Atas arahan PKP, beberapa kedai Maxis kami ditutup. Klik sini untuk cari kedai berdekatan anda. 

Nak pergi kedai Maxis? Klik sini untuk kedai terdekat.

Aktifkan Maxis VoLTE untuk kualiti panggilan sebenar! Untuk maklumat terperinci, klik di

Kualiti panggilan sebenar dengan VoLTE! Klik di

sini.

PERCUMA Penebusan 1GB

Duduk di Rumah, Kekal Berhubung.

Industri telekomunikasi amat komited dalam memperkasakan rakyat dan anak-anak muda Malaysia untuk kekal berhubung dalam norma baharu dengan sumber produktiviti dan pendidikan dalam masa yang sama tetap berada di rumah bersama tersayang. Oleh itu, kami dengan sukacita memaklumkan bahawa Internet harian 1GB PERCUMA kini boleh ditebus secara 24 jam setiap hari. Anda boleh menggunakan data percuma ini untuk pembelajaran dan alat produktiviti serta keperluan carian internet, kecuali media sosial, penstriman video, gaming dan penstriman muzik. Internet harian percuma ini adalah data tambahan yang diberikan kepada anda di samping data sedia ada yang diperuntukkan dalam pelan individu anda. Ini adalah gabungan inisiatif daripada pelbagai industri yang diumumkan sebagai sebahagian daripada Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia.

Tawaran ini akan tersedia untuk semua pelanggan aktif kami mulai 3 Julai hingga 31 Disember 2021. Pas boleh ditebus setiap hari pada bila-bila masa dan sah digunakan selama 24 jam (terdahulu hanya sah dari jam 8 pagi hingga 6 petang) menerusi aplikasi Maxis, Hotlink, Hotlink Postpaid dan Maxis Business.

Selain itu, akses ke aplikasi kerajaan termasuk MySejahtera dan MyTrace, laman web kerajaan dan semua panggilan ke Kementerian Kesihatan dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis akan terus dijadikan percuma.

  • 1GB data percuma untuk semua pengguna Maxis, Hotlink Pascabayar, Hotlink Prabayar dan Maxis Business

Tidak boleh digunakan untuk strim video, laman media sosial dan/atau gaming. Sila rujuk
Soalan Lazim kami untuk info lanjut.

hotlink-logo
  • Tebus internet percuma dengan Hotlink Rewards, hanya di aplikasi Hotlink.

Hubungi Talian Bantuan 123 kami atau 1-800-82-1123


Maxis mempersembahkan ‘Make It Through’,

sebuah karya lagu kolaborasi bersama Faizal Tahir, Zee Avi dan 10 lagi artis tempatan untuk mencetus inspirasi kepada rakyat Malaysia supaya kekal positif dalam masa mencabar ini.
Tonton muzik video sekarang & tunjukkan sokongan padu anda untuk masa depan lebih cerah.

Tonton video muzik 'Make It Through'
rakyat Malaysia:

Terima kasih atas sokongan anda dalam inisiatif #KitaSapotKita. Ayuh kekalkan semangat positif dan kongsikan versi video berlirik ‘Make It Through’ yang menampilkan rakyat Malaysia, untuk Malaysia.

Ajak rakan dan keluarga anda untuk tunjukkan sokongan mereka. Kongsi halaman ini.


Seramai 611,224 orang

telah tunjukkan sokongan mereka!

Tunjukkan sokongan anda sekarang & kekal sedia maklum tentang inisiatif kami. Ribuan terima kasih atas penyertaan anda.


Tontonan dan perkongsian video anda boleh membawa perubahan.

Berikan sumbangan dengan menonton, kongsi, dengar dan membeli lagu dan Caller Ringtones 'Make It Through'. Semakin kerap anda dengar lagu ini, semakin banyak wang dijana. Semua derma akan disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara Malaysia.

