Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Soalan Lazim

Jaringan Prihatin

  • Bergantung pada tawaran Jaringan Prihatin yang anda berminat, klik untuk mengetahui cara mendaftar:

  • Program Jaringan Prihatin adalah inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama industri Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi, di mana sejumlah RM2.0 bilion telah diperuntukkan untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau dalam golongan B40, membeli peranti telekomunikasi atau pelan data komunikasi.

  • Jika anda layak, anda boleh melanggan pelan data atau pakej telefon pintar yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan yang mengambil bahagian dalam program ini. Pelan komunikasi dan pakej peranti yang ditawarkan telah disubsidi bersama oleh Kerajaan dan Penyedia Perkhidmatan yang mengambil bahagian dalam program ini.

    Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan oleh Kerajaan dalam program ini;
    Subsidi 1: Rebat subsidi pelan data bulanan; atau
    Subsidi 2: Subsidi pakej telefon pintar

    Jumlah peruntukan subsidi untuk penerima yang layak adalah seperti berikut.

    Kategori 1 - Berkahwin dan Bujang tanpa anak bawah 18 tahun Kategori 2- Berkahwin dan Bujang mempunyai anak bawah 18 tahun
    Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan
    Subsidi 2: RM180 subsidi telefon pintar
    Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan
    Subsidi 2: RM300 subsidi pakej telefon pintar
  • Anda layak untuk menyertai program Jaringan Prihatin jika anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan menyemak kelayakan anda pada aplikasi Hotlink/ Pascabayar Hotlink/ Maxis atau di laman web BPR: https://bpr.hasil.gov.my/.

    Aplikasi Hotlink/ Pascabayar Hotlink/ Maxis:
    Langkah 1: Dalam aplikasi, klik pada tab “Beli”
    Langkah 2: Klik pada “Program Jaringan Prihatin”
    Langkah 3: Klik “SEMAK KELAYAKAN”

    Laman web BPR:
    Langkah 1: Kunjungi laman sesawang: https://bpr.hasil.gov.my/
    Langkah 2: Klik “log masuk” di sebelah kanan atas halaman sesawang
    Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik "semak"

  • Pendaftaran untuk program ini akan dibuka dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021. Anda boleh mendaftar dengan Maxis/Hotlink. Keseluruhan program ini akan berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2022.

  • Program Jaringan Prihatin adalah program selama 12 bulan bermula dari masa anda mendaftar. Tarikh terakhir pendaftaran ialah 30 September 2021, manakala keseluruhan program berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2022.

  • Tidak, anda tidak akan dapat mendaftar jika anda terlepas tarikh akhir pendaftaran pada 30 September 2021, walaupun anda adalah penerima BPR yang layak.

  • Untuk pertanyaan atau rayuan berkaitan kelayakan BPR, sila layari laman web BPR (https://bpr.hasil.gov.my) atau hubungi talian hotline BPR (1800-88-2747) untuk makluman lanjut. Tempoh rayuan BPR seterusnya akan berlangsung dari 15 Jun - 30 Jun 2021.

  • Setiap nombor IC yang layak dibenarkan untuk menyertai program Jaringan Prihatin hanya sekali dalam tempoh pendaftaran dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021. Walaubagaimanapun, anda dibenarkan menukar pendaftaran anda kepada penyedia perkhidmatan lain semasa program berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2022.

  • Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) atau dalam golongan B40 layak menyertai program Jaringan Prihatin. Pemohon Utama BPR bagi setiap isi rumah layak menyertai program ini.

  • Ya, selagi anda penerima BPR atau dalam golongan B40, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda bujang tanpa anak, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM180 untuk subsidi pakej telefon pintar.

  • Ya, selagi anda penerima BPR atau dalam golongan B40, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda ibu/bapa tunggal dengan anak-anak di bawah umur 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej telefon pintar.

  • Ya, selagi anda penerima BPR atau dalam golongan B40, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda sudah berkahwin dan tiada anak-anak, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM180 untuk subsidi pakej telefon pintar.

  • Ya, selagi anda penerima BPR atau dalam golongan B40, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang di bawah umur 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi telefon pintar.

  • Tidak, anda hanya layak menerima subsidi pakej telefon pintar RM300 jika anak-anak anda berumur di bawah 18 tahun.

  • Jika anda seorang warganegara Malaysia yang layak menerima BPR dan berkahwin dengan warganegara asing, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun, anda layak menerima RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej telefon pintar.

  • Untuk mengetahui sama ada pendaftaran BPR anda berjaya, sila ikuti langkah-langkah berikut:

    Langkah 1: Kunjungi laman sesawang https://bpr.hasil.gov.my/
    Langkah 2: Klik “log masuk” di sebelah kanan atas halaman sesawang
    Langkah 3: Masukkan nombor IC anda dan klik "semak"

  • Tidak, hanya warganegara Malaysia yang mendapat BPR layak menyertai program Jarigan Prihatin.

  • Semua penerima BPR adalah layak untuk program Jaringan Prihatin. Jika anda telah dianggap tidak layak untuk program Jaringan Prihatin, anda harus membuat permohonan rayuan status kelayakan BPR anda terlebih dahulu melalui laman web BPR (https://bpr.hasil.gov.my) atau hubungi hotline BPR (1800-88-2747).

  • Hanya satu tebusan dibenarkan bagi setiap nombor IC individu yang layak. Jika anda mempunyai dua (2) nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu (1) nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.

  • Subsidi Jaringan Prihatin akan diberi melalui pembelian pelan data atau pakej telefon pintar mana-mana Penyedia Perkhidmatan yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut.

    Kaedah atau prosedur untuk mendapatkan subsidi, untuk prabayar dan pascabayar, akan berbeza-beza mengikuti Penyedia Perkhidmatan yang mengambil bahagian. Penerima subsidi boleh merujuk kepada laman web Pemberi Perkhidmatan yang anda pilih untuk mendapatkan maklumat lanjut.

  • Ya, penerima yang layak dibenarkan untuk menebus subsidi Jaringan Prihatin daripada maksimum empat (4) Pemberi Perkhidmatan yang berbeza dalam tempoh program selama 12 bulan. Penerima yang layak hanya boleh berdaftar dengan satu (1) Pemberi Perkhidmatan pada sesuatu masa sepanjang tempoh tersebut.

    Sila rujuk laman web Pemberi Perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lanjut mengenai penebusan dan penukaran.

  • Tidak. Setiap penerima yang layak hanya dibenarkan membuat satu tebusan bagi setiap nombor IC di bawah program Jaringan Prihatin.

  • Tidak. Subsidi Jaringan Prihatin adalah terikat dengan nombor IC penerima individu tersebut dan oleh itu tidak boleh dipindahkan kepada pihak ketiga.

  • Tidak, subsidi tersebut tidak boleh dikeluarkan sebagai wang tunai.

  • Anda tidak wajib menggunakan subsidi. Namun, untuk terus menikmati subsidi sehingga September 2022 (RM15 x 12 bulan), anda mesti menggunakan pas RM15 sekurang-kurangnya sekali menjelang September 2021.

Ingin dapatkan subsidi Jaringan Prihatin sehingga RM300 menerusi Maxis?

Soalan lazim hanya untuk tujuan penjelasan sahaja. Soalan lazim mungkin akan digubah dari semasa ke semasa. Sila rujuk Terma Penggunaan and Terma & Syarat produk dan/atau perkhidmatan untuk lebih maklumat lanjut.

Nak bercakap dengan kami?

Dapatkan jawapan anda daripada soalan lazim kami atau hubungi Khidmat Pelanggan Maxis menerusi saluran ini