Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Melancarkan Pelan Internet Data Mudah Alih Mampu Dimiliki Melalui Opera Mini

Pelanggan Hotlink & Maxis boleh menikmati pelayaran laman web tanpa had serendah RM1 sehari melalui pelayar Opera Mini
Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pelayaran laman web tanpa had serendah RM1 sehari
Pelan data Opera Mini membolehkan pelayar web mudah alih yang mementingkan kos untuk menikmati pelayaran internet tanpa had melalui rangkaian Maxis, iaitu yang terluas dan terpantas di negara

SIARAN MEDIA
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 3 Julai 2013

Maxis Berhad (“Maxis”), satu-satunya pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, dengan kerjasama Opera Software, telah melancarkan pelayaran internet tanpa had melalui pelayar Opera Mini pada harga serendah RM1 sehari. Pelan data Opera Mini akan ditawarkan melalui platform pas web. Ia adalah cara yang fleksibel, mudah untuk difahami dan kos efektif untuk melayari internet tanpa perlu memberi komitmen kepada pelan data bulanan, sekaligus memberi kedua-dua pengguna prabayar dan pascabayar Maxis kebebasan untuk mengakses internet, dengan kawalan mutlak diatas pengalaman pelayaran masing-masing. Maxis adalah syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan pelayaran laman web tanpa had serendah RM1 sehari.

“Maxis sentiasa mencari pelbagai cara untuk meningkatkan pengalaman internet mudah alih untuk para pelanggan kami. Dengan pelancaran pelayaran internet tanpa had melalui pelayar Opera Mini, kami menyediakan para pelanggan satu pelan data mudah alih yang menarik, terutamanya bagi pelayar mudah alih web yang mementingkan kos, untuk menikmati pelayaran internet tanpa had, pada bila-bila masa dan di mana sahaja, melalui rangkaian kami iaitu yang terluas dan terpantas di negara. Lebih penting sekali, melalui tawaran ini, kami mengukuhkan komitmen kami untuk memberi rakyat Malaysia lebih akses kepada internet,” kata T Kugan, Ketua Perkhidmatan Digital Maxis.

“Pelan data ini menggabungkan ciri-ciri yang pelanggan paling perlukan untuk pelayaran mudah alih web: kelajuan, fleksibiliti dan mudah diguna,” kata Lars Boilesen, Ketua Pegawai Eksekutif, Opera Software. “Kerjasama dengan Maxis ini telah menawarkan peluang kepada kami untuk menyediakan lebih ramai rakyat Malaysia cara yang lebih mudah untuk mengakses internet dengan peranti mudah alih, melalui pelayar Opera Mini yang popular ini. Para pengguna boleh melayari laman web melalui peranti mudah alih pada harga yang mampu dimiliki.”

Apabila pengguna mudah alih ingin melayari web melalui rangkaian Maxis, mereka boleh mengaktifkan pelan data pelayaran tanpa had Opera Mini dengan mudah dan mula melayar dengan serta-merta. Pelanggan hanya perlu mengakses pelayar Maxis / Opera Mini, klik ikon web pas “RM1/DAY”, memilih pelan data tanpa had selama satu hari, dan mengesahkan pembelian.

Di samping menikmati pelan data ini serendah RM1 sehari, pelanggan juga boleh melayari Twitter Mudah Alih secara percuma melalui Maxis FREEZONE, dengan satu klik pada ikon Maxis FREEZONE di laman utama pelayar Maxis / Opera Mini.
Pelan data Opera Mini disediakan untuk pelayar Opera Mini 4.4 ke atas, pada BlackBerry, J2ME, S60 dan telefon Android. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan data pelayaran tanpa had Opera Mini dari Maxis, pelanggan boleh melawat www.hotlink.com.my

- Tamat -

 

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan lebih 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan - melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis telah melancarkan rangkaian berkelajuan tinggi yang pertama di Malaysia termasuk 3G, 3.5G, 3.5G+ dan adalah yang pertama untuk melancarkan 4G LTE (Long Term Evolution - LTE), pada awal tahun ini. Jejak rangkaian berkelajuan tinggi Maxis adalah yang terluas di negara dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 82%.

Sebagai penyokong utama ekosistem pembangunan aplikasi Malaysia, Maxis bekerjasama dengan pembangun tempatan untuk membawa aplikasi inovatif kepada pelanggan sementara menyediakan pelbagai jenis kandungan tempatan di pasaran, dengan pilihan Aplikasi percuma yang menarik kepada segmen yang berbeza untuk pelbagai peranti pintar. Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk memenangi 20 anugerah di majlis Anugerah Tahunan Pengurusan Perhubungan Pelanggan dan Persatuan Pusat Perhubungan Malaysia (CCAM) ke-13 pada tahun 2012, Pengurusan Syarikat Terbaik, Majikan Terbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2012 dan 2010. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan 'Impak Positif', memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

Archives
Tags