Dapatkan penyelesaian terbaik untuk perniagaan atau rumah anda
Rangkaian peneraju yang
pintar menyesuaikan diri
mengikut keperluan anda
Bersedia untuk 5G
Lebih baik, lebih pantas, dan lebih berkuasa dengan 5G.
Bayangkan dengan rangkaian 5G, anda boleh bermain permainan digital telefon dengan grafik canggih di mana sahaja di dunia ini, muat turun filem hanya dalam beberapa saat dan menyedari potensi sebenar aplikasi autonomi.
Sambungan Terpantas
Bila dikatakan lebih pantas, kami maksudkan 10 kali lebih pantas di mana kini minit masa akan menjadi sesaat. Macam kelajuan sambungan jalur lebar fiber tanpa wayar.
Keupayaan menyokong berjuta-juta ketersambungan peranti
Sebelum ini teknologi selular tidak mungkin dapat dilakukan. Tetapi, Internet Saling Berhubung kini menjadi realiti dan membolehkan perkara seperti pertanian pintar, pemetaan utiliti pintar dan bandar pintar menjadi nyata.
Aplikasi perisian serta-merta dalam talian
Dengan menggunakan robot dan maklum balas haptik, doktor kini boleh melakukan pembedahan jarak jauh walaupun tanpa bersemuka.
Kependaman terendah
Kependaman terendah bermaksud maklum balas serta-merta. Terutamanya di dalam permainan digital, walaupun sedikit kelewatan boleh memakan kos misi apabila keterlambatan tidak mendapat tindak balas.
Ada soalan mengenai 5G?
Bilakah 5G tiba?
Ia dijangka akan tersedia menjelang akhir tahun 2020 dan tahun seterusnya.
Kenapa saya tidak boleh mendapatkannya sekarang?
Spektrum yang digunakan untuk 5G masih belum ditentukan oleh pihak berwajib di mana ia belum dapat diperolehi di pasaran tempatan.
Bagaimana untuk saya dapatkan 5G?
Kami pasti akan membuat peranti yang serasi/kad SIM yang tersedia dengan pelancaran rangkaian 5G kami.
Perlukah saya menukar pelan untuk menikmati 5G?
5G akan tersedia untuk semua rakyat Malaysia, tidak mengira pelan.
Apakah perbezaan antara 4G dan 5G?
5G adalah rangkaian mudah alih generasi kelima. Ia bukan sahaja lebih cepat daripada 4G, tetapi juga mempunyai kependaman dan keupayaan yang lebih rendah untuk menyokong lebih banyak peranti.
Adakah 5G akan menggunakan lebih banyak data?
Tidak, 5G tidak akan menggunakan lebih banyak data.
Ketahui lebih banyak projek
menarik 5G kami
Kekal berhubung untuk dapatkan berita terkini 5G
Bagaimana Rangkaian A.I kami bersedia
dioptimumkan untuk 5G
Rangkaian sedia masa hadapan
Rangkaian kami menganalisa corak trafik data untuk memahami punca kenaikan dan lonjakan dalam trafik rangkaian, dan seterusnya meningkatkan kapasiti rangkaian sekiranya perlu.
Rangkaian sentiasa terhubung
Dengan sistem diagnosis berautomasi 5 ciri, kami boleh meramal masalah perkakasan sebelum ia berlaku. Bantuan dron berprestasi tinggi dan teknologi A.I. pula membolehkan ramalan dan pengesan sebarang kemerosotan struktur menara rangkaian secara tepat dan efisien.
Jaminan perkhidmatan dioptimumkan
Kami menunaikan jaminan resolusi panggilan pertama dengan bantuan papan pemuka khidmat pelanggan berintegrasi yang membantu kami menyelesaikan isu rangkaian secara lebih pantas. Sistem kami menghantar notifikasi proaktif kepada pelanggan perniagaan untuk membolehkan perancangan kontingensi lebih awal.
Rangkaian efisien tenaga
Rangkaian kami menganalisa corak penggunaan rangkaian dan mengoptimumkan penggunaan tenaganya secara automatik mengikut keperluan semasa para pelanggan.
Rangkaian yang serba kukuh
Pengawal trafik pintar kami mampu menentukan laluan trafik data alternatif untuk memastikan ketersambungan sentiasa ada.
Rangkaian kependaman terendah
Pengagihan kecerdasan buatan ke seluruh rangkaian kami mempercepatkan penentuan laluan data yang optimum agar kependaman kekal dalam tahap terendah.
