Kakitangan Maxis Memenuhi Hajat Digital Para Penghuni Sabah Cheshire Home

schedule 13 Dec 2017


Para penghuni, termasuk kanak-kanak, juga terkejut dan teruja apabila hajat mereka untuk Krismas telah dipenuhi oleh Maxis. Pada awal bulan ini, para penghuni diminta untuk berkongsi hajat Krismas mereka secara digital, dan kakitangan Maxis diberi peluang untuk menjadi 'Secret Santa' mereka.
 


Pada acara hari ini, para penghuni telah menerima hajat Krismas mereka dalam bentuk hadiah. Di samping memenuhi hajat digital mereka, Maxis juga mengambil gambar penghuni pada acara tersebut, yang kemudiannya dicetak dan dimasukkan ke dalam bingkai eksklusif. Secara keseluruhan, ini merupakan perayaan Krismas yang amat istimewa untuk semua yang terlibat, termasuk sukarelawan Maxis.
 


“Di Maxis, ia amat penting untuk kami menyumbang kepada komuniti, terutamanya pada musim perayaan. Kami berharap sumbangan kecil ini dapat membantu menceriakan Krismas mereka,” kata Ng Chak Khin, Ketua Wilayah Sabah Maxis.

“Kami amat gembira sukarelawan Maxis telah membantu kami Krismas ini dengan mengecat rumah dan memastikan setiap hajat penghuni kami dipenuhi. Maxis telah melakukan kerja yang amat baik. Mereka telah membawa kegembiraan kepada kami dan memberikan senyuman kepada wajah para penghuni kami,” kata Jennifer Liew, Pengurus Sabah Cheshire Home.

Categories

Community

Popular Posts

Archives
Tags