Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Calon senarai pendek Maxis IoT Challenge diberi peluang untuk membentangkan prototaip Penyelesaian Pintar

 

Maxis IoT Challenge (The Challenge) yang dilancarkan pada bulan Mei tahun ini, telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada penyertaan orang awam  berikutan jelajah yang diadakan di Pulau Pinang, Kuching dan Kuala Lumpur sepanjang bulan Jun. Pertandingan ini merupakan sebuah kerjasama bersama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) untuk menggalakkan pembangunan ekosistem bagi penyelesaian IoT dalam semua syarikat untuk merangsang ekonomi digital Malaysia. Ia merupakan inisiatif pertama bersama MDEC yang dilakukan oleh Maxis untuk memupuk sifat inovasi dalam masyarakat Malaysia.

20 calon pemenang telah dipilih, iaitu peserta-peserta yang mempunyai minda kreatif dan mempunyai minat yang mendalam dalam penyelesaian IoT, dan mereka akan dijemput untuk menyertai sebuah bengkel teknikal, di mana mereka akan diberi sebuah kit IoT Challenge untuk mencipta prototaip mereka.

Kategori-kategori yang telah disenarai pendek adalah:

  • Bandar Pintar : 9 calon
    • Pemantauan dan pengurusan trafik
    • Menyelamatkan nyawa dengan sistem respons kecemasan yang dibantu oleh IoT
    • Pengurusan bencana moden

  • Perkilangan Pintar : 4 calon
    • Penyelenggaraan ramalan dan pemantauan keadaan
    • Pemantauan aset untuk pengurusan logistik
  • Perkilangan Pintar : 7 calon
    • Pemantauan produktiviti pekerja ladang dan penuai 
    • Pemantauan jentera berat
    • Pertanian berasaskan ketepatan pengesanan hasil

“Apabila kami memperkenalkan Maxis IoT Challenge, kami teruja untuk melihat apakah idea-idea menarik yang dapat dicetuskan oleh orang ramai. Ia merupakan sebuah platform hebat untuk bakat baru mengetengahkan cara baru untuk menyelesaikan masalah perniagaan dalam kehidupan sebenar dengan menggunakan penyelesaian pintar, terutamanya dalam NB-IoT – sama ada ia digunakan untuk membuat bandar-bandar lebih selamat, meningkatkan kecekapan hasil bagi ladang-ladang, atau memperbaiki proses perkilangan – kerana terdapat banyak peluang yang boleh diterokai dengan menggunakan teknologi ini. Di Maxis, kami komited untuk membentuk dan melonjakkan manfaat penggunaan IoT dalam semua perniagaan di Malaysia, dan memperjuangkan inisiatif Industri 4.0 di Malaysia, selaras dengan agenda digital ekonomi kerajaan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang telah menghantar idea-idea mereka, dan juga mengucapkan tahniah kepada calon yang telah dipilih. Semoga mereka berjaya dalam pusingan akhir pertandingan ini. Idea-idea inovatif mereka boleh mencetuskan perubahan positif dan meningkatkan kualiti hidup bagi semua komuniti di Malaysia pada masa hadapan,” kata Paul McManus, Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis.

Tema pertandingan tersebut adalah “Inovasi Masa Depan Kita”, di mana orang awam telah dijemput untuk meneroka potensi NB-IoT bagi menyelesaikan masalah perniagaan sebenar dalam kategori Bandar Pintar, Perkilangan Pintar dan Pertanian Pintar. Ia menawarkan hadiah wang tunai yang bernilai sebanyak RM15,000, RM10,000 and RM5,000 kepada pemenang pertama, kedua dan ketiga. Selain itu, para pemenang mempunyai peluang untuk mendapat pembiayaan modal sehingga RM100,000 dan juga sokongan mentor bagi idea yang berpotensi. 

Pusingan akhir akan diadakan pada bulan Ogos, di mana calon akhir akan mempersembahkan prototaip mereka kepada panel hakim. Maklumat lanjut tentang pusingan ini akan diumumkan kemudian. 

Sejak beberapa bulan lepas, Maxis telah mengukuhkan dan melonjakkan agenda IoT mereka. Mereka melancarkan perkhidmatan komersial NB-IoT pertama di Malaysia pada bulan April, dengan pengaktifan rangkaian NB-IoT di kawasan terpilih yang wujud di pusat pasaran IoT utama, seperti Cyberjaya, Pulau Pinang, Kuching, Putrajaya, Johor Bahru, dan KLCC. Pelancaran ini telah membuka peluang bagi perniagaan-perniagaan untuk menggunakan aplikasi perindustrian IoT untuk membentuk aliran data baru. Ini membolehkan mereka mengambil tindakan selanjutnya daripada data yang diperolehi, dengan menyambungkan peranti-peranti mudah seperti sensor. Sebagai rakan kongsi pilihan Vodafone di Malaysia, Maxis memanfaatkan kolaborasi mereka dengan platform pasaran utama dan pengalaman global syarikat tersebut, untuk menyediakan teknologi yang telah terbukti di pasaran untuk perniagaan-perniagaan di Malaysia yang ingin menggunakan perkhidmatan NB-IoT dalam operasi mereka.

Archives
Tags