#MYBaikHati | Donate pre-loved devices for digital learning needs of B40 families! Read more

#MYBaikHati | Donate your pre-loved devices! Read

here

Enable Maxis VoLTE to experience lifelike call quality! For detailed steps and info, click

Experience lifelike call quality with VoLTE! Click

here.

Maxis & KDU UC Bekerjasama Memanfaatkan Pelajar Melalui Kesambungan Dan Kemahiran Keusahawanan

Para pelajar akan dapat menikmati perkhidmatan WiFi berkelajuan tinggi melalui Hotspot Maxis di kampus
Bekerjasama menyediakan KDU satu platform yang kukuh ke arah kolaborasi industri-akademia yang lebih baik untuk pembangunan pelajar secara keseluruhan dan memudahkan mereka mendapat pekerjaan

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 17 September 2013

KDU University College (KDU UC) dan Maxis Berhad (Maxis), satu-satunya penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding - MoU) hari ini yang menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama dalam memberi manfaat kepada para pelajar melalui kesambungan, program-program keusahawanan serta peluang latihan. Kerjasama ini juga membolehkan para pelajar KDU UC berhubung 24 jam sehari menggunakan perkhidmatan WiFi Maxis serta memanfaatkan serangkaian lengkap perkhidmatan bersepadu Maxis.

Melalui kerjasama ini, para pelajar kini berpeluang untuk mendaftar dalam Program Keusahawanan Maxis, yang bertujuan untuk memupuk semangat keusahawanan, dan menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menjalankan sebuah perniagaan kecil mereka sendiri. Di sini, pelajar-pelajar dikehendaki mempersiapkan dan mengendalikan sebuah agen kecil yang dikuatkuasakan untuk Maxis. Mereka kemudiannya akan dinilai berdasarkan idea dan kreativiti, perancangan perniagaan serta keupayaan untuk memperoleh pendapatan bagi perniagaan mereka.

Maxis juga telah memasang Hotspot yang menyediakan WiFi berkelajuan tinggi sehingga 50Mbps di kafeteria dan kawasan pengajian pelajar di KDU UC, bagi membolehkan mereka menikmati perkhidmatan WIFi semasa di kampus. Disamping itu, Maxis juga akan menubuhkan Kaunter Perkhidmatan di kampus bagi pelajar-pelajar yang ingin membeli produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Maxis atau Hotlink.

Dalam ucapannya pada majlis tersebut, Profesor Khong Yoon Loong, Naib Canselor KDU UC berkata, “Kami telah memulakan perjalanan menuju ke arah sebuah universiti yang serba lengkap, dan sedang bersedia untuk berpindah ke kampus baru kami yang bernilai RM300 juta pada awal tahun 2014. Kerjasama ini akan terus memberikan kami platform yang kukuh dan membantu kami menepati sasaran ke arah kerjasama industri-akademia yang lebih baik, yang membantu menyediakan pembangunan keseluruhan kepada pelajar kami dan memudahkan mereka mendapat pekerjaan.”

Tan Lay Han, Ketua Jualan dan Perkhidmatan Maxis, berkata, “Di Maxis, kami komited dalam memperkayakan kehidupan masyarakat Malaysia. Bidang pendidikan merupakan salah satu daripada fokus kami, oleh itu, akses kepada komunikasi dan teknologi canggih di kampus memainkan peranan penting untuk memacu kecemerlangan. Menerusi kerjasama strategik dengan KDU UC ini, kami berharap dapat menawarkan komuniti pelajar satu pengalaman akademik yang lebih memperkayakan dengan menyediakan peluang untuk mengasah dan membangunkan kemahiran perniagaan mereka, serta berinteraksi dalam dunia yang lebih berhubung dengan memanfaatkan serangkaian lengkap penyelesaian bersepadu kami.”

Kerjasama ini juga dapat memberi manfaat kepada para pelajar di KDU UC untuk mengakses kemudahan pembelajaran persidangan institusi dengan lebih mudah melalui perkhidmatan bersepadu Maxis, yang menggabungkan penyelesaian tetap, mudah alih dan wayarles, termasuk penyesuaian aplikasi dan pembangunan perkhidmatan serta pelbagai peranti terkini.
Selain daripada teknologi dan keusahawanan, Maxis turut menawarkan para pelajar peluang menjalani latihan di Maxis, yang boleh membantu mereka mendapatkan pengalaman praktikal yang diperlukan.

KDU UC adalah sebahagian daripada program Maxis Integrated Partner in Education (MIPE), yang bertujuan untuk menyediakan penyelesaian komunikasi bersepadu lengkap kepada institusi pengajian tinggi dan populasinya. Program ini, yang dilancarkan pada April 2011, telah direka untuk meningkatkan komunikasi kampus melalui pelbagai produk dan perkhidmatan yang dapat menyediakan komuniti kampus dengan pengalaman pendidikan yang memperkayakan.

Archives
Tags

Popular
Posts

Celcom, Digi, Maxis sign definitive agreement to collaborate on fibre to base station for faster roll out to consumers

Celcom, Digi, Maxis sign definitive agreement to collaborate on fibre to base station for faster roll out to consumers

Celcom Axiata Bhd (“Celcom”), Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”), and Maxis Berhad (“Maxis”) announced that they have concluded a Definitive Agreement to jointly develop and share fibre infrastructure, allowing for faster and more efficient deployment of fibre backhaul to base stations and avoiding duplication of fibre infrastructure in the country. This collaboration will enable improved widespread of 4G connectivity to all Malaysians and increase the country’s fibre infrastructure in line with ambitions under the National Digital Infrastructure Plan (JENDELA), as well as preparing for tower infrastructure for a 5G future.

TELL ME MORE
Maxis announces Chairman transition

Maxis announces Chairman transition

Maxis today announced that Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda has decided to step down as Chairman of the Board of Maxis Berhad (Maxis) effective 22 April 2021, upon conclusion of the Company’s Annual General Meeting (AGM). Raja Tan Sri Arshad served as Chairman of Maxis since its listing on Bursa Malaysia in 2009.

TELL ME MORE
Maxis provides aid to B40 communities in conjunction with recent CNY to help families stay safe

Maxis provides aid to B40 communities in conjunction with recent CNY to help families stay safe

In the spirit of encouraging families to stay healthy together in conjunction with the recent Chinese New Year festive season, Maxis provided essential aid to B40 households in the Central and Northern regions. These included face masks, hand sanitisers and basic household necessities such as rice, flour, oil and assorted groceries.

TELL ME MORE