie dua kali berturut-turut - pada tahun 2015 dan 2016. Pada 2016, Maxis memenangi 2 pingat perak di APAC Effies, serta dua pingat emas, lima pingat perak dan empat pingat gangsa di Effies Malaysia. Kemenangan ini telah membantu menyumbang markah terhadap Global Effie Effectiveness Index Maxis.

Untuk tahun kedua berturut-turut, Maxis adalah satu-satunya jenama Malaysia yang dinamakan dalam Global Top 100. Ensemble Malaysia, yang merupakan agensi penjenamaan Maxis, juga menyertai Global Effie Effectiveness Top 100 buat kali pertama tahun ini, dan mendapat tempat ke-68 bagi kategori Pejabat Agensi Individu, satu-satunya agensi Malaysia didalam senarai tersebut. Kedua-dua Maxis dan Ensemble juga dinamakan dalam WARC 100 Global Rankings yang diumumkan beberapa bulan lalu.

“Dalam kategori yang kompetitif seperti ini, setiap pemasar perlu memberi tumpuan dalam memupuk perkara yang penting. Bagi kami, membina jenama yang boleh dipercayai dan bekerjasama dengan agensi yang memahami kreativiti dalam era data dan digital adalah amat penting berbanding sebelum ini. Kedua-duanya adalah perjalanan yang berterusan dan untuk dinamakan antara 10 jenama utama Effie di seluruh dunia merupakan satu petanda yang baik bahawa kami sedang menuju ke arah yang betul,” kata Sulin Lau, Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis.

Presiden Persatuan Pengiklan Malaysia (Malaysian Advertisers Association - MAA) Margaret Au-Yong berkata, “Pengenalan indeks ini adalah salah satu inisiatif dimana kami MAA, sebagai salah satu daripada penganjur, berharap dapat menyumbang secara positif dalam usaha untuk mengambil Anugerah Effie ini ke tahap yang lebih tinggi di peringkat global.”
 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ranking Maxis dalam Global Effie Effectiveness Index 2017, klik di sini

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis on track with JENDELA targets with 2021 initiatives well underway

Maxis on track with JENDELA targets with 2021 initiatives well underway

Maxis continues to expand its fibre footprint with more than 6,500 premises passed in 2020. With that, Maxis has delivered 100% of its own 2020 targets for Jalinan Digital Negara (JENDELA), accelerating capacity with upgrades of more than 35% of the total upgrades of 16,367 sites by the industry.

TELL ME MORE
Maxis inspires Malaysian families to celebrate health as a blessing this CNY

Maxis inspires Malaysian families to celebrate health as a blessing this CNY

In these extraordinary times, Maxis remains committed to supporting the nation and customer needs with many initiatives. As the Chinese New Year festive season approaches, Maxis is ringing in the celebrations with an inspiring message to all Malaysians, on the importance of health and family togetherness this festive season.

TELL ME MORE
Maxis closes 2020 with resilient performance on the back of its converged solutions leadership

Maxis closes 2020 with resilient performance on the back of its converged solutions leadership

Maxis Berhad (Maxis) announced today that it closed 2020 with a resilient Q4 performance, registering stable Service Revenue and a healthy normalised EBITDA, while maintaining a high EBITDA margin.

TELL ME MORE