#MYBaikHati | Donate pre-loved devices for digital learning needs of B40 families! Read more

#MYBaikHati | Donate your pre-loved devices! Read

here

Enable Maxis VoLTE to experience lifelike call quality! For detailed steps and info, click

Experience lifelike call quality with VoLTE! Click

here.

#Hotlink, Pelan Prabayar Pertama Di Malaysia Dengan Internet Asas Percuma, Kini Boleh Didapati Di Sabah

Pertama di Malaysia untuk menawarkan internet asas percuma untuk terus berhubung, bila-bila masa dan di mana sahaja, tanpa caj setiap kali penggunaan
Naik taraf ke internet berkelajuan tinggi pada hanya RM1 sehari menerusi rangkaian data terbaik di negara
Panggilan percuma ke nombor Maxis dan Hotlink dengan setiap tambah nilai sebanyak RM5 ke atas
Satu kadar rata bagi panggilan & SMS ke semua rangkaian
Bonus tambah nilai dan lebih ganjaran

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kota Kinabalu, 21 October 2013

Mudah, sentiasa terhubung dan panggilan percuma. Ini adalah antara faedah-faedah yang ditawarkan kepada para pelanggan di Sabah oleh #Hotlink, pelan prabayar inovatif yang terbaru dari Maxis Berhad (Maxis). #Hotlink adalah pelan prabayar yang pertama dan seumpamanya di Malaysia yang menawarkan pelanggan internet asas percuma yang berterusan. Bagi mereka yang mahu mengalami potensi sepenuh rangkaian data terbaik di negara, #Hotlink menawarkan internet berkelajuan tinggi pada hanya RM1 sehari, atau RM30 sebulan untuk data sebanyak 1GB.

Untuk menikmati pengalaman internet yang benar-benar tanpa risau, bila-bila masa dan di mana sahaja, pelanggan hanya perlu membeli dan mengaktifkan pelan #Hotlink yang ditawarkan bersama pra-muat kredit, dan mereka akan disambung dengan serta-merta.
Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, berkata, “Dalam persekitaran internet mudah alih hari ini, sambungan berterusan bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Dengan #Hotlink, pada asasnya kami menawarkan satu pengalaman dimana pelanggan ‘sentiasa terhubung’. Ia adalah satu pelan yang mudah dan fleksibel yang relevan kepada keperluan masyarakat prabayar kami.

“Pelan ini merupakan satu kategori baru penggunaan internet mudah alih, yang menghapuskan halangan kemasukan yang tinggi kerana tiada caj setiap kali penggunaan (pay-per-use charges). Oleh itu, kami amat teruja dengan prospek #Hotlink kerana ia merupakan produk yang sesuai bagi meluaskan akses kepada internet,” kata Dushyan.
Selain itu, para pelanggan di Sabah juga dapat menikmati panggilan percuma ke nombor Maxis dan Hotlink. Pelanggan hanya perlu menambah nilai RM5, dan terus menikmati panggilan percuma selama 25 minit, dan sehingga 100 minit apabila mereka menambah nilai sebanyak RM30 ke atas.
#Hotlink juga menawarkan pelanggan satu kadar rata rendah bagi panggilan ke rangkaian lain, serta kadar SMS rata ke SEMUA rangkaian, termasuk kredit percuma dengan bonus tambah nilai.

“Kami juga gembira untuk menawarkan pelanggan kami di Sabah panggilan percuma ke semua nombor Maxis dan Hotlink melalui pelan ini, sebagai sebahagian daripada tawaran tempatan kami yang memberi nilai tambahan dan pengalaman komunikasi yang lebih kaya,” tambah Dushyan.

 

Faedah-faedah #Hotlink

Pada hanya RM8.80, #Hotlink ditawarkan dengan dengan pra-muat kredit sebanyak RM5, dan menawarkan pelanggan faedah-faedah berikut:
Internet asas percuma pada 64Kbps, selagi pelan prabayar pelanggan kekal aktif. Beberapa contoh aplikasi yang pelanggan boleh nikmati dengan internet asas termasuk Whatsapp, Line, WeChat, Facebook, Twitter serta laman web yang tidak data intensif.

Naik taraf ke internet berkelajuan tinggi untuk hanya RM1 sehari (1GB sebulan untuk RM30) pada rangkaian data terbaik di negara.
Panggilan percuma ke nombor Maxis dan Hotlink dengan setiap tambah nilai sebanyak RM5 ke atas

Satu kadar rata sebanyak 12 sen setiap 30 saat untuk panggilan suara ke rangkaian lain dan 7 sen untuk SMS ke SEMUA rangkaian.
Sehingga 8% kredit percuma sekali setiap 2 bulan berdasarkan tambah nilai terkumpul pelanggan.
Kadar IDD terendah dengan IDD132 ke 10 negara teratas

Pelan #Hotlink dengan panggilan percuma ini juga boleh didapati di Kelantan dan Terengganu. 
Untuk mendapatkan pelan baru #Hotlink, pelanggan hanya perlu melawat Peniaga Hotlink terdekat atau Pusat Maxis. Pelanggan sedia ada Hotlink yang ingin menaik taraf ke pelan baru #Hotlink perlu mendail *108*26# (untuk Sabah) atau *108*27# (untuk Kelantan dan Terengganu) dari telefon mudah alih mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #Hotlink, sila lawati http://www.hotlink.com.my/sabah

Archives
Tags

Popular
Posts

Celcom, Digi, Maxis sign definitive agreement to collaborate on fibre to base station for faster roll out to consumers

Celcom, Digi, Maxis sign definitive agreement to collaborate on fibre to base station for faster roll out to consumers

Celcom Axiata Bhd (“Celcom”), Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”), and Maxis Berhad (“Maxis”) announced that they have concluded a Definitive Agreement to jointly develop and share fibre infrastructure, allowing for faster and more efficient deployment of fibre backhaul to base stations and avoiding duplication of fibre infrastructure in the country. This collaboration will enable improved widespread of 4G connectivity to all Malaysians and increase the country’s fibre infrastructure in line with ambitions under the National Digital Infrastructure Plan (JENDELA), as well as preparing for tower infrastructure for a 5G future.

TELL ME MORE
Maxis announces Chairman transition

Maxis announces Chairman transition

Maxis today announced that Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda has decided to step down as Chairman of the Board of Maxis Berhad (Maxis) effective 22 April 2021, upon conclusion of the Company’s Annual General Meeting (AGM). Raja Tan Sri Arshad served as Chairman of Maxis since its listing on Bursa Malaysia in 2009.

TELL ME MORE
Maxis launches eKelas Usahawan to empower women entrepreneurs with greater digital adoption

Maxis launches eKelas Usahawan to empower women entrepreneurs with greater digital adoption

The reality is that digitalisation is no longer just a buzz phrase, but it has become an imperative for all walks of life as we head towards a more digital world. Recognising this immense potential and to create a positive, long-lasting impact, Maxis today launched eKelas Usahawan, a structured digital marketing programme to empower women entrepreneurs in rural communities to develop a stronger digital presence.

TELL ME MORE