Keahlian pemilikan telefon.
Tiada kerisauan.

Kini tiba masanya untuk anda memilki telefon pintar
berjenama terbaru, menggunakan pelan baharu yang
mudah dan tanpa kerisauan.

Anda bakal menikmati yang berikut dengan keahlian Zerolution360

Penggantian Segera 1-untuk-1

Anda layak untuk mendapatkan telefon gantian sekiranya telefon anda dicuri atau tidak boleh dibaiki.

Perlindungan Peranti Komprehensif

Perlindungan daripada kecuaian seperti skrin retak atau telefon dimasuki air. PERCUMA penggantian skrin buat kali pertama.

Prioriti Servis Pembaikan

Anda layak untuk menggunakan telefon pinjaman, pembaikan pantas dalam tempoh 24 jam* & penggantian telefon dalam tempoh 2 jam*.
*Hanya untuk kawasan Lembah Klang sahaja.

Naik Taraf Telefon Tahunan

Nikmati penaikan taraf telefon kepada telefon berjenama terbaru selepas genap setahun.

Pilih pelan yang menepati citarasa anda
 

                        Zerolution360
Zerolution
Kontrak Biasa
Jenis Pemilikan Telefon Pinjaman
Pemilikan Sendiri Pemilikan Sendiri
Tiada Bayaran Pendahuluan,Kad Kredit
& Kadar Faedah
icon-check.png icon-check.png icon-x.png
Ansuran Bulanan icon-check.png icon-check.png icon-x.png
Naik Taraf Telefon Setiap Tahun icon-check.png icon-x.png icon-x.png

Perlindungan Asas

                 Zerolution360
Zerolution
Kontrak Biasa
Jenis Pemilikan Telefon Pinjaman Pemilikan Sendiri Pemilikan Sendiri
Gantian Peranti Menyeluruh Segera icon-check.png icon-x.png*
icon-x.png*
Khidmat Pengambilan & Penghantaran icon-check.png icon-x.png*
icon-x.png*

Faedah Premium (+RM10\bln)

                        Zerolution360
Zerolution
Kontrak Biasa
Jenis Pemilikan Telefon        Pinjaman Pemilikan Sendiri Pemilikan Sendiri
Gantian Skrin Percuma icon-check.png icon-x.png icon-x.png
Telefon Pinjaman Sementara icon-check.png icon-x.png icon-x.png
Khidmat Pembaikan Keutamaan icon-check.png icon-x.png icon-x.png


*Disediakan dengan langganan MaxisSafe Device.
Semua perkhidmatan liputan adalah tertakluk kepada yuran perkhidmatan.
Sila rujuk kepada Soalan Yang Sering Ditanya untuk butiran lanjut.

Telefon Android Terhangat Di Pasaran

 

Semak jika anda layak melanggan Zerolution360

Adakah anda pelanggan Maxis sedia ada?
Pastikan anda mempunyai rekod pembayaran bil yang bersih selama sekurang-kurangnya 3 bulan untuk menjadi layak.

Adakah kini anda melanggan dengan pihak telco yang lain?
Anda boleh menukarkan nombor sedia ada (pamerkan kepada kami bil terdahulu selama 3 bulan yang melebihi RM80 sebulan), atau daftar untuk pelan pascabayar Maxis dan kekalkan rekod pembayaran bil yang bersih selama sekurang-kurangnya 3 bulan.

Adakah anda pengguna Hotlink? 
Anda perlu daftar untuk pelan pascabayar Maxis terlebih dahulu dan kekalkan rekod pembayaran bil yang bersih selama sekurang-kurangnya 3 bulan.


Tidak layak? Jangan risau. Klik di sini untuk ketahui lanjut tentang Kontrak Biasa.

Soalan Sering Ditanya


Apakah maksud Maxis Zerolution360?
Maxis Zerolution360 merupakan program keahlian pemilikan telefon tanpa kerisauan yang membolehkan anda menikmati peranti jenama ternama, dengan naik taraf tahunan dan perlindungan yang menyeluruh.

Apakah perbezaan di antara Maxis Zerolution360 dengan Maxis Zerolution biasa, atau tawaran Kontrak Peranti Biasa?
Dengan Maxis Zerolution360 anda boleh memiliki peranti jenama ternama secara ansuran bulanan serta lengkap dengan perlindungan peranti dan pilihan untuk menaik taraf peranti secara tahunan.

Perlukah saya membayar wang pendahuluan jika melanggan Maxis Zerolution360?
Tidak. Langganan Maxis Zerolution360 tidak memerlukan sebarang pembayaran pendahuluan.

Bagaimanakah cara untuk menaik taraf peranti dengan Zerolution360?
Naik taraf peranti anda pada bila-bila masa setelah membuat 12 kali pembayaran bil (bermula bulan ke-13 dan seterusnya). Selepas naik taraf tersebut, komitmen akan berdasarkan peranti baharu anda.

Peranti anda hendaklah dalam keadaan yang baik (dinilai oleh Maxis) bagi melayakkan diri untuk naik taraf. Kemudian, anda hanya perlu membayar caj naik taraf yang dikemas kini setiap suku penggal tahun dan seterusnya percuma bermula bulan ke-24.

Apakah yang akan terjadi kepada langganan Zerolution360 selepas naik taraf?
Komitmen anda akan dikira berdasarkan peranti baharu selepas naik taraf. Mungkin akan terdapat perbezaan caj bulanan berbanding peranti anda sebelumnya.

Bagaimanakah jika saya ingin menaik taraf tetapi peranti sedia ada rosak?
Jika peranti rosak ketika ingin menaik taraf, anda boleh menggunakan pelan perlindungan menyeluruh yang disertakan dengan langganan Maxis Zerolution360.

Jangan bimbang jika melebihi had perlindungan kerana anda boleh membayar baki penggantian peranti tanpa membayar harga penuh.

Klik di sini untuk baca terma dan syarat.