Amaran: Waspada

Amaran: Waspada

Penipuan SMS yang mengaku sebagai Maxis

Diskaun Sehingga 50% Di Lebih 500 Laman Web e-Dagang Untuk Ahli MaxisONE Club

MaxisONE Club, yang kini mempunyai hampir 1 juta ahli dan sedang berkembang, kini menawarkan ahli-ahlinya sehingga 50% tunai kembali (cashback) tambahan, lebih banyak diskaun dan tawaran khas VIP di lebih 500 laman web e-dagang terkemuka.

Kini, lebih 13 juta pengguna rakyat Malaysia sudah pun membeli-belah dalam talian (sumber: Statista). Memandangkan trend ini, Maxis dan berpuluh-puluh rakan kongsi e-dagang bersama-sama mengumumkan kerjasama meliputi lebih 100,000 tawaran dalam talian setiap bulan. Tawaran ini meliputi segalanya bagi para peminat membeli-belah dalam talian - daripada AirAsiaGo ke Zalora, dan juga dari barangan runcit dalam talian ke pakaian renang dan juga TV pintar.

Selain keistimewaan yang sedia ada, ahli MaxisONE Club kini juga mendapat:

Sehingga 50% cashback tambahan sepanjang tahun

  • Ahli MaxisONE Club akan mendapat lebih banyak setiap kali mereka membeli-belah di laman web e-dagang terkemuka melalui ShopBack. Semasa pelancaran, cashback tambahan boleh didapati di 6 laman web utama Malaysia iaitu Lazada, Agoda, Zalora, Booking.com, Groupon dan Fashion Valet.
    Dapatkan cashback melalui lebih 500 laman web e-dagang ShopBack
  • Setiap seorang daripada hampir satu juta ahli MaxisONE Club juga akan menerima cashback sebanyak RM20 apabila mereka mendaftar dengan ShopBack. Cashback boleh diperolehi dari mana-mana sahaja rakan kongsi e-dagang ShopBack, sama ada laman web tempatan atau luar negara - dari Agoda ke Zalora.
  • Tawaran Eksklusif RM1 di LazadaCashback yang dikumpul dalam dompet ShopBack mereka boleh digunakan untuk membayar bil Maxis mereka.
    Tawaran Eksklusif RM1 di Lazada
  • Termasuk TV Samsung 48 inci RM1, PlayStation4s RM1 dan GoPro RM1 semasa jualan Maxis PayDay pada 28 hingga 30 haribulan setiap bulan.
    Diskaun eksklusif sebanyak 15% bagi lebih 100,000 barangan di Lazada
  • Jualan Maxis PayDay pada 28 hingga 30 haribulan setiap bulan.
    Penjimatan bernilai RM20,000 melalui Tawaran Dalam Aplikasi MyMaxis
  • Pelanggan Maxis akan menikmati penjimatan tempat makan, membeli-belah, pelancongan, kesihatan & kecantikan dan hiburan melalui tawaran eksklusif Dalam Aplikasi (In-App) MyMaxis.
  • Antara rakan kongsi baru yang baharu ditambah termasuk IJM Land, Ted Baker, Mandara Spa, Hilton Worldwide, Golf House, Hugo Boss, Cerutti 1881, Bebe, Truefitt & Hill dan banyak lagi.
maxisone club rebate

“Satu dalam dua pengguna rakyat Malaysia kini adalah pembeli dalam talian, dan 66% daripada mereka kini membeli-belah melalui telefon bimbit mereka, lebih tinggi daripada purata global. Memberi ahli-ahli MaxisONE Club kami cashback yang lebih baik dan diskaun di mana sahaja mereka membeli-belah dalam talian - sama ada ia adalah bilik hotel, TV, fesyen atau barangan runcit - merupakan sesuatu yang amat sesuai bagi kami di Maxis. Kami amat berterima kasih kepada semua rakan e-dagang kami yang membantu menjadikan pengalaman membeli-belah baru ini satu kenyataan bagi para pelanggan kami,” kata Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis.

Untuk menyemak status MaxisONE Club mereka, pelanggan hanya perlu memuat turun MyMaxis App dan mereka boleh mula menikmati semua tawaran dalam talian ini dengan serta-merta. Selain manfaat baharu MaxisONE Club ini, Maxis turut mengumumkan manfaat membeli-belah dalam talian lebih baik bagi pelanggan pascabayar Maxis yang lain. Mereka akan menikmati diskaun 10% semasa jualan bulanan Maxis PayDay melalui Lazada dan juga boleh menikmati beratus-ratus tawaran tempat makan, membeli-belah dan gaya hidup melalui MyMaxis App.

mymaxis app check your member status

MyMaxis App mempunyai beratus-ratus tawaran tempat makan, membeli-belah, pelancongan dan tawaran gaya hidup dengan penjimatan lebih RM20,000.https://www.youtube.com/watch?v=nbtDCPvRhAQ.

“ShopBack gembira untuk bekerjasama dengan Maxis untuk memberi lebih banyak cashback dan menyediakan perkhidmatan nilai tambah kepada pelanggan kami. Ia adalah satu kerjasama yang amat baik yang disokong oleh cita-cita bersama untuk membolehkan gaya hidup digital yang lebih bijak untuk rakyat Malaysia,” kata Sharmeen Looi, Ketua Pegawai Operasi, ShopBack Malaysia.

Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Bagi Lazada, kami komited sepenuhnya dalam memastikan pengalaman membeli-belah dalam talian yang terbaik untuk rakyat Malaysia, dan kerjasama dengan Maxis ini mengesahkan pilihan strategik yang telah dibuat oleh Lazada dalam membina ekosistem e-dagang di Malaysia. Kami mengalu-alukan ahli-ahli MaxisONE Club le Lazada untuk menikmati tawaran eksklusif pada bulan-bulan yang akan datang.”

maxisone club discount

Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.maxis.com.my/moc.

Archives
Tags