CALLER
RINGTONE

Untuk pengguna Maxis dan Hotlink sahaja
Dial *131*657086#
RM3/bln untuk langganan pertama


Saksikan inisiatif #KitaSapotKita yang lain

Kekal Berhibur dengan aksi terbaik Malaysia

Klik sini untuk lihat senarai penuh video

Kekal dalam perniagaan dengan formula daripada PKS



Muat turun aplikasi kami untuk menebus data 1GB PERCUMA anda:

Soalan Lazim

Adakah tawaran baharu 1GB Harian Internet Produktiviti ini tawaran percuma?
Ya. Memandangkan ramai rakyat Malaysia masih terus bekerja dan belajar dari rumah, penyedia perkhidmatan mudah alih iaitu Celcom Axiata Berhad (“Celcom”), Digi Telecommunications Sdn Bhd ("Digi”), Maxis Berhad (“Maxis”), U Mobile Sdn Bhd (‘U Mobile”) dan unifi mobile akan terus menyokong keperluan kerja dan pembelajaran rakyat Malaysia yang selaras dengan rancangan pemulihan jangka pendek yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Tawaran ini membolehkan akses kepada pelbagai perkhidmatan yang berkaitan dengan produktiviti dan maklumat terkini.

Bolehkah 1GB Harian Internet Produktiviti digunakan sepanjang hari?
Ya. Bagi meneruskan sokongan terhadap perkhidmatan berkaitan produktiviti, pembekal perkhidmatan dengan kerjasama SKMM telah memutuskan untuk melanjutkan tawaran 1GB Harian Internet Produktiviti percuma kepada 24 jam dan bukannya terhad dari jam 8 pagi hingga 6 petang sahaja.

Bilakah 1GB Harian Internet Produktiviti percuma akan mula ditawarkan untuk tempoh 24 jam?
Pelanggan yang aktif dapat menikmatinya mulai 1 Julai 2020 sehingga 31 Disember 2021, bergantung pada ketersediaan teknikal penyedia perkhidmatan masing-masing.

Siapakah yang dapat menikmati 1GB Harian Internet Produktiviti percuma ini? 
Semua pelanggan pascabayar dan prabayar aktif Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan unifi mobile akan dapat menikmati tawaran ini daripada pembekal perkhidmatan masing masing, melainkan mereka yang melanggan pelan data tanpa had, pelan fiber dan tanpa wayar di rumah. Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk menyemak kelayakan mereka untuk mendapatkan tawaran ini.

Berapa banyak data yang dapat ditebus oleh pelanggan?
Pelanggan boleh menebus sehingga 30GB data percuma setiap bulan (1GB setiap hari), tertakluk kepada proses penebusan yang ditetapkan oleh pembekal perkhidmatan masing-masing. Pas 1GB Harian Internet Produktiviri percuma ini ditawarkan kepada pelanggan sebagai tambahan kuota data sedia ada. Sebagai contoh, bagi pelanggan yang telah melanggan untuk pakej bulanan 30GB data, pelanggan tersebut akan mendapat 1GB tambahan setiap hari tanpa sebarang bayaran.

Berapa lama pelanggan dapat menikmati tawaran percuma 1GB Internet Produktiviti?
Tawaran ini boleh ditebus sehingga 31 Disember 2021.

Bagaimanakah cara menebus tawaran 1GB Harian Internet Produktiviti percuma ini?
Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lanjut. Sila lihat pautan laman web bagi pembekal perkhidmatan yang terlibat dibawah:

Adakah penebusan 1GB Harian Internet Produktiviti percuma ini perlu dibuat sekali sahaja ataupun setiap hari?
Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lanjut.

Data kuota manakah yang akan digunapakai terlebih dahulu? 1GB Harian Internet Produktiviti percuma ataupun pelan langganan sedia ada?

