Get your essential services at Maxis stores, click here for Maxis store locations and operating hour.

Maxis stores are open, click here for details.

MCMC Volunteer Surveys, 22 Apr - 31 Dec | Click here for more details.

MCMC Volunteer Surveys, 22 Apr - 31 Dec | Click here for more details.

Hotlink Bekerjasama Dengan The Red Warriors Sebagai Sebahagian Daripada Program Serantau

Hotlink berfokus dalam membangunkan program segar dan sangat melibatkan untuk pelanggan di wilayah-wilayah di seluruh negara
Kerjasama dengan The Red Warriors (TRW) mencerminkan komitmen berterusan Maxis dalam bidang pembangunan sukan tempatan
Maxis dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan Football Association - KAFA) akan membangunkan satu siri program yang menarik untuk pelanggan Hotlink
500 pelanggan pertama yang menambah nilai akan berpeluang mendapatkan tiket percuma untuk perlawanan TRW di gelanggan sendiri

SIARAN AKHBAR
Untuk siaran segera
Kuala Lumpur, 3 Januari 2013

Hotlink, perkhidmatan prabayar No. 1 Malaysia dari Maxis Berhad (Maxis), hari ini mengumumkan kerjasama dengan The Red Warriors (TRW), Pasukan Bola Sepak Kelantan, sebagai Penaja Utama pada majlis pelancaran yang turut menyaksikan pelancaran rasmi jersi baru pasukan TRW. Dengan kerjasama ini, Maxis dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan Football Association - KAFA) membangunkan satu siri program yang menarik khas untuk pelanggan Hotlink. Sebagai permulaan, 500 pelanggan pertama yang menambah nilai akan berpeluang mendapatkan tiket percuma untuk perlawanan TRW di gelanggan sendiri bagi Liga Super Malaysia, Piala FA dan Piala Malaysia. Program penglibatan pasukan tuan rumah dan pelawat yang lain sedang dirancang dan lebih banyak lagi akan dikongsi pada minggu-minggu akan datang.

Di acara yang diadakan di Kelantan Trade Centre di Kota Bharu, Maxis telah diwakili oleh Tan Lay Han, Ketua Pemasaran Integrasi, GTM & Pengurusan Pelanggan, dan Mazlan Mokhtar, Ketua Wilayah Pantai Timur; KAFA telah diwakili oleh YBhg Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa, Presiden; dan TRW Sdn Bhd telah diwakili oleh Kevin Balasingam, Ketua Pegawai Eksekutif. Turut hadir pada majlis tersebut adalah wakil-wakil dari TRW Fan Club.

"Di Hotlink, kami berfokus dalam membangunkan program segar dan sangat melibatkan untuk pelanggan Hotlink kami di wilayah dan negeri yang berbeza di seluruh negara. Sebagai sebahagian daripada program penglibatan serantau tersebut, kami berkerjasama dengan salah satu pasukan yang terbaik di negara dan behubung dengan peminat di wilayah ini. Tambahan pula, dengan program penglibatan kami, kami mempunyai peluang untuk menawarkan pengalaman baru kepada para pelanggan kami melalui bola sepak," kata Mazlan.

Kerjasama Hotlink dengan TRW mencerminkan komitmen berterusan Maxis dalam bidang pembangunan sukan dan bakat. Maxis telah terlibat dalam acara sukan seperti penajaan siaran Liga Perdana Barclays sejak tahun 2007, Piala Dunia FIFA pada tahun 2010 dan Euro 2012. Ia juga menganjurkan Program Cabaran Piala Maxis di negeri-negeri Pantai Timur pada tahun 2010 untuk memupuk bola sepak di peringkat akar umbi. Pada tahun 2011, ia memperkenalkan program Duta Sukan Maxis dengan harapan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia yang lain untuk berusaha mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi, dengan menyediakan setiap Duta dengan peranti mudah alih dengan pakej jalur lebar wayarles. Baru-baru ini, Syarikat menaja Perlawanan Bola Sepak Amal KRP 2012 yang dianjurkan oleh Kelab Rakan Pendengar (KRP), di mana 10% daripada kutipan dari jualan tiket perlawanan telah didermakan kepada Yayasan Sultan Kelantan.

Archives
Tags

Popular
Posts

Maxis Logo

Maxis remains committed to deliver the best, uninterrupted connectivity for customers throughout MCO periods

With the recent implementation of the Movement Control Order (MCO), Maxis has ensured its services remain accessible to all customers via its physical and online stores, and that its networks are uninterrupted for continued connectivity.

TELL ME MORE
Spark Joey Yap

Maxis Business Spark Engage spotlights digitalisation journey of homegrown success story

The immensely popular Maxis Business Spark Engage series is back once again, this time with renowned icon Dato’ Joey Yap, Founder and Chief Consultant of Joey Yap Consulting Group, joining the fully virtual event on 16 June 2021.

TELL ME MORE
Maxis Logo

Maxis strengthens one stop cloud solution capabilities with latest acqui-hire

With the recent implementation of the Movement Control Order (MCO), Maxis has ensured its services remain accessible to all customers via its physical and online stores, and that its networks are uninterrupted for continued connectivity.

TELL ME MORE