#MYBaikHati | Sumbang peranti kepada keluarga B40! Baca di

Sumbang peranti kempen #MYBaikHati! Baca di

sini.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

Future of 5G


Apakah itu 5G? Manfaat apakah yang boleh diberikan yang tidak kita nikmati sekarang?

Maksud 5G ialah generasi kelima komunikasi mudah alih standard, yang menjangkaui teknologi 4G sebelumnya. Inilah manfaatnya.

  • 10x kelajuan lebih pantas berbanding kelajuan 4G sedia ada, dan dengan kelajuan gigabit bagi aplikasi seperti akses tanpa wayar.
  • Kependaman rendah dengan respon hamper sama masa sebenar dan hampir tiada kelewatan.
  • Berkemampuan untuk menyokong berjuta peranti berhubung dalam satu masa. Internet Pelbagai Benda kini menjadi realiti. Akhirnya, kini kita mampu melihat lebih banyak kewujudan aplikasi pertanian pintar, pemeteran utiliti pintar dan bandar pintar.
  • Aplikasi dalam talian yang sensitif dengan masa sebenar. Sebagai contoh, penggunaan maklum balas haptic dan robotik, doktor akan mampu melakukan pembedahan secara kawalan jauh biarpun berada beratus kilometer jaraknya.

 

Apakah yang menjadikan Maxis rangkaian sedia 5G hari ini?

Apabila permintaan internet di Malaysia semakin meningkat dan negara sudah sedia untk 5G, Maxis telah mempermodenkan rangkaian melalui kecerdasan buatan dan automasi bagi menyediakan keperluan masa hadapan disamping memastikan pengalaman internet yang optimum untuk pelanggan kami hari ini.
Sementara masih menunggu pembahagian peruntukan spektrum di Malaysia, kami telah pun mula menyediakan infrastruktur rangkaian sedia 5G di beberapa lokasi dengan cara berikut:

  1. Maxis memiliki tapak fiber optik terluas ke stesen pangkalan mudah alih sebagai persediaan awal beralih ke pelan 5G.
  2. Rangkain IP Generasi Seterus kami memastikan teras dan angkut balik bersedia untuk menyokong kelajuan 5G, ketahanan dan kependaman.
  3. Maxis merupakan pengendali yang pertama menyediakan perkhidmatan komersil NB-IOT di Malaysia – teknologi seakan 5G, yang membolehkan perniagaan hari ini untuk berkembang dengan kemudahan mengakses data termaju untuk penilaian yang mampu membantu mengurangkan kos, lebih efisyen dan membuka peluang kepada perniagaan baharu.

 

Bilakah jangkaan 5G boleh didapati di Malaysia? Perlukah saya menukar peranti/kad SIM untuk menikmati sambungan 5G ini?

Pelan sedia 5G dijangka akan dilancarkan bermula pada 2021 bergantung kepada dua sebab utama:

  1. Spektrum untuk penggunaan 5G belum lagi disahkan oleh pihak berkuasa.
  2. Tidak semua peranti Serasi-5G.

Kami akan memastikan peranti/kad SIM yang serasi dan boleh didapati ketika kami melancarkan Rangkaian 5G kami.


 

The FAQ’s are meant for clarification purposes only. The FAQ’s may be modified from time to time.
Please refer Terms of Use and Terms & Conditions of the products and/or services for more information.

 

Need help?

Find answers from our FAQ or contact Maxis Customer Service via these channels.

Chat with Us

WhatsApp us for assistance.

Call Us

We're only a phone call away.

@MaxisListens

Send us a tweet and we'll get back to you.

Find a store

Walk into a Maxis Store near you for help.