Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis memperkenalkan pelan 5G Home WiFi baharu untuk WiFi 5G segera di kediaman

Photo 1 - 5G Home WiFi Plans
  • Aksesibiliti 5G tanpa had untuk kediaman di seluruh negara
  • Kemudahan ‘plug and play’ tanpa pemasangan rumit
  • Pelan-pelan 5G Home WiFi bermula daripada RM69

Maxis telah memperkenalkan pelan-pelan 5G Home WiFi serba baharu yang menyediakan aksesibiliti 5G tanpa had untuk kediaman di seluruh negara. Pelan-pelan baharu ini menyediakan kelajuan mirip fibre di rumah secara wayarles tanpa kerumitan penggerudian atau pemasangan. Bermula daripada kadar yang berpatutan sebanyak RM69, pelanggan kini boleh ‘plug dan play’ untuk menikmati WiFi 5G segera di mana-mana jua.

quote

“Kami berasa sukacita atas pengenalan pelan-pelan baharu 5G Home WiFi kami, membolehkan pelanggan untuk ‘plug and play’ bagi menikmati 5G dengan lebih nilai tanpa kerisauan. Pelanggan kini boleh menstrim video, melayari internet, bekerja dan juga bermain permainan dalam talian dari rumah dengan ketersambungan yang boleh dipercayai di mana-mana jua merentas rangkaian Maxis di seluruh negara. Dengan kemudahan ‘plug and play’, pengguna boleh segera menikmati WiFi 5G di kediaman,” - Arjun Varma, Ketua Pengguna Maxis di Maxis

Photo 2 - 5G Home WiFi Plans Price Table

Pelanggan mempunyai tiga pilihan, iaitu: Maxis 5G Home WiFi 69, Maxis 5G Home WiFi 99 dan Maxis 5G Home WiFi 139. Dengan pilihan pelan Maxis 5G Home WiFi 99 dan juga 139, pelanggan Maxis boleh segera menikmati data 5G tanpa had dan kelajuan 5G, dengan penghala 5G percuma yang terbaik dalam kelasnya. Penghala premium ini boleh didapati secara opsyenal melalui kontrak bertempoh 24 bulan dan boleh disambungkan kepada sebanyak 30 peranti serentak. Sebagai alternatif, pelanggan Maxis juga boleh memilih untuk menggunakan pelan SIM sahaja, bermula daripada RM69.

Berikut adalah info keseluruhan pelan Maxis 5G Home WiFi:

  Maxis 5G Home WiFi 69 Maxis 5G Home WiFi 99 Maxis 5G Home WiFi 139
Quota Quota 5G 5G tanpa had 5G tanpa had
Kelajuan Tanpa had Sehingga 100Mbps Tanpa had
5G 120GB 5G 5G tanpa had 5G tanpa had
Kontrak/Peranti Tiada kontrak Penghala 5G premium pilihan yang percuma
dengan kontrak 24 bulan
Penghala 5G premium pilihan yang percuma
dengan kontrak 24 bulan

Pas Data pilihan tambahan ditawarkan pada harga RM15 untuk 10GB (4G/5G) dan adalah sah untuk tempoh 30 hari. Kesemua pelan di atas juga menyediakan data sandaran 4G tambahan sebanyak 30GB.

Pengguna semasa Maxis Home WiFi yang berminat untuk menikmati pengalaman 5G boleh menaik taraf pakej mereka melalui aplikasi Maxis atau menghubungi talian 123.

Untuk info lebih lanjut tentang pelan baharu Maxis 5G Home WiFi, sila layari www.maxis.com.my.

Archives
Tags