  • Penggunaan Internet anda (tidak termasuk di laman web dan aplikasi yang tidak dilindungi oleh pas) akan ditolak dari 1GB harian data percuma.
  • Setelah kuota 1GB Harian Internet Produktiviti anda habis digunakan, sebarang penggunaan data akan diambil dari pas Internet Mudah Alih yang sah.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai pas Internet Mudah Alih atau Internet asas PERCUMA, sebarang penggunaan internet anda akan menggunakan Bayaran Setiap Penggunaan.
  • Tertakluk kepada semua pelan Maxis & Hotlink.

Apakah yang akan terjadi sekiranya 1GB Harian Internet Produktiviti percuma tidak habis digunakan selepas 24 jam?
Data yang tidak habis digunakan pada hari tersebut tidak boleh dibawa ke hari yang berikutnya.

Apakah aplikasi/perkhidmatan/lawan web berkaitan maklumat yang boleh dilayari secara percuma?
Pembekal perkhidmatan juga akan terus menawarkan akses secara percuma dan tanpa had ke pelbagai aplikasi dan perkhidmatan berkaitan maklumat bagi memastikan rakyat Malaysia mendapat maklumat terkini mengenai COVID-19.

Pelanggan boleh terus menikmati akses percuma tanpa had untuk aplikasi dan perkhidmatan untuk jangka masa yang sama: Aplikasi Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace, laman kesihatan dan berita seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO); dan panggilan percuma ke talian Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC).

Sila rujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan senarai penuh akses percuma yang ditawarkan.

 

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan akses kepada perkhidmatan yang tidak berkaitan dengan produktiviti?
Pelanggan yang ingin mengakses video, media sosial, gaming dan muzik boleh berbuat demikian menggunakan langganan pelan data sedia ada. Pelanggan boleh merujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai pelan data yang ditawarkan.

Adakah terdapat pakej mampu milik untuk golongan berpendapatan B40?
Pembekal perkhidmatan juga menawarkan pelbagai pakej mampu milik untuk pelanggan membuat pilihan termasuk pelan data tanpa had sekiranya pakej 1GB Harian Internet Produktiviti ini tidak mencukupi. Sila rujuk kepada pembekal perkhidmatan masing-masing untuk mendapatkan butiran lanjut mengenai ketersediaan pakej tersebut.

Apakah butiran lanjut mengenai tawaran Percuma 1GB Harian Internet Produktiviti?
Maxis mengetahui betapa pentingnya kesalinghubungan dalam rangkaian, dan kami bersedia membantu pelanggan untuk kekal berhubung. Kami akan menawarkan 30GB sebulan percuma (1GB data setiap hari) dengan penggunaan selama 24 jam, mulai 3 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021.

Adakah pas 1GB masih tersedia untuk ditebus?
Ya, ianya boleh didapati lagi untuk penebusan mulai 3 Julai 2020 hingga 31 Disember 2021.

Apakah yang boleh digunakan dengan 1GB Harian Internet Produktiviti baharu percuma ini?
Data percuma 1GB baharu dapat digunakan untuk pembelajaran dan alat produktiviti serta kebanyakan keperluan penyemakan imbas kecuali media sosial, penstriman video, gaming dan penstriman muzik.

Berapa banyak data yang dapat saya tebus?
Anda boleh menebus sehingga 30GB data setiap bulan (1GB setiap hari) secara percuma. Pas 1GB Harian Internet Produktiviri percuma ini ditawarkan kepada pelanggan sebagai tambahan kuota data sedia ada. Sebagai contoh, bagi pelanggan yang telah melanggan untuk pakej bulanan 30GB data, pelanggan tersebut akan mendapat 1GB tambahan setiap hari tanpa sebarang bayaran.

