#MYBaikHati | Donate pre-loved devices for digital learning needs of B40 families! Read more

#MYBaikHati | Donate your pre-loved devices! Read

here

Enable Maxis VoLTE to experience lifelike call quality! For detailed steps and info, click

Experience lifelike call quality with VoLTE! Click

here.

Maxis Umum Skim Peralihan Kerjaya Sebagai Sebahagian Dari Langkah Memperbaiki Struktur Organisasi

SIARAN MEDIA
Untuk Siaran Segera
Kuala Lumpur, 28 Ogos 2013

Maxis Berhad (Maxis), satu-satunya pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia, mengumumkan bahawa ia telah mengambil langkah untuk memperbaiki struktur organisasi pada bulan Jun tahun ini untuk menjadikan ia lebih cekap dan kolektif dalam membawa perkhidmatan bersepadu kepada pelanggan, serta menyokong strategi pertumbuhan. Fasa pertama dalam langkah memperbaiki struktur organisasi menyaksikan operasi Maxis diselaraskan kepada empat bidang teras iaitu Perniagaan Pengguna, Penyelesaian Perusahaan, Perkhidmatan Digital dan Jualan & Perkhidmatan. Sejak itu, latihan tersebut telah berjalan lancar dan dijangka selesai pada September tahun ini.

Sebagai sebahagian daripada usaha perbaikan organisasinya, Maxis hari ini mengumumkan bahawa ia telah menawarkan Skim Peralihan Kerjaya kepada warga kerja terpilih yang jawatan mereka menerima impak dari usaha perbaikan tersebut.
Nasution Mohamed, Ketua Pegawai Operasi Bersama (Joint Chief Operating Officer - JCOO), Maxis berkata, "Terdapat jawatan yang menerima impak dari usaha memperbaiki struktur organisasi ini. Berikutan itu, Skim Peralihan Kerjaya ini telah ditawarkan untuk memberi peluang kepada warga kerja yang terlibat dan juga Syarikat untuk mendapatkan manfaat bersama. Ini membolehkan kami menyelaraskan kemahiran pekerja dengan keutamaan perniagaan kami dan bagi pekerja yang memutuskan untuk mengambil skim tersebut untuk meneroka peluang yang lain. "
"Kami komited untuk menjalankan skim ini dengan prihatin dan empati dengan menawarkan terma-terma dan syarat-syarat yang bersesuaian dan menarik kepada warga kerja kami. Sementara kami terus berusaha memperbaiki struktur kami, kami akan memastikan bahawa keperluan pelanggan-pelanggan kami dijaga dan kami kekal komited untuk memperkayakan pengalaman pelanggan kami."

Peralihan Kerjaya bermula apabila kerjaya seseorang individu itu berakhir dengan satu syarikat dan tempoh peralihan tersebut tamat apabila individu itu mendapat pekerjaan semula dengan organisasi lain, bekerja sendiri, atau bersara. Perkhidmatan Peralihan Kerjaya diwujudkan untuk membantu kakitangan dalam masa peralihan dari satu jawatan ke jawatan seterusnya. Bantuan ini termasuk maklumat untuk kerjaya semasa dan carian kerja serta perundingan individu untuk membantu kakitangan menguruskan tempoh Peralihan Kerjaya.

"Usaha-usaha pembaikan struktur organisasi yang lebih fokus ini kami ambil untuk menghadapi perubahan dinamik pasaran dan bertujuan untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik dalam memenuhi permintaan pengguna yang berubah-ubah. Ini akan membolehkan Maxis bersaing dengan lebih berkesan di pasaran dengan memperbaiki prestasi melalui struktur yang menekankan keupayaan atau "fit for purpose”," Suren J. Amarasekera, JCOO, Maxis menekankan.

Sepanjang tempoh pelaksanaan skim tersebut, Maxis akan mengaktifkan Meja Bantuan, termasuk Talian bantuan bebas tol dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang untuk membantu warga kerja yang terlibat.
Maxis mensasarkan untuk menyelesaikan pelaksanaan skim ini pada bulan September 2013.
- Tamat -


Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah peneraju dalam penyediaan perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan lebih daripada 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan - melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis merupakan syarikat pertama yang mengkomersilkan perkhidmatan mudah alih 3G di Malaysia dan memiliki rangkaian mudah alih terluas dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 81% di seluruh negara.

Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlangdan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk tersenarai sebagai syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2010 dan Pengurusan Syarikat Terbaik, MajikanTerbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan 20 anugerah untuk kecemerlangan pusat hubungan di Anugerah Kecemerlangan CCAM ke-13. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan 'Impak Positif', memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

Archives
Tags

Popular
Posts

Celcom, Digi, Maxis sign definitive agreement to collaborate on fibre to base station for faster roll out to consumers

Celcom, Digi, Maxis sign definitive agreement to collaborate on fibre to base station for faster roll out to consumers

Celcom Axiata Bhd (“Celcom”), Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”), and Maxis Berhad (“Maxis”) announced that they have concluded a Definitive Agreement to jointly develop and share fibre infrastructure, allowing for faster and more efficient deployment of fibre backhaul to base stations and avoiding duplication of fibre infrastructure in the country. This collaboration will enable improved widespread of 4G connectivity to all Malaysians and increase the country’s fibre infrastructure in line with ambitions under the National Digital Infrastructure Plan (JENDELA), as well as preparing for tower infrastructure for a 5G future.

TELL ME MORE
Maxis announces Chairman transition

Maxis announces Chairman transition

Maxis today announced that Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda has decided to step down as Chairman of the Board of Maxis Berhad (Maxis) effective 22 April 2021, upon conclusion of the Company’s Annual General Meeting (AGM). Raja Tan Sri Arshad served as Chairman of Maxis since its listing on Bursa Malaysia in 2009.

TELL ME MORE
Maxis provides aid to B40 communities in conjunction with recent CNY to help families stay safe

Maxis provides aid to B40 communities in conjunction with recent CNY to help families stay safe

In the spirit of encouraging families to stay healthy together in conjunction with the recent Chinese New Year festive season, Maxis provided essential aid to B40 households in the Central and Northern regions. These included face masks, hand sanitisers and basic household necessities such as rice, flour, oil and assorted groceries.

TELL ME MORE