Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Memperkasakan Usahawan Wanita Malaysia Dengan Pemasaran Digital

 

Sebagai jenama Malaysia yang berwibawa, Maxis komited untuk menyokong negara dengan membawa teknologi terbaik dalam kesalinghubungan mudah alih dan tetap yang membolehkan rakyat dan perniagaan untuk Terus Menerajui dalam dunia yang sentiasa pesat membangun. Kami komited dalam mewujudkan impak yang positif kepada segenap lapisan masyarakat melalui program komuniti kami, yang menumpukan kepada pembelajaran digital untuk pelajar melalui program eKelas, dan pemberdayaan digital untuk usahawan wanita tempatan melalui eKelas Usahawan.

Program eKelas Usahawan Maxis adalah program pemasaran digital berstruktur dengan pendekatan praktikal dan panduan untuk melengkapkan usahawan dengan kemahiran dan teknik digital untuk membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing dan peluang pendapatan mereka. 

Program ini berdasarkan projek-projek perintis yang dianjurkan Maxis sejak 2017 dan dilancarkan secara rasmi pada Mac 2021.

Manfaat Pembelajaran Melalui Webinar eKelas Usahawan

Dalam masa 2 jam sahaja, para peserta dapat mempelajari teknik-teknik asas untuk pemasaran digital daripada jurulatih, secara langsung, mengikut keselesaan kediaman anda sendiri, mengenai topik-topik berikut: 

Photography

Fotografi & Penyuntingan Gambar

Digital Marketing

Strategi Pemasaran Digital

Campaigns

Perancangan Kempen & Iklan

Copywriting

Copywriting

Kini para Usahawan Malaysia dapat menimba ilmu ini secara percuma melalui webinar eKelas Usahawan Maxis. Sertailah webinar ini melalui borang pendaftaran di bawah.

 
Sertailah program eKelas Usahawan Maxis sekarang!