Rangkaian No. 1 di Malaysia.
Terima kasih atas keyakinan anda sejak 1995!
Rangkaian yang bukan hanya sekadar penyambungan semata-mata. Ia lebih kepada untuk memperkasakan anda bagi mencapai banyak lagi kejayaan dan impian. Kami senantiasa tekun berusaha untuk memajukan Malaysia dengan teknologi terunggul, samada 5G, penyelesaian cloud untuk perniagaan, atau menjadi rangkaian yang terus diyakini.
Pandangan Ookla, iaitu peneraju dunia dalam aplikasi yang menguji rangkaian mudah alih dan jalur lebar, data dan analisis, analitik telah digunapakai untuk memberi kan pandangan dan sebagai penanda aras prestasi oleh pengendali, pengawal selia, pakar analisis malah pengguna sendiri juga telah diambilkira untuk memberikan lapuran sebagai tahap prestasi kami.
Anugerah:
Berdasarkan analisa oleh Ookla of Speedtest Intelligence untuk data bagi Suku Pertama & Kedua 2020. Penggunaan tanda dagangan perakuan Ookla adalah mengikut kelulusan lesen dan kebenaran untuk cetakan semula.
MCMC adalah suruhanjaya yang menyelia dalam integrasi komunikasi dan industri multimedia di Malaysia, yang memberikan penilaian terkini untuk Laporan Prestasi Rangkaian 2019.
Pengiktirafan:
Metro Ethernet Forum (MEF) adalah badan industri telekomunikasi bebas yang menentukan piawaian global bagi pretasi, jaminan dan ketangkasan.
Pensijilan MEF 3.0 menunjukkan rangkaian tetap Maxis mematuhi tahap tertinggi dalam pengujian dan pengesahan agar tiada sebarang kebimbangan.
Pensijilan:
Rangkaian boleh dipercayai kami merangkumi 9 daripada 10 rakyat Malaysia.
Guna pemeriksa liputan kami dan ketahui kenapa kami adalah rangkaian No. 1 di Malaysia.
Rangkaian kami teguh berusaha untuk memajukan masyarakat, perniagaan, dan negara. Kerana itulah kami diyakini oleh rakyat Malaysia sejak 1995.
Rangkaian terbaik seperti yang diiktiraf oleh pakar.
Rangkaian paling meluas dengan liputan dan kadar hala balik dalam kiraan 16,000km.
Rangkaian termaju yang menggunakan kecerdasan buatan bagi mengoptimumkan jumlah trafik dalam rangkaian.
Rangkaian terbesar dengan jumlah pengguna fiber dan mudah alih terbanyak.
5G bakal mengubah cara kita berinteraksi dengan dunia. Daripada kelajuan terpantas, dan kependaman terrendah, ia mengubah arus pengendalian berautonomi.
Rangkaian sedia masa depan
Rangkaian kami menganalisa corak trafik data untuk memahami punca kenaikan dan lonjakan dalam trafik rangkaian, dan seterusnya meningkatkan kapasiti rangkaian sekiranya perlu.
Jaminan perkhidmatan dioptimumkan
Kami menunaikan jaminan resolusi panggilan pertama dengan bantuan papan pemuka khidmat pelanggan berintegrasi yang membantu kami menyelesaikan isu rangkaian secara lebih pantas. Sistem kami menghantar notifikasi proaktif kepada pelanggan perniagaan untuk membolehkan perancangan kontingensi lebih awal.
Optimised service assurance
We deliver on our first call resolution promise with an integrated customer care dashboard that allows us to resolve network issues faster, with pro-active network notifications for earlier business contingency planning.
Rangkaian efisien tenaga
Rangkaian kami menganalisa corak penggunaan rangkaian dan mengoptimumkan penggunaan tenaganya secara automatik mengikut keperluan semasa para pelanggan.
5G akan mendedahkan bidang kolaborasi dan produktiviti terkini, dengan merevolusikan cara perniagaan beroperasi..
Rangkaian yang serba kukuh
Pengawal trafik pintar kami mampu menentukan laluan trafik data alternatif untuk memastikan ketersambungan sentiasa ada.
Rangkaian kependaman terendah
Pengagihan kecerdasan buatan ke seluruh rangkaian kami mempercepatkan penentuan laluan data yang optimum agar kependaman kekal dalam tahap terendah.
Rangkaian bertaraf perusahaan
Penyelesaian perusahan yang sarat membesar kami mampu memenuhi keperluan kritikal perniagaan dengan perkhidmatan rangkaian yang teguh, lincah, dan sedia berkembang.
Infrastruktur sedia 5G
Kami mempunyai capaian fiber optik terluas ke stesen pangkalan mudah alih bertulangkan rangkaian IP generasi terkini supaya mampu menyokong kelajuan, keteguhan dan kependaman tahap 5G.
Apakah yang menjadikan Maxis rangkaian sedia 5G hari ini?
Apabila permintaan internet di Malaysia semakin meningkat dan negara sudah sedia untk 5G, Maxis telah mempermodenkan rangkaian melalui kecerdasan buatan dan automasi bagi menyediakan keperluan masa hadapan disamping memastikan pengalaman internet yang optimum untuk pelanggan kami hari ini.
Sementara masih menunggu pembahagian peruntukan spektrum di Malaysia, kami telah pun mula menyediakan infrastruktur rangkaian sedia 5G di beberapa lokasi dengan cara berikut:
Bilakah jangkaan 5G boleh didapati di Malaysia? Perlukah saya menukar peranti/kad SIM untuk menikmati sambungan 5G ini?
Pelan sedia 5G dijangka akan dilancarkan bermula pada 2021 bergantung kepada dua sebab utama:
Kami akan memastikan peranti/kad SIM yang serasi dan boleh didapati ketika kami melancarkan Rangkaian 5G kami.