Bolehkah saya menggunakan pas harian ini sepanjang hari?
Ya, pas 1GB Harian Internet Produktiviti percuma baharu boleh ditebus pada bila-bila masa dan boleh digunakan sepanjang hari.
Untuk Pascabayar Hotlink dan Maxis: Setiap pas akan tamat pada jam 11:59 malam pada hari yang sama.
Untuk Prabayar Hotlink: Setiap pas sah selama 24 jam bermula dari waktu penebusan. Sebagai contoh, jika anda menebus pas pada jam 11:00 pagi, pas tersebut akan sah sehingga jam 10:59 pagi pada hari yang berikutnya. 

Apakah yang terjadi kepada data yang tidak digunakan setelah tempoh penebusan 24 jam tamat?
Sebarang data yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke kitaran penebusan seterusnya. Sila tebus pas lain jika anda ingin terus menggunakan lebih banyak data percuma.

Apakah laman web yang boleh saya layari secara percuma?
Selain daripada pas 1GB PERCUMA, akses percuma 24 jam akan diberikan secara automatik ke laman web pendidikan yang terpilih, laman web Kementerian Kesihatan, panggilan ke CRPC dan aplikasi kerajaan lain termasuk:

  • eKelas
  • MySejahtera
  • MyTrace
  • Gerak Malaysia

Hal ini untuk memastikan bahawa semua rakyat Malaysia dapat mengakses alat dan portal maklumat kritikal tanpa memberikan tekanan pada pakej data semasa mereka dari 10 Jun 2020.

Senarai penuh portal dengan akses percuma 24/7 adalah:

Laman media sosial, penstriman video, gaming/permainan dalam talian dan penstriman muzik yang mana tidak termasuk dalam akses percuma atau pas 1GB Setiap Hari?

Laman media sosial, penstriman video, gaming dan penstriman muzik tidak termasuk dalam akses percuma atau pas 1GB Setiap Hari. Maklumat lengkap laman web ini disertakan dalam lampiran dan boleh berubah.

Klik di sini untuk membaca terma dan syarat penuh.

Apa itu #KitaSapotKita?
#KitaSapotKita adalah inisiatif Maxis untuk menggalakkan rakyat Malaysia menyokong satu sama lain dalam masa mencabar ini.
#KitaSapotKita memberi fokus kepada dua aspek:

  1. Mengajak rakyat Malaysia menyokong satu sama lain untuk kekal tabah, dan
  2. Perniagaan yang sedang mengalami kesukaran.

Inisiatif ini dibuat dengan kolaborasi bersama gabungan artis sehati sejiwa, pemimpin berpengaruh, rakan industri dan pemilik perniagaan.

Bagaimana saya boleh tunjukkan sokongan?

Anda boleh menyokong dengan pelbagai cara!

  1. Setiap tontonan adalah penting! Tonton video muzik 'Make It Through' secara percuma di maxis.com.my/kitasapotkita atau https://youtu.be/8eiChncXeEs dan kongsikannya dengan rakan dan keluarga anda, dan suruh mereka tonton juga. Semakin banyak paparan, semakin banyak hasil Adsense akan diterima untuk didermakan kepada Yayasan Kebajikan Negara Malaysia.

  2. Langganan anda sangat bermakna!Langgani Caller Ringtone 'Make It Through' untuk talian mudah alih Maxis atau Hotlink anda. 100% yuran langganan anda akan didermakan pada Yayasan Kebajikan Negara Malaysia.

  3. Tunjukkan sokongan anda! Anda juga boleh menyokong dengan menunjukkan sokongan padu anda di maxis.com.my/kitasapotkita. Isikan maklumat anda (nama penuh dan alamat e-mel anda) untuk kekal sedia maklum dalam perjalanan kami.

Apa yang anda akan lakukan dengan alamat e-mel saya?
Privasi anda adalah amat penting bagi kami. Maklumat peribadi anda hanya akan digunakan untuk tujuan berkaitan kempen ini sahaja. Dengan menghantar maklumat anda, anda bersetuju untuk terikat dengan Penyataan Privasi Kumpulan Maxis yang boleh ditemui di www.maxis.com.my/pdpa or www.hotlink.com.my/pdpa.

