EN
|
MS

Perbezaan kitalah
kekuatan yang paling teguh

Semakin dalam kita mengenali diri, semakin jelas bahawa perbezaanlah yang mengukuhkan perjalanan kita.

Di sebalik perbezaan itu, terwujud kekuatan dan harapan hingga menjadi satu ikatan yang erat.

Walaupun kisah kita berbeza, impian kita terus menyala, melakar kegemilangan untuk Malaysia.

Sempena Hari Kebangsaan,
marilah kita menyelami kepelbagaian asal-usul rakyat Malaysia yang menjadikan kita semua #100PeratusMalaysia.

Kenali 100% rakyat Malaysia Kami

Tunjukkan sokongan anda pada profil Facebook anda bahawa anda juga 100% rakyat Malaysia.
avatar

Datin Paduka
Marina Mahathir

Penulis & Aktivis

Marina Mahathir adalah seorang penulis dan pejuang hak asasi manusia, terutamanya golongan yang tertindas... Baca lebih

Semangat menegakkan keadilan yang tersemat dalam diri membakar semangat untuk berjuang bagi pihak kaum wanita, golongan muda, pekerja asing, pelarian dan minoriti seksual.

Setelah lebih daripada dua dekad menulis kolum, Marina kini ingin menulis satu buku tentang Malaysia dan kepelbagaian rakyatnya.

avatar

Deborah Priya Henry

Miss Universe Malaysia 2011 & Pembela Hak Kanak-kanak

Sejak beliau memenangi anugerah berprestij pada tahun 2011, kerjaya Deborah Henry di dalam dunia hiburan telah melonjak naik...  Baca lebih

Tetapi bukan kemasyuran sahaja yang dikecapi. Beliau juga dikenali dengan kerja-kerja kemanusiaan dan pengasas School Fugee, satu organisasi tanpa untung yang memperjuangkan hak pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak pelarian.

Pada tahun 2013, beliau dimasukkan ke dalam senarai dermawan terkenal Forbes.

avatar

Dato’ Chef Wan

Duta Makanan Tourism Malaysia

Terkenal dengan rancangan masakan di kaca TV, pakar kulinari ini telah menyebarkan rasa cintanya makanan tempatan selama lebih dua dekad... Baca lebih

Semangat membara terhadap makanan adalah beliau mempunyai ramai peminat dan disegani oleh chef selebriti seluruh Asia.

Beliau juga adalah penulis untuk beberapa judul buku masakan popular dan juga pernah memenangi anugerah chef televisyen berbahasa Inggeris terbaik di Gourmand Awards di Paris.

avatar

Douglas Lim

Pelakon & Pelawak Terkemuka

Kerjaya Douglas sebagai seorang pelawak mula berkembang apabila beliau menubuhkan Malaysian Association of Chinese Comedians. Tiket persembahan mereka laku terjual di seluruh Malaysia dan Singapura... Baca lebih

Beliau menempa nama di peringkat antarabangsa pada tahun 2017, apabila membuat persembahan di acara berprestij Melbourne International Comedy Festival (MICF) dalam kategori Comedy Asia Zone dan persembahan solo “This is Nice”.

Pada tahun 2018, Douglas membuat kemunculan “Off Broadway” yang pertama di The Public Theatre, New York. Beliau memegang watak utama di dalam Thicker Than Water dan mendapat pujian tinggi.

avatar

Tiara Jacquelina

Ikon Persembahan Seni Malaysia

Pengarah, penerbit dan pendidik seni yang banyak merangkul anugerah ini juga adalah “Chief Dream Maker” untuk Enfiniti (M) Sdn Bhd... Baca lebih

Di bawah naungannya, Enfiniti telah menjadi satu institusi kreatif di sebalik beberapa produksi musikal paling ikonik di Malaysia seperti “Puteri Gunung Ledang”, “OlaBola The Musical” dan “MUD: The Story Of Kuala Lumpur”.

Pada tahun 2011, beliau menubuhkan Enfiniti Academy of Musical Theatre and Entertainment Arts, yang memberikan latihan persembahan seni dan juga latihan korporat berasaskan drama dan pembinaan pasukan.

Beliau juga menceburi bidang hospitaliti pada tahun 2018, dengan membuka Tiarasa Escapes di Janda Baik - yang telah menjadi pencetus trend Glamping di dalam Malaysia.

avatar

Farah Ann Abdul Hadi

Pemenang Pingat Emas Gimnastik Sukan SEA

Kejayaan sensasi menjuarai pingat emas Sukan Sea Ke-28 di Singapura telah menjadikan beliau sebagai ratu gimnastik Malaysia...  Baca lebih

Karier gimnastik telah berkembang mekar sejak itu, dan baru-baru ini beliau berjaya memenangi satu lagi pingat emas di Ukraine International Cup 2019.

Beliau juga adalah seorang daripada lima penerima anugerah Ahli Kegemilangan Sukan Selangor (A.K.S), diberikan oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah.

avatar

Datuk Santokh Singh

Lagenda Bola Sepak Kebangsaan

Diberi jolokan ‘Ironman’ oleh rakan sepasukan, beliau bermain di samping pemain bola sepak terkenal seperti Mokhtar Dahari dan Soh Chin Aun pada zaman kegemilangan bola sepak Malaysia... Baca lebih

Dengan Malaysia, beliau berjaya memenangi tiga kejuaraan Pesta Bola Merdeka pada tahun 1973, 1974 dan 1976.

Pencapaian terbesar beliau adalah kemenangan ikonik perlawanan kelayakan Olimpik 1980 di Stadium Merdeka, di mana pasukan kebangsaan berjaya menewaskan Korea Selatan.

Inspirasi kisah kami

Ketahui daripada Tai Kam Leong, Ketua Jenama & Perkongsian (Maxis) bersama Maurice Noone,
Pengarah Filem (Think Tank) tentang bagaimana tercetusnya filem ini.

Selamat Hari Kebangsaan
dari kami semua di Maxis

Semua keputusan DNA dijalankan oleh EasyDNA Malaysia