Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Maxis Menawarkan Internet Lebih Pantas Sehingga 100Mbps, Kini Di Sabah Dan Sarawak!

 

Para penduduk Sabah kini boleh menikmati MaxisONE Home Fibre yang dinanti-nantikan, yang menawarkan kelajuan Internet rumah sangat pantas sehingga 100Mbps, data dan panggilan tanpa had, serta pemasangan Wi-Fi profesional. Selain itu, pelanggan yang inginkan pelan Internet menyeluruh bagi rumah dan mudah alih dengan data yang boleh dikongsi, panggilan dan SMS tanpa had, boleh mendaftar untuk MaxisONE 4G Combo.

“Kami teruja melihat betapa ramainya rakyat Malaysia sukakan Internet. Dan kami bangga untuk membawa liputan fiber ke Sabah buat kali pertama dengan Internet dan panggilan tanpa had di rumah. Selain daripada menawarkan pelanggan kelajuan Internet rumah sehingga 100Mbps, pasukan Maxperts kami yang unik akan menyediakan perkhidmatan teknikal untuk membantu mereka menikmati Wi-Fi yang dioptimumkan di rumah,” kata Tai Kam Leong, Ketua Perkhidmatan Bersepadu Maxis.

Arjun Varma, Ketua Pascabayar Maxis, menambah, “Selain daripada fiber berkelajuan tinggi, kini anda boleh menikmati Internet 4G yang pantas sama ada di rumah atau di luar dengan MaxisONE 4G Combo. Penyelesaian menyeluruh dan tanpa bimbang ini memberi jaminan bahawa anda sentiasa terhubung melalui rangkaian 4G terpantas di Malaysia. Oleh kerana penggunaan data di kalangan pelanggan di Sabah dan Sarawak adalah antara yang tertinggi di negara ini, penyelesaian ini pasti akan memenuhi keperluan data mereka.”

Berikut adalah antara tawaran menarik bagi kedua-dua penyelesaian Internet rumah baharu ini:

1. MaxisONE Home Fibre – untuk pelanggan yang inginkan jalur lebar ke rumah yang pantas

Internet berkelajuan tinggi sehingga 100Mbps
Panggilan tanpa had kepada semua talian tetap dan mudah alih
Penstriman video tanpa had di iFlix
Pemasangan Wi-Fi oleh Maxperts
Pelan bermula dari RM139 sebulan

2. MaxisONE 4G Combo – untuk pelanggan yang inginkan Internet 4G di rumah atau di mana sahaja

Perkongsian data sehingga 60GB di rumah dan mudah alih
Tambah hanya RM1 untuk modem rumah atau telefon pintar
Panggilan tanpa had kepada semua talian tetap dan mudah alih
Pelan bermula dari RM148 sebulan
Bukan itu sahaja. Maxis memperluaskan rangkaian penyelesaian ONEBusiness untuk perniagaan di Sabah dengan pelancaran Zero Downtime Business Fibre Internet. Mereka juga boleh menikmati kelajuan sehingga 100Mbps di pejabat, dengan sandaran Internet tanpa wayar. Ini bermakna perniagaan mereka tidak perlu berhenti, memberikan pemilik perniagaan ketenangan fikiran. Tawaran baru ini melengkapkan pelbagai alat perniagaan sambungan, pembayaran, pemasaran dan produktiviti yang ditawarkan oleh Maxis pada masa ini.

Dari segi rangkaian pula, Maxis terus mengukuhkan liputan rangkaiannya di Sabah supaya lebih ramai pelanggan dapat menikmati Internet berkelajuan tinggi di telefon mudah alih dan di rumah. Rangkaian 4G LTE terkemuka Maxis adalah yang terluas di Malaysia dan kini telah mencapai 89% daripada penduduk negara. Di Kota Kinabalu dan Kuching, Maxis mempunyai liputan 4G melebihi 98% dan melebihi 80% di kawasan-kawasan luar bandar. Khususnya di Sabah, rangkaian 4G LTE Maxis kini terdapat di Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu, Keningau, Tawau, Putatan, Semporna, Kota Belud, Papar, Beaufort serta Kudat, Sipitang, Ranau, Kota Marudu dan Kunak.

Bandar-bandar utama dengan liputan fiber termasuk Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Keningau dan Lahad Datu. Liputan fiber akan diperluaskan ke bandar-bandar lain pada masa akan datang. Untuk menyemak ketersediaan liputan fiber, sila lawati kami di http://bit.ly/2bybiux

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penyelesaian Internet rumah Maxis, sila lawati kami di www.maxis.com.my/em.

Archives
Tags