Rangkaian bertaraf perusahaan
Penyelesaian perusahan yang sarat membesar kami mampu memenuhi keperluan kritikal perniagaan dengan perkhidmatan rangkaian yang teguh, lincah, dan sedia berkembang.
Infrastruktur sedia 5G
Kami mempunyai capaian fiber optik terluas ke stesen pangkalan mudah alih bertulangkan rangkaian IP generasi terkini supaya mampu menyokong kelajuan, keteguhan dan kependaman tahap 5G.
Rangkaian mudah alih dan fiber termaju di Malaysia
Liputan Rangkaian A.I. Maxis melebihi 9 dalam setiap 10 rakyat Malaysia - membekalkan kelajuan muat turun terpastas serta tahap kependaman dan kehilangan paket terendah. Rangkaian kami juga mencapai nilai peratusan tertinggi muat turun fiber pada kelajuan yang dilanggan.
Nikmati Rangkaian A.I. Maxis sekarang
Soalan Sering Ditanya
Apakah Rangkaian A.I.?
Rangkaian A.I. Maxis adalah rangkaian peneraju pintar yang menggunakan teknologi pintar terkini untuk terus mengoptimumkan pengalaman Internet anda.
Seiring dengan peningkatan keperluan Internet di Malaysia, seluruh negara kini bersiap sedia untuk 5G. Maxis telah memodenkan rangkaian melalui kecerdasan buatan (A.I.) dan pengautomasian untuk memenuhi keperluan masa hadapan sambil memastikan pengalaman Internet yang optimum untuk pelanggan kami hari ini.
Apakah kesan Rangkaian A.I. terhadap pengalaman Internet saya hari ini?
Rangkaian A.I. Maxis dibina untuk mengekalkan kelajuan terpantas, kependaman terendah, kehilangan paket terendah dan keteguhan yang tinggi untuk bersedia memenuhi keperluan rangakain masa hadapan.
Para pelanggan Maxis dapat mengakses kandungan yang lebih kaya atau menggunakan aplikasi dengan lebih pantas sepanjang masa dengan segala yang berikut:
- Pengalaman menonton video HD yang lancar.
- Kadar pendaman terendah untuk pengalaman gaming tanpa gangguan.
- Pengoptimuman rangkaian untuk pengalaman terbaik ketika waktu penggunaan puncak.
- Pengalaman Rangkaian Sentiasa Ada.
Apakah yang membuatkan rangkaian Maxis sedia 5G hari ini?
Sementara menantikan peruntukan spektrum 5G di Malaysia, kami telah menyediakan infrastruktur rangkaian sedia 5G seperti yang berikut:
- Maxis kini memiliki capaian fiber optik terluas ke stesen-stesen pangkalan mudah alih sebagai persediaan untuk 5G.
- Rangkaian IP generasi terkini Maxis memastikan bahagian teras dan bahagian angkutan rangkaian kami bersedia menyokong kelajuan, keteguhan dan kependaman tahap 5G.
- Maxis menyediakan perkidmatan NB-IoT komersial yang pertama di Malaysia - teknologi mirip-5G yang membolehkan perniagaan hari ini berkembang dengan menggunakan analitis data untuk mencungkil fahaman mendalam bagi menjimatkan kos, meningkatkan kecekapan dan menghasilkan peluang perniagaan baru.
Bilakah 5G boleh didapati di Malaysia? Adakah saya perlu menukar peranti/kad SIM untuk menikmati sambungan 5G?
5G dijangka akan dilancarkan secara meluas pada sekitar 2021 atas sebab utama:
- Spektrum yang digunakan untuk 5G masih belum ditentukan oleh pihak berwajib;
- Peranti 5G masih belum dapat diperolehi di pasaran tempatan.
Kami pasti akan menawarkan peranti dan kad SIM 5G yang sesuai apabila kami melancarkan rangkaian 5G kami secara meluas kelak.
Apakah itu 5G dan adakah tawaran yang disediakan berlainan daripada apa yang kami nikmati hari ini?
5G adalah standard kominukasi mudah alih generasi kelima, mengatasi teknologi 4G. Apa yang ditawarkan oleh 5G:
- Kelajuan 10 kali lebih tinggi daripada 4G pada masa kini, dan sehingga kelajuan gigabit bagi aplikasi tertentu seperti akses tetap tanpa wayar.
- Kelajuan fiber melalui peranti muda alih/sambungan tanpa wayar.
- Kemampuan untuk menyokong berbilion peranti yang berhubung pada waktu yang sama.
- Aplikasi perisian serta-merta dalam talian, seperti operasi pembedahan jarak jauh.