Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis memperkenalkan kejohanan Geng Gamer untuk membawa nilai terbaik kepada pemain

Hotlink Geng Gamer
  • Geng Gamer merupakan kedai permainan dalam talian sehenti, dengan pembelian kredit permainan yang berpatutan, promosi permainan ekslusif, kejohanan e-Sukan, dan kandungan permainan terkini.
  • Tiga kejohanan e-Sukan dengan jumlah hadiah terkumpul RM39,800 untuk dimenangi.
  • Maxis komited untuk membawa perkhidmatan konvergen yang inovatif dan relevan kepada rangkaian di Malaysia.

Lebih ramai rakyat Malaysia semakin menerima perkhidmatan digital, terutama sekali aktiviti permainan dan penyiaran. Komited untuk membawa perkhidmatan dan kesalinghubungan konvergen untuk memenuhi gaya hidup digital, Maxis telah melancarkan tiga kejohanan e-Sukan Geng Gamer dengan hadiah menarik.

Geng Gamer ialah kedai permainan dalam talian sehenti yang menawarkan pembelian kredit permainan terkini untuk permainan terkenal pada harga yang paling berpatutan, promosi permainan ekslusif, kejohanan e-Sukan, serta kandungan dan berita permainan terkini. Pemain hanya perlu membuka akaun di Geng Gamer menggunakan nombor telefon Maxis ataupun emel mereka.

“Dengan populariti e-Sukan, kami teruja untuk membolehkan pemain mempamerkan kemahiran mereka melalui persaingan dalam kejohanan dan peluang untuk memenangi hadiah yang menarik. Para pemain boleh menikmati nilai terbaik dan mendapat kemudahan membeli serta memuat semula kredit permainan pada satu bil. 8,000 pengguna Hotlink pertama yang mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan Geng Gamer dari sekarang hingga 31 Disember akan menerima 300GC dengan percuma sebagai ganjaran sekali. Oleh itu, kami amat menggalakkan mereka untuk menyertai kejohanan ini,” kata Rabiras Rajakrishnan, Ketua Pengguna Hotlink, Maxis.

Tiga kejohanan e-Sukan Geng Gamer yang baharu ini mempunyai jumlah hadiah terkumpul RM39,800 untuk semua pemain:

  • Pemain Mobile Legends boleh menyertai 2 kejohanan, iaitu Hotlink Friday Scrims di mana sehingga 64 pasukan bersaing untuk hadiah mingguan sebanyak RM2,400 dalam bentuk Geng Coin, iaitu Mata Wang Maya Geng Gamer.
  • Kejohanan MLBB Hotlink 2022 turut terbuka kepada 1024 pasukan dengan jumlah wang tunai RM20,000.
  • Pemain PUBG Mobile boleh menyertai kejohanan solo, Hotlink Battle Royale, di mana mereka bertanding dengan sehingga 320 pemain untuk memenangi hadiah mingguan Geng Coin sebanyak RM600.

Pengguna Geng Gamer yang sedia ada juga boleh merebut sehingga 10 juta Geng Coin apabila mereka membeli kredit permainan terpilih di Geng Gamer dari 10 November hingga 30 November. Pengguna akan menerima Geng Coin dalam bentuk 10% pulangan tunai dan boleh membelanjakan pulangan tunai tersebut untuk pembelian pada masa depan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Geng Gamer, lawati https://genggamer.gg/home.

Archives
Tags