Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Lebih Lagi Pelanggan Sabah Kini Akan Menikmati Kelajuan Sepantas Gentian Dengan Maxis 4G

Maxis telah memperluaskan rangkaian 4G ke lebih banyak lokasi melangkaui bandar-bandar utama di Sabah. Pelanggan yang berada di kawasan-kawasan luar bandar terutamanya Penampang, Tuaran, Papar, Ranau, Keningau, Semporna, Kudat, Putatan, Sipitang, Beaufort dan Kota Belud kini boleh menikmati pengalaman 4G yang terbaik dengan kelajuan sepantas gentian pada telefon mudah alih mereka – penstriman video tanpa gangguan (zero buffering) di YouTube 96% setiap masa serta kelajuan yang pantas dan konsisten pada 15Mbps ke atas, 24/7 - di dalam dan di luar.

“Rakyat Malaysia amat menggemari Internet – ia sedang mengubah cara kita hidup dan bekerja. Bagi pelanggan Maxis di Sabah dan Sarawak, penembusan telefon pintar adalah sebanyak 70% dan masih lagi meningkat. Antara tahun 2014 dan 2015, trafik 3G meningkat sebanyak 55% di kedua-dua negeri, dan pelanggan yang mempunyai akses kepada 4G menggunakan 20% lebih lagi Internet mudah alih berbanding di Semenanjung Malaysia. Penggunaan data oleh pengguna 4G di negeri-negeri ini juga lebih tinggi dengan purata lebih 3GB sebulan. Kami sedang membuat pelaburan yang tinggi untuk mengukuhkan infrastruktur rangkaian kami di sini supaya pelanggan kami boleh mendapatkan pengalaman 4G yang hebat pada telefon mudah alih mereka,” kata Morten Bangsgaard, Ketua Pegawai Teknologi Maxis.

Pada masa ini, Maxis mempunyai liputan 4G melebihi 90% di Kota Kinabalu dan Kuching, dan melebihi 80% di kawasan-kawasan luar bandar.

Untuk menikmati pengalaman 4G terbaik, pelanggan-pelanggan di sini mempunyai akses kepada pelan-pelan 4G yang terbaik. Untuk pelanggan prabayar, mereka boleh menikmati Facebook berkelajuan tinggi tanpa had percuma dan Internet berkelajuan tinggi dan (dari 1 pagi - 7 pagi setiap hari), serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian dengan Hotlink Superrr Internet. Bagi pelanggan pascabayar, mereka dapat memiliki telefon pintar 4G terkini pada harga serendah RM19 sebulan dengan program pertama seumpamanya iaitu Maxis Zerolution - tanpa bayaran pendahuluan, tanpa kad kredit dan tanpa pelan kontrak.

"Sabah merupakan pasaran Internet mudah alih yang maju dan pertumbuhan pesat dalam penggunaan data di rantau ini menyebabkan permintaan yang tinggi bagi perkhidmatan kami. Oleh itu, kami mahu para pelanggan untuk menikmati rangkaian 4G kami dengan memperkenalkan beberapa pelan Internet yang menarik dan relevan. Khas untuk Sabah (dan Sarawak), kami baru-baru ini telah mempertingkatkan pelan MaxisONE kami supaya pelanggan boleh menikmati data tanpa had sepanjang malam (dari 1 pagi – 7 pagi) dan sehingga 12GB sepanjang hari dari RM68 sebulan. Pelan ini adalah untuk pelanggan pascabayar baru yang mendaftar dengan program telefon pintar Zerolution, dan sah semasa tempoh promosi sempena pengembangan 4G Maxis ke bandar-bandar lain,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Maxis sudah merupakan peneraju di negara bagi 4G dari segi liputan penduduk, pengalaman data dan inovasi. Di Sabah, para pelanggan di Kota Kinabalu, Labuan, Lahad Datu, Sandakan dan Tawau sudahpun menikmati pengalaman 4G yang terbaik. Rangkaian Maxis 4G juga akan ditawarkan tidak lama lagi ke bandar-bandar lain termasuk Bongawan dan Kota Marudu.

Kami menjemput para pelanggan Sabah untuk melihat kelajuan Internet 4G kami setiap jam di speedometer kami secara langsung di sini www.maxis.com.my/network.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan kami yang terbaru, sila layari www.maxis.com.my/sabah.

Archives
Tags

Popular
Posts

Hotlink app X Merdeka EN

Hotlink App brings Malaysians more value this Merdeka

This Merdeka, Hotlink is offering its users the opportunity to redeem attractive vouchers, prizes and win the latest smartphones by simply reloading their credit or purchasing e-vouchers on the Hotlink app. The campaign is an initiative to reward Hotlink customers who frequently “Bikin Selalu, Hotlink App Dulu”.

TELL ME MORE
Maxis collaborates with MRCS to support mobile vaccination programme

Maxis collaborates with MRCS to support mobile vaccination programme

In line with the government’s aspirations to accelerate vaccination in the country under the National COVID-19 Immunisation Programme (PICK), Maxis has collaborated with Malaysian Red Crescent Society (MRCS) to support their mobile vaccination programme.

TELL ME MORE
Maxis is enabling local heroes to help more Malaysians to Always Be Ahead

Maxis is enabling local heroes to help more Malaysians to Always Be Ahead

As the nation celebrates Hari Kebangsaan and the upcoming Hari Malaysia, Maxis has launched its inaugural Maxis Awards to recognise and support outstanding Malaysian initiatives whose contributions drive positive impact for their fellow citizens.

TELL ME MORE