Bagaimana saya boleh muat turun Caller Ringtone ‘Make It Through’?
Untuk talian Maxis atau Hotlink, dail 131*657086# untuk melanggan Caller Ringtone 'Make It Through'. Yuran langganan bulanan sebanyak RM3 akan dikenakan. Untuk menghentikan langganan, sila rujuk https://www.musicunlimited.com.my/MaxisMU/?r=faq/index.

Di mana saya boleh mencari maklumat lanjut mengenai Yayasan Kebajikan Negara Malaysia?
Anda boleh layari https://yknm.org/?lang=en untuk maklumat lanjut.

Klik di sini untuk membaca terma dan syarat penuh.

Apakah HotlinkMU?
HotlinkMU adalah tawaran peribadi yang dibuat untuk keperluan anda, dicipta setiap hari hanya untuk anda.

Siapakah yang boleh mendapatkan tawaran HotlinkMU?
Tawaran ini tersedia untuk semua pelanggan Hotlink, tidak termasuk SIM Hotlink Tourist dan Hotlink Postpaid Flex.

Dimanakah saya boleh mendapatkan tawaran HotlinkMU?
Anda boleh mendapatkan tawaran ini dengan hanya log masuk ke aplikasi Hotlink RED, dan beli di bahagian 'HotlinkMU'.

Apakah jenis tawaran yang akan saya dapat?
Tawaran baharu peribadi akan diperbaharui setiap hari berdasarkan keperluan penggunaan anda. Jenis tawaran termasuk Internet, Panggilan, Pakej IDD, Tambah Nilai dan juga pas PERCUMA untuk hari bertuah anda! Pastikan anda menyemak semula tawaran HotlinkMU setiap hari agar tidak terlepas tawaran hebat anda!

Saya ditawarkan ke 2 tawaran tambah nilai hari ini. Bolehkah saya menerima kesemua tawaran?
Anda hanya boleh menerima 1 tawaran setiap hari. Walau bagaimanapun, anda boleh log masuk ke aplikasi RED dan menerima tawaran baharu untuk hari berikutnya!

Klik di sini untuk membaca terma dan syarat penuh.

Berapa lama kempen tawaran percubaan percuma selama 2 bulan ini tersedia?
Tawaran percubaan ini tersedia oleh kerana peningkatan keperluan pekerja-pekerja untuk bekerja dari rumah yang disebabkan situasi COVID-19.

Adakah tawaran percubaan percuma ini terikat dengan kontrak?
Tidak, tiada kontrak yang terikat.

Apakah prasyarat untuk mendaftar aplikasi Voice Connect?

  • Anda mesti mempunyai perkhidmatan ONEBusiness Voice Connect dengan ONEBusiness Fibre (5 talian, 9 talian atau lebih). Talian Tunggal Voice Connect Tanpa Had yang dipakejkan dengan Business Fibre adalah tidak layak.
  • Talian Voice Connect yang kini dibayar sebanyak RM25/talian/bulan (bukan pakej lama BVE).
  • Untuk menggunakan aplikasi, pelanggan mesti menggunakan talian mudah alih pascabayar Maxis.


Bolehkah saya melanggan sekiranya saya pelanggan Voice Connect sedia ada?
Ya, anda boleh. Sila hubungi 1919 dan maklumkan kepada wakil pekerja kami mengenai minat anda untuk melanggan Aplikasi Voice Connect. Anda akan diminta untuk menghantar surat pendaftaran/permohanan.

Bagaimana untuk saya melanggan Aplikasi Voice Connect sekiranya saya pelanggan baharu tanpa perkhidmatan Business Fibre atau Voice Connect sedia ada?
Anda boleh menghubungi 1700-81-8881 atau meninggalkan butiran kenalan anda di laman web dan wakil pekerja Maxis akan menghubungi anda.

Klik di sini untuk membaca terma dan syarat penuh.